-->

Wednesday, 15 September 2021

author photo
Main Game Online Percuma Di Solitaire.org, Mengimbau Kenangan Dulu - Dulu | Salam semua, satu lagi laman web menarik untuk main game online secara percuma. Rasanya kalau yang dah umur masuk 30 siri ni, ramai yang kenal kot game ni. Bila tengok kat laman web tu, teringat zaman main dekat pc yang besar gedabak dulu - dulu. Siapa ada kenangan kat sini ? Sis dulu, nak main game dekat komputer pun, game yang ada dalam tu lah ulang main hari - hari. Tak pakai internet pun dulu - dulu. Game yang dah sedia ada kat pc. 

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Main Game Online Percuma Tanpa Iklan Dan Download

Apa yang menarik nya, banyak game menarik, rambang mata kalau nak pilih main, kena try satu - satu. Lagi satu nak main game kat sini tak ada gangguan iklan dan tak payah download pun. Hanya buka website di pc ke, laptop ke atau pun tab ke boleh terus main. Tak payah serabut ada iklan nak lalu ke nak download ke. Yang penting semua game dalam tu percuma tak kena bayaran pun. 

Mesti korang nak tahu laman web mana kan. Korang boleh ke solitaire.org  Masuk laman web ni kena explore sana sini sebab banyak sangat game menarik. Dah tentu nanti korang tak bosan. Macam - macam pilihan game yang ada. 

Kalau dulu sis main game dekat pc besar gedabak tapi tak guna internet pun, sekarang ini, internet dah keperluan yang wajib. Nak main game pun buka website jer dan terus main. Boleh lah buat hilang stress sekejap. Lagipun, game dalam Solitaire.org tu banyak game yang mengimbau zaman kenangan sis dulu - dulu main game tanpa internet. 

Kalau korang perasan masuk laman web solitaire.org nanti ada banyak  kategori game menarik yang korang boleh cuba nanti. Antaranya :

1. Mahjong games
2. Hidden object games
3. Card games 
4. Connect 3 games 
5. Other fun online games
6. Solitaire

Sebelum tu, sis nak cakap kat sini, kalau korang yang suka main game online yang menguji minda, kepantasan berfikir, elok korang masuk main game sini. Semua peringkat umur boleh main masuk sini, Ajak anak - anak main sama, banyak juga game yang menguji pemikiran. 

3 Free Games Yang Best Pilihan Saya

Rambang mata sebenarnya nak main game mana satu kat sini. Lagipun ada banyak kenangan zaman tak guna internet dulu - dulu. Seronok pulak main kat sini. Setiap game kat sini, ada bagi panduan macam mana nak main kalau tak faham. Jadi, jangan risau lah. Ini antara free games yang menjadi pilihan sis. 

1. Solitaire

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Siapa yang pernah ada kenangan main solitaire kat pc dulu - dulu, di website ni pun dah boleh main dah. Zaman main dengan kad tu pun sis pernah main ya. Memori yang tak dapat dilupa zaman kanak - kanak. Bila dah upgrade masuk kat pc main di pc pulak. Sekarang, dah boleh main online percuma, buka saja laman web solitaire.org dah boleh terus main. 

Nak main game solitaire ni, kena banyak kemahiran berfikir dan kepantasan. Bukan mudah sebenarnya, sis pun main ni banyak termenung untuk fikir langkah seterusnya. Korang kena bijak susun strategi lah nak main game ni. Pilihan sis untuk solitaire game ni sis pilih Spider Solitaire. Game ni ada pilihan nak yang easy, medium ataupun hard. 

Sis main yang easy ni pun, habis nak fikir dah nak susun macam mana. 

2. Daily Word Search 

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Untuk santai - santai, sis suka main game Daily Word Search. Game ni boleh uji tahap kepantasan mata nak cari perkataan - perkataan yang tersembunyi dalam kotak yang penuh dengan huruf. Boleh ajak anak - anak main sekali, sebab boleh belajar bahasa inggeris sekali kan. Kira 2 dalam satu. Main game, dalam masa yang sama dapat belajar perkataan english. 

Main game ni berdebar sikit sebab ada kiraan masa. Boleh lah nak uji tahap mata korang nampak sejauh mana perkataan yang tersembunyi dalam kotak tu. Mula - mula sis payah jugak nak cari perkataan, tapi bila dah tahu tips macam mana nak cari memang sekejap pulak. 

Bila dah berjaya cari ke semua perkataan tu, memang puas hati sungguh. 

3. Hidden Kitchen 

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Untuk Hidden Kitchen ni di bawah kategori Hidden Object Games. Game ni pun uji tahap mata korang jugak macam mana. Kena buka luas - luas mata nak cari benda tersembunyi. Yang sis pilih ni cari benda tersembunyi di dapur. 

Ada 10 level ke semuanya. Nampak nak cari benda tersembunyi tapi bukan senang jugak ya. Game ni pun ada kiraan masa hanya 5 minit jer. Dah jumpa satu benda dapat markah. Tapi ingat, salah klik atas benda lain memang kena tolak markah. 

Kena berhati - hati la sikit walaupun nak cari tu benda tersembunyi saja. 

Games Yang Banyak Kenangan Dulu - Dulu

Macam mana, menarik tak game di Solitaire.org ni, itu pilihan sis nak main games kat sini. Banyak lagi games yang lain, korang boleh try ikut korang minat yang mana. Bagi sis, game sini ada yang games menguji minda, ada game yang santai. Semua orang suka main game kan. Budak - budak pun boleh layan game ni. 

Games di sini banyak kenangan zaman main kat pc dan video game tu, itu yang asyik sangat habis try. Lagipun, games kat sini tak payah daftar, tanpa iklan dan download pun. Masuk saja laman web dan terus boleh main. Jika korang nak isi masa terluang nak hilang kan stress ke boleh lah layan main game online di solitaire.org ni ya. 

Kalau korang dah main, yang mana satu games pilihan korang kat sini ? 






1 komentar:

avatar
Lea Azleeya delete 16 September 2021 at 10:22

Dulu rajin bebeno main games ni kalau x de keje.. hahaha... kenangan betul la... skrg je x de ms dah nak bukak.. bz lajak..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post