Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara | Salam semua, sebenarnya saya selalu mengikuti perkembangan McDonald's Malaysia yang sebelum ini sentiasa mengadakan program untuk membantu golongan yang memerlukan. Dalam situasi negara kita sekarang yang sudah masuk tahun kedua perang melawan wabak Covid - 19, tidak dinafikan barisan hadapan petugas kesihatan negara kita sudah penat mental dan emosi. 

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan

Tapi, demi kesejahteraan sejagat rakyat Malaysia, petugas kesihatan tetap terus bangkit menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk merawat pesakit Covid - 19 hingga kembali sihat dan pulang ke pangkuan keluarga masing- masing. 

Besar kan pengorbanan mereka yang orang tak nampak. Walaupun terasa penat, tapi hasil penat terasa hilang apabila pesakit Covid -19 yang dirawat makin sembuh dan pulih. Kali ini, McDonald's Malaysia tidak melupakan pengorbanan barisan hadapan petugas kesihatan yang tidak kenal erti penat lelah dalam membendung wabak ini. 


Penghargaaan McDonald's Malaysia Untuk Petugas Kesihatan Seluruh Negara 

Untuk pengetahuan semua, baru - baru ini, bermula 24 Mei yang lepas dan dijadualkan akan berakhir 30 Jun nanti, McDonald's Malaysia telah menaja makanan kepada lebih 70 hospital di seluruh negara. Di musim pandemik yang tak tahu nak berakhir bila, ditambah lagi dengan keadaan sekarang tengah PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ), nak cari makanan kat luar bukan senang kan. Lebih - lebih lagi kalau pesakit Covid - 19 di satu - satu hospital makin hari makin meningkat.
 
Beban kerja doktor dan jururawat pun makin bertambah. Jadi, ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ikut ambil peduli tentang keadaan semasa negara. Sebab itu, saya memang kagum dengan usaha McDonald's Malaysia yang selalu peka dengan situasi sekarang.


Panggilan #KitaBoleh Oleh McDonald's Malaysia 

Inisiatif terbaru McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh yang  telah dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( MCO ) yang pertama sejak tahun lalu. 

Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar.

Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian dalam diam yang ada pada para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 

Melalui kempen #KitaBoleh McDonald's ini, diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan barisan hadapan petugas kesihatan supaya sama - sama dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid - 19. Sekarang, adalah tempoh untuk kita sama - sama bersatu melawan pandemik ini. Semangat ini yang kita nak. 


McD Taja Makanan Petugas Kesihatan Untuk Menikmati Menu Kegemaran Mereka

Kehadiran McDonald's Malaysia untuk membantu petugas kesihatan dalam menyediakan makanan pada masa ini adalah tepat pada waktunya. Sekurang - kurangnya mereka semua dapat menikmati  menu makanan kegemaran mereka dari McDonald's. 

Tajaan makanan untuk hospital - hospital ini yang merawat pesakit Covid - 19 , menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan ( frontliners ). Diharapkan dengan tajaan makanan ini dapat membantu petugas kesihatan untuk makan dengan sempurna sekaligus dapat menjalankan kerja dengan baik. 

Ramai jururawat dan doktor yang terlibat kadang - kadang nak makan pun tak sempat, bukan tak sempat nak beli tapi dengan kekangan masa dan kerja dalam merawat pesakit Covid - 19. 


McDonald's Hantar Makanan Ke Hospital Sekurang - Kurangya Sekali Seminggu

Penghantaran makanan ke lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit - pesakit COVID -19 ini dilakukan sekurang- kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital

Rangkaian restoran McDonald's yang terlibat dalam penghantaran makanan ke hospital juga bertungkus - lumus supaya makanan dapat sampai dengan cepat pada masanya. 

Sekurang- kurangnya bila dah sampai makanan McDonald's, petugas kesihatan boleh tarik nafas lega sebab dah ada makanan depan mata. Ini di antara hospital - hospital yang ditaja makanan oleh McDonald's Malaysia.

1. Hospital Bentong, Pahang 

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan

2. Hospital Likas, Sabah 

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan

3. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru 

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan

4. Hospital Tampin, Negeri Sembilan 

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan

5. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Johor

Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Petugas Kesihatan


Kata - Kata Semangat Dari Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Buat Petugas Kesihatan 


"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan sepanjang tempoh wabak ini, "kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang perlu konsisten sepanjang tempoh  ini adalah ketabahan yang berterusan dari para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. 

Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan hasilnya meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital. 

Doa dan harapan yang berterusan buat para barisan hadapan, semoga mereka semua dapat menjalankan tugas dengan baik dalam merawat pesakit Covid - 19. Semoga kita semua juga dapat menjalani kehidupan bebas seperti sebelum ini. Yang penting buat masa sekarang adalah untuk kita jaga kawalan kendiri untuk sama - sama memutuskan rantaian jangkitan Covid - 19. 

Alhamdulillah, syukur rasanya bila McDonald's Malaysia sendiri membantu frontliners kita untuk membuat tajaan makanan seperti ini.  

2 Comments

  1. Thank you McDonald's sebab menaja makanan buat fronliners. Inisiatif yang sangat bagus dalam menghargai jasa frontliners.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post