Drama Ghaib Episod 1 Hingga 10 Di TV3

Drama Ghaib Episod 1 Hingga 10 Di TV3 | Salam semua, drama seram memang drama yang sis minat. Drama bersiri Ghaib, satu drama yang telah pun menemui penonton 10 Ogos yang lalu. Drama diadaptasi dari novel " Projek Seram Terowong ini sebanyak 10 episod. Yang pastinya jalan cerita pun menarik. Harap penonton tak bosan. Korang yang peminat drama seram melayu, boleh lah layan ya. Untuk info dan sinopsis drama Ghaib ini, boleh baca di bawah.

Drama Ghaib TV3

Info Drama Ghaib 

  • Bilangan Episod : 10
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:30 malam
  • Siaran TV : TV3
  • Penulis Skrip: Siti Solehah, Aida Aida
  • Pengarah : Ng Ken Kin
  • Produksi : Orangtree Production
  • Barisan Pelakon : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

Sinopsis Drama Ghaib 

Drama ini berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua.

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.

Post a Comment

Previous Post Next Post