-->

Saturday, 21 December 2019

author photo
Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah | Siapa yang dah pernah minum air kulat mekah. Kalau yang dah biasa minum macam sedap kan. Tapi ada juga yang tak boleh masuk tekak kan. Kali pertama wani tengok kulat mekah ni sebab ada rakan facebook asyik post pasal kulat mekah ni, wani asyik tengok gambar sebab jakun kenapa boleh panggil kulat, padahal terendam dalam air. Dikatakan kulat mekah ini banyak khasiatnya sekirannya diamalkan.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Dimanakah Asal Cendawan Mekah ? 

Kalau kalian pernah dengar nama lain untuk kulat ini adalah seperti Kombucha, Alga Mekah, Mud - Mud dan Ibu Som. Sebab itu orang panggil dengan pelbagai nama. Dulu- dulu tertanya juga kenapa orang panggil cendawan sedangkan tak nampak macam cendawan pun kan. Macam agar - agar pun ada juga. 

Tetapi kenapa dipanggil Mekah kat belakang tu. Sebenarnya, asal cendawan ini memang dari Mekah dan kisahnya memang disebut dalam Al-Quran dan hadis. Cuma,dalam bahasa Arab, ia tidak disebut cendawan Mekah tetapi dinamakan sebagai Al-Kammah. Dikatakan berasal dari Al- Mann. Ingat tak umat Nabi Musa diberikan makanan berupa Manna dan Salwa dari langit. Macam  tu lah cerita nya asal cendawan Mekah. 

Disebabkan cendawan ini hidup dengan menjadikan air gula sebagai makanannya. Hasil dari uraian gula tersebut, terhasillah penawar yang dapat menjadi penawar kepada penyakit. 

Apakah Khasiat Cendawan Mekah Yang Ramai Orang Tak Tahu ?

Cendawan Mekah mampu menjadi penawar kepada penyakit. Sebab itu, ramai yang bela kulat ini di rumah. Di antara khasiat cendawan Mekah adalah seperti di bawah : 

1. Membantu menyembuhkan sakit kepala 
2. Membantu menurunkan kadar kolesterol 
3. Melancarkan pembuangan air besar 
4. Membantu meredakan batuk 
5. Membantu untuk mencegah jerawat 
6. Membantu untuk mengurangkan tekanan dan gangguan tidur ( insomnia ) 
7. Membantu untuk menyuburkan rambut 

InsyaAllah dengan izin Allah, semuanya boleh menjadi penawar ya. Macam tu lah, orang kata nak sembuhkan penyakit, kena ikhtiar. 

Apakah Bahan - Bahan Yang Diperlukan Untuk Bela Cendawan Mekah Di Rumah ? 

Buat sesiapa yang nak bela cendawan mekah di rumah, bahan - bahan dan juga penyediaannya tidak lah susah sangat. Cuma apa yang perlu diambil perhatian, semasa nak pisahkan lapisan cendawan mekah dari induknya. 

Bukan apa, takut rosak atau terkoyak, cendawan mekah boleh "mati"

1. Bekas kaca botol kaca atau bekas plastik 
2. Teh  ( Tak kisah jenama apa pun ) 
3. Gula Pasir 
4. Induk Cendawan Mekah 
5. Air 

Pengalaman 'Membela" Cendawan Mekah Di Rumah 

Sis pun macam nak tahu macam mana rasa kulat mekah ni, sampailah adik bagi tahu, rasa macam air bergas perisa epal, lagi lah wani garu kepala. boleh ada rasa "gas" pulak. Macam sedap bunyi. Kawan adik ada bela kulat mekah ni

Jadi disebabkan abah nampak berminat nak bela kulat ni, Kawan adik bersetuju nak serah "anak" kat abah untuk dibela. Kemain bersemangat abah nak bela. Orang lain bela dalam bekas kecik jer kan, ni terlebih bersemangat sampai nak bela dalam bekas besar. Kulat mekah ini pertumbuhan saiznya bergantung seluas mana bekas tersebut. Kalau yang bekas sederhana bulat, maka bulatnya pun kecil juga.

Kulat mekah ni dah banyak bulan dah tak ingat bulan berapa bela tapi tahun ni la juga ya. Makin lama makin membesar dan berlapis - lapis. Kalau jual ni agak mahal la juga.  Padan lah dengan nak bela tu bukan senang. Sis nak kongsi kat sini apa pengalaman wani lihat perkembangan kulat ni Dah macam eksperimen. Best juga main eksperimen ni sambil tuntut ilmu kaji pasal kulat mekah.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Kulat mekah ini sekali tengok macam nata de coco pun ada,alaa nata tu, orang buat masuk dalam cocktail pun sedap.  Pernah makan kan macam kenyal jerr kalau makan, tapi ada orang saja nak test makan, memang kenyal tapi tak boleh telan. Masam pulak tu. Ok, sekarang bukan nak cerita pasal makan kulat ni. Sis nak cerita macam mana kulat mekah  melalui proses "fermentation" ataupun proses penapaian. 

Gambar atas induk kulat mekah yang telah diambil. Nasib baiklah kawan adik murah hati nak bagi. Sebab yang dia punya pun dah banyak beranak pinak. Nampak besar nya kan bekas. Induk berbentuk bulat sebab bekas dulu yang dibela bentuk bulat. Jadi, anak pun terbentuk bulat juga. Sekarang dah pindah bekas bentuk segiempat. Air kat dalam tu adalah air teh bergula yang telah dimasak dan disejukkan, mula- mula ni nampak macam berwarna gelap air teh.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Dalam tempoh beberapa minggu, tak ingat dah berapa minggu, gambar kat atas tu, nampak tak macam lapisan macam jeli cerah, itulah nak terbentuk dah "anak" dari induk. Yang induk sekeping bulat tu tak berapa nampak dah. Nak boleh penuhkan bekas segiempat yang besar ni makan masa la jugak.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Yang ini dah nampak penuh bekas. Itu baru nak jadi satu lapisan. nak tunggu lapis demi lapis ni bukan senang. Kalau setiap kali buka penutup bekas ni, memang menusuk hidung la bau air ni, maksudnya macam bau bergas.

Terexcited lebih, abah nak bela kulat mekah. Air teh kalau boleh kena buat hitam pekat. pilih lah jenama teh yang hitam pekat. Permulaan ni memang nampak warna gelap, nanti dah lebih sebulan, warna teh tu macam pudar. nak uji air tu dah boleh diminum, kena rasa, rasa nya macam lebih kurang cuka epal, kalau kita ambil air kulat mekah ni, nampak macam buih - buih kecil kat dalam gelas tu, macam kita tuang air soda.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Sis tak tahu sejauh mana keberkesanan minum air kulat mekah ni. Ada orang kata boleh jadi penawar. mula-mula ni memang semangat nak minum, siap letak dalam peti. Lama-lama dah puas Tapi sayang nya dah berlapis -lapis dah dalam bekas ni. Sekarang, nanti lain kali kita cerita balik.  Gambar ni semasa permulaan nak bela kulat mekah.

Oh terlupa nak kongsi tips. Tak adalah terperinci sangat. Cuma apa yang sis tahu dan pantang larangnya sahaja. Ada pantang larang ni kulat mekah, bukan senang nak bela. Tapi, disyorkan sangat jika korang yang jenis prihatin dalam "membela" walaupun hanya "bela" kulat, kalau yang jenis malas-malas tak disyorkan sangat. Dah siap bagi amaran ni ya.

Apakah Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah ?

1. Cendawan mekah hidup sebab ada gula dalam air teh. Yang ajaibnya, walaupun air teh bergula tapi rasa airnya masam. Jadi, cendawan mekah tak boleh hidup tanpa gula sebab gula itu makanannya.  Senang saja buat air teh bergula.

2. Air teh bergula mesti disejukkan terlebih dahulu sebelum tuang dalam bekas yang ada cendawan mekah.

3. Lapisan cendawan mekah, kalau ia "hidup" ia akan terapung kat atas. Kalau dah "mati" lapisannya jatuh kat dasar, tandanya kulat mekah yang kita bela tak jadi, dan air pun tak rasa masam. itu tandanya kulat dah mati dan kena buang.
 ( biasanya berlaku semasa kita nak asingkan "anak" dari induk dan letak dalam bekas lain )

4. Tak disyorkan untuk potong, walaupun ada yang cakap boleh potong dengan gunting plastik tapi jangan sesekali potong dengan material besi contoh pisau dan gunting. Cendawan mekah pantang dengan besi. Kalau boleh tarik lapisan "anak" dari induk dengan hati -hati. Kalau potong pun, kemungkinan hidup atau tak hidup.

5. Tempoh matang untuk minum air kulat mekah mungkin ambil masa sebulan lebih, bergantung kepada bekas yang digunakan. Sis guna bekas besar, jadinya lambat. Kalau guna bekas kecil, rasanya dalam 1- 2 minggu pun dah boleh minum.

6. Air kulat mekah mesti rasa masam. Kalau lagi lama dalam bekas tu lagi masam.

7. Lagi satu kalau tengok kat gambar tu kan, tutup dengan penutup plastik kan, sebenarnya dah ada lubang udara tu kat atas kena bagi kulat mekah ni bernafas, benda hidup kan. jangan tutup penuh. Ada orang dia tutup permukaan bekas tu dengan kain nipis.

Apakah Tanda Cendawan Mekah Mati ?

Itu sahaja dulu tips, tapi nak pesan ada dengar cerita orang yang bela kulat tu malas sangat nak buat air teh bergula. gula tu dia pergi tabur dalam bekas yang ada kulat mekah. Esoknya, tengok kulat mekah dah tenggelam kat bawah. dah "mati" dah kulat tu. Yang rajin boleh lah bela kulat. Tanda cendawan Mekah tu dah mati, ia tenggelam di bawah. Kalau yang hidup cendawan Mekah terapung di permukaan atas.

Memanglah kulat mekah ni makanan dia gula, tapi tak adalah kena tabur macam bagi makan ikan pulak. Kena rajin buat air teh bergula ya.

Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah

Tengoklah bekas besar sangat, masa ni, ada 2 lapisan. Sekarang dah berlapis - lapis tebal dah.

Begitulah pengalaman bela cendawan Mekah di rumah. Nak kata susah tak adalah susah sangat. Disebabkan cendawan mekah banyak khasiatnya. Jadi, nak tak nak cuba bela sendiri di rumah. Kalian pun boleh juga buat sendiri. Sesiapa nak bela sendiri Cendwan Mekah di rumah, boleh ikut tips ini ya.

Jangan lupa sekiranya entri ini bermanfaat boleh kongsi entri ini. Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk follow blog ini.

Baca sini : Cara Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato
Baca sini : Cara Mudah Bersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
Baca sini : Petua Mudah Untuk Hilangkan Getah Nangka

This post have 15 komentar

avatar
Amie delete 11 November 2017 at 11:22

Assalamualaikum Wani, kakak first time dengar tentang kulat mekah ni tau! Tq for sharing darling.

Reply
avatar
Cik Renex delete 12 November 2017 at 01:52

first time dengar sal kulat mekah ni. igtkn apa tu

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 12 November 2017 at 09:03

ilmu baru ni. pertama kali dengar. memang menarik. okay kalau mcm air gas rasa epal tu boleh terima tekak ni rasanya. tp apa sebenarnya khasiatnya?

Reply
avatar
Sheila Adziz delete 12 November 2017 at 16:42

dah 2 kali pelihara tp 2 kali mati... org kata x leh duk tpt panas dan berasap... mmg sy letak sebelah peti ais dan selalu masak air kt tepi botol kulat mekah tu... hukhuk...

Reply
avatar
Shikin Razali delete 14 November 2017 at 09:27

Kak Wani, first time saya dengar nama kulat nie, boleh minum pulak tue.. kat pasaran pun xde pulak dengar nama kulat nie.. Apa khasiatnya..?

Reply
avatar
Hernee Nazir delete 14 November 2017 at 13:58

tak pernah minum.. nanti nak try lah..

Reply
avatar
Mama Hakim delete 15 November 2017 at 14:21

Assalamualaikum sis Wani

tak pernah mama dengar air kulat mekah

Hmmm

Semoga sihat wal afiat bersama keluarga tersayang

Reply
avatar
Cik Ash delete 15 November 2017 at 16:00

wahhh kulat mekah boleh pelihara gak.. teringin nak bela.. tapi rasa x sesuai sbb malas hahhahaha

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 30 December 2019 at 12:18

First time tahu pasal kulat mekah ini.. tq share Wani..

Reply
avatar
anonymous delete 9 February 2020 at 18:36

sampai bila boleh guna cendawan mekah ni? cause my atuk punya dah ada banyak lapisan. dia simpan lama gila air tu. I wonder air tu elok lagi ke nak minum?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 10 February 2020 at 10:30

kalau terlalu lama sangat sampai berlapis jangan minum kot lain jadinya.. lagi masam pelik ada la. seeloknya peram dalam 2 minggu dah boleh ambik minum dah airnya... then buat teh lain. :)

Reply
avatar
Unknown delete 28 April 2020 at 20:40

As Salam...maaf Tanya..sya da Bela...dia mmg akan Naik kulat k mcm mna?? N mcm mna nk thu dia ank k induk??

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 1 May 2020 at 23:17

anak induk tu ada tumbuh bahagian bawah lapis demi lapis...

Reply
avatar
Unknown delete 22 July 2020 at 10:27

Kalau kulat tu kt bawah mknanya dh mati kn?
Mcm mne klau kulat tu dh memang xde bentuk kulat dh, n dye duk kt dasar? Ap nk buat ngn kulat n air tu? Buang trus eh

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 26 July 2020 at 00:06

ni baru nak mula bela kulat ke ? kalau kulat tu dah tenggelam kat bawah, memang dah mati tu..sebab kulat tu tak terapung kat atas. kalau dah banyak hari baru perasan, baik buang jer air tu.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang