-->

Saturday, 4 December 2021

author photo
Eskayvie Diffenz Junior, Suplemen Untuk Menyokong Imun Dan Tumbesaran Kanak - Kanak | Sejak negara kita dah mula masuk ke fasa endemik, sektor ekonomi dan sosial pun dah mula dibuka secara berperingkat. Nak dekat setahun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, akhirnya sempadan negeri dah boleh rentas. 

Cikgu - cikgu pun rasa dah boleh tarik nafas lega dah sebab sekolah pun dah mula dibuka secara bersemuka. 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak
Bukan cikgu saja, ibu bapa pun dah boleh tarik nafas lega. Memandangkan dah ramai  ibu bapa yang mula masuk bekerja di pejabat. 

Sis pun faham sangat, bukan senang nak mengajar secara online di rumah lebih - lebih lagi ibu bapa sendiri nak pantau anak belajar. Bila sekolah buka ni sedikit sebanyak melegakan kedua - dua pihak kan. 

Sis pun dah lama tak jumpa anak buah nak dekat setahun. Baru jer anak buah balik kampung, nak buat macam mana anak buah duduk jauh. 

Anak buah sis ni tak lama lagi tahun depan nak masuk 6 tahun sorang, sorang lagi nak masuk darjah 1 dah. Sepanjang tempoh PKP sebelum ni, belajar online dari rumah.

Kadang - kadang sis terfikir kasihan jugak anak anak umur macam ni belajar di rumah. Sepatutnya, umur macam tu suka belajar dalam suasana ada kawan - kawan. 

Dalam masa yang sama, sebagai seorang mak saudara ni, sis risau juga dalam keadaan sekolah sekarang dah buka, kes harian Covid - 19 masih lagi tinggi. Jangan ambil mudah ya. 

Bertambah risau jugak sebab anak buah sis yang sorang ni selalu tak sihat. Kadang - kadang demam sampai kena masuk hospital. 

Sekarang ini pun, yang berumur 12 tahun ke atas dah lengkap kedua - dua dos vaksin. Untuk kanak - kanak yang berumur 12 tahun ke bawah ni masih lagi dalam kajian untuk diberikan vaksin. 

Jadi, apa persediaan sebagai ibu bapa nak pastikan anak - anak mendapat sistem imun dan antibodi yang kuat ? 

Eskayvie Diffenz Junior, Suplemen Untuk Menyokong Imun Dan Tumbesaran Kanak - Kanak 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak

Bercakap tentang suplemen untuk kanak - kanak, korang tahu tak Eskayvie kini telah melancarkan produk terbaru iaitu Diffenz Junior yang dikhususkan untuk menyokong sistem imun dan tumbesaran kanak - kanak. 

Diffenz Junior ini sesuai untuk kanak - kanak berumur 2 hingga 12 tahun supaya nutrisi tambahan dapat dibekalkan serta terhindar dari jangkitan kuman dan virus. 

Diffenz Junior ni dalam bentuk tablet kunyahan sesuai untuk kanak - kanak. Kalau korang nak tahu, produk vitamin ini mempunyai gabungan ramuan yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi yang mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

Ya lah, usia kanak - kanak bawah 12 tahun ni, kadang - kadang ada di antara mereka yang picky eater, tak makan sayur dan buah, jadi mereka kekurangan nutrisi penting dalam badan. 

Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka. 

Sekiranya, ibu bapa tidak mengambil berat, kemungkinan anak terdedah dengan penyakit sangat lah tinggi. 

Pengenalan Tentang Diffenz Junior Oleh Dr Syid

Sebelum itu, korang boleh tonton video di bawah. Untuk pengetahuan korang, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri adalah doktor perubatan dan pakar formulasi. 

Dr Syid yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. 

Dr Syid juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Nak ajar anak - anak mengamalkan pemakanan yang seimbang pun bukan mudah sebenarnya. 

Sebab itu, pengambilan suplemen tambahan juga amat penting untuk kanak  - kanak. 


Khasiat 6 Nutrisi Penting Dalam Diffenz Junior

Apa yang menariknya, Eskayvie Diffenz Junior telah mengetengahkan 6 bahan utama iaitu: 

1.Multivitamin & Mineral,
2. Kolostrum
3. Cendawan Susu Harimau
4. Vitamin C
5. Vitamin D
6. Buah Camu-Camu. 

Gabungan bahan ini semua sudah tentu memudahkan kanak - kanak untuk mendapat kebaikan dari enam bahan tersebut.


Ke semua bahan ini mempunyai khasiat yang tertentu untuk memberi perlindungan terbaik kepada kanak - kanak. 

1. Cendawan Susu Harimau 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak

Cendawan susu harimau ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. 

Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Bukan senang nak tumbuh cendawan ni.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. 

Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian. Menarik kan fakta tentang cendawan susu harimau ni. 

Syukurlah, dengan kemajuan sains dan teknologi, ramai penyelidik telah membuat kajian tentang kebaikan cendawan susu harimau. 

Disebabkan khasiat yang ada dalam cendawan susu harimau ini, ia juga menjadi salah satu bahan dalam Eskayvie Diffenz Junior. 

2. Multivitamin Dan Mineral 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak

Sis akui anak buah sis sorang ni ada yang picky eater, sayur tak makan, risau juga tengok. Mak dia habis cara jugak nak bagi minat makan sayur. Ibu bapa tidak boleh pandang remeh juga hal ni. 

Kekurangan nutrisi berlaku sekiranya kanak - kanak suka memilih makanan. Macam yang sis bagi tahu bukan mudah nak handle anak yang picky eater ni.

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). 

Multivitamin dan mineral terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.

3. Kolostrum 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak

Apa itu kolostrum ? Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. 

Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Begitu besar fungsi susu pertama susu ibu ni

Kalau korang nak tahu, kolostrum mengandungi sejenis protein yang dikenali sebagai sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Fungsinya amat penting untuk antibodi di dalam badan. 

Anak - anak yang masih kecil sistem imunnya masih lemah. Dengan pengambilan kolustrum ini, ia adalah salah satu cara untuk menguatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan. 

Cara Pengambilan Diffenz Junior 

Mesti ada yang tertanya - tanya bagaimana pula dengan cara pengambilan Diffenz Junior. Cadangan pengambilan tablet ini adalah berbeza mengikut umur dan berat badan mereka.Waktu pengambilan pula adalah selepas makan.  Korang boleh rujuk jadual di bawah. 

suplemen terbaik untuk kanak - kanak

Dapatkan Diffenz Junior Hari Ini Untuk Perlindungan Terbaik Kanak - Kanak 

Sebagai ibu bapa, mesti nak kan yang terbaik untuk kesihatan anak - anak. Walaupun kita sekarang kena hidup dalam norma baharu, kesihatan sekarang adalah nombor satu. Lebih - lebih lagi buat anak - anak kecil yang tidak tahu apa - apa. 

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk pastikan kesihatan anak - anak terjaga. Sekiranya tumbesaran anak - anak terganggu, ibu bapa juga yang risau kan.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Eskayvie Diffenz Junior, korang boleh layari laman web dan pautan media sosial di bawah.

Laman Web : Diffenz Junior | Facebook Page : Eskayvie Malaysia | Instagram : eskayviemalaysia

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post