-->

Wednesday, 8 September 2021

author photo

McDonald's Malaysia Tawarkan Peluang Pekerjaan Untuk Bantu Golongan Belia | Salam semua, di waktu musim pandemik sekarang ini, ramai golongan belia juga yang terkesan disebabkan susah untuk mendapatkan kerja. Kadar pengangguran di kalangan belia juga meningkat disebabkan penawaran kerja yang agak terhad. Tahu tak korang yang McDonald's Malaysia juga mempunyai peluang kerjaya melalui Akademi Vokasional McDonalds. Inisiatif ini bertepatan dengan agenda nasional, untuk terus membantu generasi belia melalui program - program kerjaya di McDonald's. 


Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia


Melalui program ini, golongan belia dapat membina kerjaya bersama McDonald's untuk mengembangkan bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. 


McDonald's Malaysia Menyediakan 10,000 Peluang Pekerjaan Untuk Golongan Belia

McDonald's Malaysia bukan hanya dikenali sebagai syarikat restoran khidmat segera tetapi juga banyak menyediakan peluang kerjaya kepada golongan belia untuk bekerja dengan McDonald's. Untuk pengetahuan semua, McDonald's kini mempunyai lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 restoran di seluruh negara.

Walaupun di musim pandemik yang mencabar ini, usaha McDonald's Malaysia untuk terus bergerak ke hadapan dengan sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026. Dijangkakan 10,000 peluang pekerjaan disediakan untuk golongan belia. Dengan peluang pekerjaan ini, secara tak langsung ia dapat membantu golongan belia memenuhi pasaran kerja di dalam negara. 

Matlamat McDonald Malaysia adalah untuk mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap khususnya dalam industri perkhidmatan makanan. 

Apa Yang Menarik Tentang Program Perantis Vokasional McDonald's ? 

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia

Program Perantis Vokasional McDonald's adalah salah satu inisiatif dari McDonald's Malaysia untuk membantu golongan belia yang ingin memulakan kerjaya mereka di McDonalds.

Program ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2018. Program Perantis Vokasional McDonald's secara Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN ) ini adalah hasil kerjasama McDonald's Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 

Program ini dijalankan selama 18 bulan yang merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran - restoran McDonald's dan 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan. 

Setakat ini, lebih 2000 belia dilatih sebagai perantis di restoran McDonald's seluruh negara. 

Melalui program SLDN ini, perantis dapat merasakan suasana pekerjaan yang sebenar dalam industri. Kalau nak tahu, program ini lebih menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan alam pekerjaan sebenar. Dalam masa yang sama ia dapat membantu syarikat menghasilkan produk berkualiti serta dapat meningkatkan produktiviti. 

Syarat - Syarat Kelayakan Untuk Memohon Program Ini

Bagi yang sedang mencari peluang pekerjaan dan berminat untuk membina kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan, program ini dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 ( PT3 ) atau Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). 


Kelebihan Yang Ditawarkan Untuk Program Kerjaya McDonald's 

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia

Apa yang menariknya, banyak kelebihan - kelebihan yang ditawarkan oleh McDonald's Malaysia untuk sesiapa yang join. Sepanjang program ini berlangsung, mereka akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM 1200 sebulan. Mereka juga akan diberikan kemudahan tempat tinggal, faedah perubatan dan perlindungan insurans serta makanan percuma sepanjang program. 

Sebaik saja tamat program, mereka akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, mereka juga terus diambil bekerja di McDonald's atau bekerja di mana - mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia. 

Tak rugi pun bila join program ni sebab banyak kelebihan yang McDonald's tawarkan. 


Fakta Yang Menarik Tentang Kerjaya Di McDonald's Malaysia 

Ada beberapa fakta menarik yang korang perlu tahu tentang kerjaya di McDonald's. 

  • Kerjasama McDonald's Malaysia bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK )  Kementerian Sumber Manusia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja)
  • Setiap tahun, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi, dan kepakaran dalam operasi restoran.

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia

  • McDonald’s mengambil 100 peratus rakyat Malaysia untuk bekerja dan keutamaan kepada mereka daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar.
  • Peluang pekerjaan yang sama rata dengan memastikan pengambilan golongan wanita daripada pelbagai latar belakang dan orang kelainan upaya (OKU).
  • Sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU.

Apa Kata Perantis Yang Telahpun Menamatkan Program Ini ? 

Bagi Iman, Khor dan David, pengalaman menyertai program ini adalah amat bermakna buat diri mereka. Jom kita dengar apa kata mereka tentang program ini. 

1. Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia

Pertama kali menyertai program ini, Iman seorang yang agak pemalu dan takut untuk mencuba. Kini, Iman mampu mengatasi rasa takut dan menjadi lebih berani dan berkeyakinan diri. Menurut Iman, McDonald's telah banyak membantunya supaya menjadi lebih fokus dan lebih yakin. 

Iman merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang. Iman, kini berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonalds Mont Kiara, Kuala Lumpur. 

2. Khor Wei Nern

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia


Khor seorang anak muda yang berusia 18 tahun. Galakan daripada seorang guru semasa di sekolah menengah membuatkan Khor menyertai Program Perantis Vokasional McDonald's. Baginya program ini bukan sahaja dapat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus dan rakan sekerja yang berpengalaman, malah dapat sama - sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. 

Katanya, pengetahuan dan latihan yang diterima sepanjang program ini adalah amat berharga. Khor kini sedang menjalani latihan praktikal di McDonald's Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang. 


3. David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj

Peluang kerjaya di McDonald's Malaysia

David merupakan antara perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald's. Setelah tamat program, David terus bekerja di McDonald's dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald's. 

Sudah 3 tahun David bersama McDonald's. Impiannya adalah untuk menjadi Pengurus Besar Restoran sebaik saja masuk tahun ke 6. David yang kini bertugas di McDonald's Pandu-lalu Rawang mempunyai matlamat untuk mejadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi untuk tahun ke 10 akan datang. 


Sokongan Buat Belia Malaysia Untuk Membina Kerjaya Di McDonald's 

McDonald's Malaysia memberi peluang buat golongan belia untuk sama - sama membina kerjaya di McDonald's dengan menyertai program seperti ini. 

"Program-program kerjaya utama untuk belia, khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s, direka khas untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna," Kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

 

Sekiranya ada ahli keluarga atau kawan - kawan yang sedang mencari peluang pekerjaan, program kerjaya dari McDonald's ini amat sesuai, sebaik saja tamat program, terus diambil bekerja oleh McDonald's. 

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, boleh layari di https://www.mcdonalds.com.my/ atau jika anda ingin membina kerjaya bersama McDonald's, layari https://www.maukerja.my/mcd




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post