Cara Buat Choco Jar Rangup, Coklat Sentiasa Cair Dan Tak Payah Rendam

Cara Buat Choco Jar Rangup, Coklat Sentiasa Cair Dan Tak Payah Rendam | Salam semua, berlambak di pasaran dah choco jar yang orang jual, kalau ikutkan hati nak beli nak cuba tapi tahan lagi. Akhirnya, sis terjebak buat sendiri bubble rice choco jar ni. Sebelum nak buat memang tengok resepi orang lain buat dulu. Sebelum ni, memang ramai dengar jenama - jenama pasaran yang jual tu indah khabar dari rupa. Ada coklat keras lah, ada coklat jadi macam cair sangat dah macam air pulak. Ada kena rendam lah. Sekarang sis pun dah jumpa resepi choco jar tanpa rendam. Leceh jugak nak main rendam - rendam ni kan. 


Cara Buat Choco Jar Rangup, Coklat Sentiasa Cair Dan Tak Payah Rendam

Harga choco jar ni boleh tahan lah tengok kat Shopee tu kan. Lagipun dah macam - macam variasi choco jar orang buat tak kiralah untuk lariskan jualan atau untuk nak makan sendiri. Dah jumpa resepi ni dan ubah sikit ikut tekak sendiri nasib baik lah bagi orang cuba makan, semua kata coklat cair dan salut molek dengan bubble rice. Bubble rice pun kekal rangup. Ikutkan sis letak dalam botol yang mana ada, dalam balang plastik kecil tu pun ada. 

Walaupun dah seminggu dalam balang tu, bubble rice tak lemau. Coklat pun tak keras, kacau elok - elok dalam balang tu dah salut molek.Tapi yang balang plastik tu, sis seal keliling tudung dia tu tak nak bagi masuk angin, itu sebab bubble rice rangup tu kot.


Tips Coklat Sentiasa Cair

Cara Buat Choco Jar Rangup, Coklat Sentiasa Cair Dan Tak Payah Rendam

Sis rasa tips tak nak bagi coklat jadi keras memang kena masukkan minyak, sebab kalau kita cairkan coklat begitu saja, nanti bila dah suhu bilik coklat akan jadi keras. Mula - mula tu memang tak berkenan juga nak masukkan minyak tapi sis cuba la jugak, mujur boleh diterima tekak dan sis guna minyak jagung. Lebih baik guna minyak sayuran ya. 

Untuk coklat sis guna milk chocolate compound yang bentuk coin tu nak bagi ada rasa susu coklat. Kalau korang nak guna dark compound boleh atau nak campurkan pun boleh. 

Sebelum nak tuang masuk dalam botol bubble rice, kena pastikan coklat betul - betul dah suhu bilik. Masa tu, kita dah boleh tahu sejauh mana likat coklat tu. Tak nampak cair sangat dan tak nampak pekat sangat. 

Tuang masuk dalam jar bubble rice tak penuh sampai bawah sangat, just nice saja sebab tak nak juga bubble rice tu bersalut sangat dengan coklat. 

Cara Buat Choco Jar Rangup, Coklat Sentiasa Cair Dan Tak Payah Rendam

Resepi Choco Jar Coklat Sentiasa Cair Hanya 3 Bahan

Bahan - Bahan 
500 gm bubble rice
560 gm milk choc compound 
1/3 cawan minyak + 2 sudu besar minyak masak

Cara - Cara 
1. Bubble rice dipanaskan sekejap dalam oven. Selepas 10 minit pertama, balik - balikkan dan bakar lagi 10 minit. Suhu 150 C. 
2. Selepas bakar, sejukkan sekejap sebelum letak dalam botol kaca atau mana balang - balang plastik mini. Sediakan secukupnya untuk botol semua tu.
3. Untuk cairkan milk choc compound, kena guna kaedah double boiling. 
4. Letak mangkuk berisi milk choc ke dalam periuk yang berisi air panas mendidih. Mangkuk tahan panas nak letak coklat kena kering jangan ada air. Biar mangkuk coklat tu lebih besar ya nak letak atas periuk. Buat atas dapur.
5. Dah nampak coklat cair sepenuhnya, tuangkan minyak dan kacau sampai nampak likat dan berkilat. 
6. Coklat memang nampak macam cair sikit. 
7. Bila dah nampak likat dan berkilat, boleh tutup api dan biarkan coklat sejuk pada suhu bilik.
8. Kemudian, tuangkan coklat ke dalam bubble rice. 
10. Biarkan coklat rata masuk dalam bubble rice sekejap, nak makan hanya kacau rata sampai bubble rice bersalut molek. Coklat tak ada lah keras sampai tak boleh kacau. 

Korang boleh tonton video di sini. Selamat mencuba resepi choco jar tanpa rendam. Lagipun hanya 3 bahan .Hanya kacau rata dengan sudu dah boleh makan. 


Nota : 

1. Dalam 1 minggu simpan kat luar suhu bilik. Bubble rice masih ok rangup dan coklat pun masa kacau tu ok jer. 

Jom cuba resepi kek buah kukus. Sedap dan moist lagi. 

Baca Juga : 



Post a Comment

Previous Post Next Post