-->

Monday, 7 June 2021

author photo

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple, Banyak Serdak Dan Rangup Untuk 1 Ekor Ayam | Salam semua, resepi ayam goreng berempah ni kalau ikutkan ada la beberapa kali buat tapi rasanya serdak tak banyak. Sis memang suka ayam goreng berempah ni cuma nak buat tu macam - macam alasan sungguh. Sebenarnya tak susah mana pun cara buat ayam goreng berempah ni. Nak cari yang betul - betul sedap dan banyak serdak. Memang layan kalau makan dengan nasi putih panas - panas. Ganding pulak dengan gulai daging dan sambal sekali. Makan pun tak pandang kiri dan kanan. 


resepi ayam goreng berempah simple, banyak serdak dan rangup


Nasib baik lah sis terjumpa resepi ni, kita simpan dulu di blog nanti lain waktu senang nak tengok kalau nak masak ayam goreng berempah ni. Tapi yang ini untuk 1 ekor ayam ya. 1 ekor terus buat takut meratah lagi memang tak sempat. 

Tengok gambar tu serdak lain macam banyak. Siapa peminat ayam goreng berempah sini ? 

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple, Banyak Serdak Dan Rangup Untuk 1 Ekor Ayam


Bahan - Bahan 
1 ekor ayam 
1 sudu makan kari ayam 
1 sudu makan serbuk cili atau cili blender 
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan minyak masak. 3 sudu makan tepung jagung
Daun kari secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus
1 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
1 inci halia
1 batang serai - potong saiz seinci setiap keratan

Bahan Kisar Kasar Dan Kering 
2 sudu besar ketumbar 
2 sudu besar jintan kasar 
2 sudu besar jintan halus

Cara - Cara 
1. Satukan ke semua bahan dan gaul kan pada ayam. Perap sekejap. Kalau perap lagi lama lagi sedap. 
2. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga masak dan garing.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Sedap makan panas - panas. 

Tips 
1. Untuk mendapatkan serdak ayam, masa potong serai,hiris anggaran seinci - seinci untuk setiap keratan.
2. Jika perap ayam dalam jumlah yang banyak, kisar serai secara berasingan. Tapis dan buang air kisaran serai dan ambil seratnya saja.

Kredit : Rasa.my

Jadi, sesiapa yang nak mencuba, boleh lah cuba resepi ayam goreng berempah simple. Tak susah dah bagi sis simple dah. 

Baca Juga : 



1 komentar:

avatar
Rabiahtul adawiyah delete 29 June 2021 at 14:36

Sedapnyaaa ayam goreng berempah

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post