Drama Cik Ayu Mee Sanggul Episod 1 Hingga 16 Di Slot MegaDrama Astro Ria

Drama  Cik Ayu Mee Sanggul Episod 1 Hingga 16 Di Slot MegaDrama Astro Ria | Salam semua, lama sis tak tengok Amelia Henderson berlakon, selalu tonton Amelia ni berlakon, makin lama makin suka dengan Amelia. Kali ini, Amelia muncul dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul. Drama bersiri sebanyak 16 episod ini boleh ditonton di slot MegaDrama Astro Ria yang telah pun menemui penonton pada 27 Julai yang lalu. Manis Amelia berbaju kebaya. Mengikut info yang sis tahu, nak menjayakan drama ini, Amelia menggayakan sebanyak 40 pasang kebaya selain tampil bersanggul. 

Drama cik ayu mee sanggul

Untuk info dan sinopsis lanjut, korang boleh baca di bawah ya. 


Info Drama Cik Ayu Mee Sanggul 

  • Bilangan Episod  : 16
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Skrip : Nieza Nahar
  • Pengarah : Idora Abdul Rahman
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Barisan Pelakon : Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish

Barisan Pelakon Drama Cik Ayu Mee Sanggul 

  • Amelia Henderson sebagai Cik Ayu
  • Aqasha sebagai Akhtar
  • Aryan Azdrin sebagai Uwais
  • Iman Zulkarnain sebagai Rizman
  • Shiqin Kamal sebagai Mastura
  • Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
  • Asha Merican sebagai Icha
  • Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
  • Aznah Hamid sebagai Wan Cun
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
  • Izzendra sebagai Zaza
  • Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
  • Cat Farish sebagai Hamzah
  • Wan Raja sebagai Faizal
  • Dynas Mokhtar seabagai Farhana
  • Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom

Sinopsis Drama  Cik Ayu Mee Sanggul 

Drama ini mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. 

Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. 

Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. 

Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post