Sinopsis Drama i-Tanggang Mother Of All Lies

Sinopsis Drama i-Tanggang Mother Of All Lies | Salam semua, Drama i-Tanggang drama pertama yang memaparkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Drama i-Tanggang bukan sekadar drama biasa ya. Drama ini menceritakan kisah seorang ibu yang mempergunakan anaknya yang dikatakan sakit demi meraih simpati, dendam dan sumber pendapatan.  Drama ini boleh ditonton di Astro Citra saluran 108.

Drama i-Tanggang Mother of all lies


Drama bersiri sebanyak 12 episod ini boleh distrim di platform Astro Go atau On Demand. Berikut adalah info lanjut ya. 


Info Drama i-Tanggang 

  • Tajuk Drama : i- Tanggang 
  • Tarikh Tayangan : 13 September 2021
  • Bilangan Episod : 12
  • Hari Dan Masa  : Setiap Isnin, 9:00 malam
  • Siaran TV : Astro Citra
  • Penulis Skrip : Wan Hasliza, Wan Alaudin, Keen
  • Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak
  • Produksi : KL Motion Pictures
  • Barisan Pelakon : Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng

Barisan Pelakon Drama i-Tanggang 

  • Sherie Merlis sebagai Erma
  • Faizal Hussein sebagai Rahmat
  • Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
  • Nadhir Nasar sebagai Syafiq
  • Emma Sofea sebagai Esra
  • Sofia Jane sebagai Dr Nini
  • Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
  • Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

Lagu Tema ( OST ) 

  • Gelap - Satwo
  • Cahaya Malam - Satwo
  • Bukan Mainan - Rashidi Ishak

Sinopsis Drama i-Tanggang 

Drama ini mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. 

Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang.

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. 

Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. 

Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post