Cara Mudah Sedekah Online Untuk Masjid Dengan Aplikasi Sujood

Cara Mudah Sedekah Online Untuk Masjid Dengan Aplikasi Sujood | Salam semua, selalunya kita dengar "buat amalan sedekah banyak - banyak atas dunia ni, sebab itu lah saham akhirat kita nanti."

Atas dunia memang tak nampak. Di akhirat kelak, sedekah -sedekah ini lah yang membantu kita nanti.

Antara salah satu sebab kenapa kita mesti kena ada sifat suka bersedekah adalah nak buang sifat kedekut yang ada dalam diri. 

sedekah online

Sifat kedekut yang salah satunya adalah sifat mazmumah yang keji yang mesti dibuang dalam diri seorang yang bergelar muslim. 

Seperti mana Allah sebut di dalam Al - Quran 
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(al-Baqarah: 261)

Kita kena yakin dengan amalan sedekah yang telah disebut dalam Al - Quran ini, amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta ataupun rezeki. 

Jadi, jangan takut untuk membuat amalan soleh yang disukai Allah. Sebabnya, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak disangka - sangka untuk hambaNya yang suka bersedekah.

Asalkan kita bersedekah dengan ikhlas dan bukan untuk pujian. 

Sedekah Online Dengan Aplikasi Sujood

Zaman sekarang ke semua urusan boleh dibuat hanya di hujung jari memang menjimatkan masa. Hanya dengan telefon pintar saja, korang klik - klik dah siap. 

Nak bersedekah sekarang pun rasa tak payah macam dulu. Seiring dengan perkembangan teknologi, sekarang dah boleh buat sedekah online. 

Tak perlu bawa wang tunai macam dulu. Lagi selamat.  

Korang pernah dengar tentang aplikasi Sujood tak ? Baru - baru ini sis ada dengar tentang aplikasi Sujood. Tertanya - tanya juga aplikasi Sujood ni untuk apa ? 

Aplikasi Sujood ini telah dibangunkan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Sujood ini adalah satu aplikasi untuk memudahkan orang ramai menderma kepada masjid ataupun surau. 

Dengan adanya aplikasi ini, kita boleh nak derma online untuk mana - mana masjid.

Lagi mudahkan kerja sis bila nak sedekah secara atas talian terutamanya nak istiqamah buat sedekah subuh. Awal pagi, pintu rezeki terbuka luas. Sedekah subuh ini juga adalah sedekah yang terbaik. 

Jangan lepaskan peluang nak buat sedekah subuh. Kena cepat - cepat muat turun aplikasi Sujood ya. 

5 Kelebihan Menggunakan Aplikasi Sujood

sedekah online

Sis dah pun cuba guna aplikasi Sujood, apa yang sis perhatikan banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Walaupun aplikasi Sujood ini hanya derma online untuk masjid. 

Sekurang - kurangnya, kita tak pening dah nak derma kat mana. Ke semuanya ada dalam Sujood. Antara kelebihan yang boleh kita dapat. 

1. Menjimatkan Masa Dan Di Mana Saja

Bagi sis, dengan Sujood ia dapat menjimatkan masa daripada hadir secara fizikal untuk derma. Walaupun di mana saja kita berada. Waktu untuk derma pun tak terhad. Hanya klik - klik di aplikasi. 

2. Derma Tanpa Wang Tunai 

Nak derma sekarang tak perlu bawa wang tunai atau istilah lain kita derma secara atas talian. Yang penting korang kena ada online banking. 

Atau boleh juga dengan kad kredit. Sujood dah mudahkan kerja kita untuk menderma. 

3. Melatih Diri Untuk Derma Secara Konsisten 

Kalau dulu kita bersungut nak derma pun susah sebab tak ada wang tunai yang kebetulan bawa atau masalah - masalah lain. Jadi nak konsisten untuk menderma tu susah kan. 

Bila wujudnya Sujood, sedikit sebanyak ia dapat membantu kita untuk bersedekah secara konsisten walaupun hanya RM 1. 

Allah tak pandang nilai, tapi Allah pandang hati kita yang ikhlas untuk menderma. 

4. Masjid Dan Surau Yang Tersenarai Di Dalam Sujood 

Senarai masjid dan surau yang ada di dalam aplikasi ini dari seluruh Malaysia. Setakat sekarang ini Sujood telah menghimpunkan senarai 31 masjid dan surau. 

Dari semasa ke semasa akan ada pertambahan. 

Bagus kan. Siap ada gambar masjid dan sedikit keterangan tentang masjid. 

5. Tanpa Download Pun Boleh Derma Online 

Macam mana tu tanpa muat turun pun boleh menderma jugak ? Ini yang istimewa sis perasan dalam aplikasi Sujood ni. Sis dah muat turun Sujood sebab nak mudahkan sis nak menderma. 

sedekah online

Kalau nak tahu Sujood ini ada fungsi "share", dan kita boleh "share" ke mana - mana aplikasi yang kita nak "share" sama ada di Telegram, Whatsapp, Facebook dan lain - lain. 

Sekiranya korang nak kongsi link dengan kawan - kawan ataupun keluarga, korang hanya tekan butang "share" yang berada di sebelah kanan atas gambar masjid. 

Kemudian pilih aplikasi mana yang korang nak. Mudah kan. Yang bagusnya, sekiranya ada orang nak menderma, mereka hanya perlu klik link tersebut dan terus buat pembayaran untuk derma tanpa perlu muat turun aplikasi Sujood. 

Bukan apa, kita nak menggalakkan orang ramai untuk lebih suka menderma. Tak nak bagi rasa payah sangat nak derma online. Tak ada aplikasi Sujood pun boleh derma asalkan kita kena rajin "share". 

Faham sangat, dengan masalah memori phone tak cukup dan lain - lain. 

Cara Sedekah Online Guna Aplikasi Sujood 

Nak sedekah guna aplikasi Sujood ni mudah jer. 

1. Pertama sekali, korang kena muat turun aplikasi ini. Aplikasi Sujood boleh dimuat turun di Google play ataupun App Store. 

sedekah online


2. Selepas muat turun, terus buka dan korang akan nampak senarai masjid yang ada. Apa yang menariknya di Sujood ni ada ruangan untuk santapan rohani. 

sedekah online


Boleh lah nak baca dulu artikel untuk terapi rohani sambil - sambil nak derma kan. Di sini, kalau korang nak derma terus pun boleh tanpa perlu daftar. 

Lagi elok kalau korang daftar sebab dah download kan, kalau daftar, senang kita tengok duit yang kita dah derma tu kat mana. 

sedekah online

3. Kemudian, korang boleh klik mana - mana senarai nama masjid yang ada untuk derma online. Sis pilih salah satu masjid di Kelantan.

sedekah online

4. Bila klik atas nama masjid, seterusnya akan keluar gambar masjid. Terus tekan atas butang "sedekah".

sedekah online

5. Korang perlu isi maklumat seperti amaun derma berapa, nama, nombor telefon dan juga email. Jangan lupa tick ruangan petak di bawah.

sedekah online

6. Seterusnya, akan keluar paparan lain untuk kita buat pembayaran. Boleh pilih samaada nak buat pembayaran melalui online banking ataupun dengan kad kredit. 

Pilih mana - mana bank pilihan korang. Kemudian terus proceed untuk pembayaran , isi TAC semua tu kan. Ok dah siap. 

sedekah online


Nanti akan keluar paparan untuk invoice yang kita dah derma. Semua details derma ada kat sana. Kalau nak download resit untuk simpanan pun boleh. 

7. Bila tekan "return to app", ia akan bagi tahu transaksi telah berjaya. Mudah kan nak sedekah online guna aplikasi Sujood ni. 

sedekah online

Membantu Pihak Masjid Dan Surau Di Malaysia 

Selain dari fungsi untuk memudahkan orang ramai nak sedekah secara online, apa yang sis suka dengan Sujood ni, mana - mana masjid di Malaysia yang berminat untuk turut serta, pihak Studio 61 akan membantu untuk mendaftarkan masjid dan surau bagi disenaraikan di aplikasi Sujood. 

sedekah online

Sekarang kan banyak isu - isu yang berkaitan dengan masjid seperti kecurian dan sebagainya. Masjid dekat rumah sis pun pernah berlaku. 

Peti besi pun boleh hancur. Lenyap terus duit dalam tu. Sedekah orang ramai kot dalam peti besi tu.  

Pada pendapat sis, memang patut setiap masjid disenaraikan di dalam aplikasi Sujood. Senang untuk  jadikan tabung digital. 

Masjid yang dah disenaraikan dalam aplikasi Sujood, boleh buat pengumuman untuk ahli - ahli masjid tentang kewujudan aplikasi ini. Kita derma pulak secara online. 

Kena fikir luar kotak pulak dari derma secara wang tunai ni, kadang - kadang tak selamat. 

Jadi, untuk masjid yang nak daftar, syarat untuk pendaftaran mudah sahaja. Emelkan hasrat masjid, beserta gambar surat pendaftaran masjid dengan pihak majlis agama negeri.

Untuk pendaftaran boleh emel ke salam@sujood.net. Kalau nak tahu juga, pihak Studio 61 tidak mengenakan sebarang cas kepada pihak masjid. 

Semoga dengan inisiatif ini dapat membantu masjid dan surau untuk pembaharuan dalam operasi derma dalam bentuk tabung digital. 

 Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke media sosial dan laman web Sujood di bawah : 

Facebook Page : sujoodappofficial | Instagram : sujoodapp | Laman Web : sujood.net

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post