-->

Friday, 3 December 2021

author photo
Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah, Menu Unik Kelantan | Setiap kali musim tengkujuh seperti biasa di pantai timur memang akan keluar bermacam - macam jenis ubi. 

Dah musim hujan kan, kalau tak gali nanti buruk. Dekat pasar pagi memang berlambak peniaga jual ubi badak. 

Di antara ubi yang popular pada musim tengkujuh ini adalah ubi badak Kelantan, tak tahu korang kenal ke tidak pokok ubi badak, pernah dengar tak. 

Sebab ada orang ini kali pertama dengar ubi badak. Kot korang panggil lain kan.
  
Ubi badak kelantan

Ubi badak ni tak pasti kalau nak buat jenis kuih, kuih apa, tapi biasanya sejak kecil tengok mak sis masak gulai daging dengan ubi badak. Ada juga rebus ubi badak saja untuk dimakan. 

Cara Rebus Ubi Badak 

Cara rebus ubi badak kalau nak makan macam tu, kena didihkan air terlebih dahulu. Sementara tunggu air mendidih, buang kulit ubi badak. 

Kemudian basuh ubi badak buang kotoran, nampak air mendidih, terus potong sederhana besar dan masukkan ke dalam periuk mendidih. 

Rebus sampai ubi empuk. Jangan sesekali potong, kalau air tak mendidih lagi dalam periuk. Kalau potong terus dan biarkan di luar, ia akan keluar lendir. 

Masakan Unik Kelantan 

Apabila tiba musim ubi badak, mulalah rindu nak makan, Lama dah tak buat. 

Seperti biasalah bab masakan dulu - dulu ni kena memang menuntut ilmu lah dengan mak sis, paling tidak kita belajar, begitulah. 

Tak adalah kita terkial - kial rindu nak makan tapi tak pandai masak. Betul tak. 

Mak sis banyak belajar dari arwah ibu mertua gulai daging ubi badak berempah.

Kalau nak sedap lagi, arwah nenek ada masukkan kelapa bakar yang dari tempurung tu bakar sampai hangus wangi dan kemudian ditumbuk halus, masukkan ke dalam gulai lagi sedap. 

Kemain susah nak bagi sedap ke orang makan. Hargailah masakan warisan turun - temurun kan.

Gulai ubi badak ni, elok guna daging yang bahagian urat baru sedap. 

Orang dulu - dulu tak mampu nak beli daging, jadi guna lah daging bahagian urat, tapi kan memang daging bahagian urat yang sedap.

Ubi badak memang sifatnya berlendir, tengah potong kiub pun berasa kat tangan berlendir, jadi ada petua juga ya semasa nak masukkan ubi badak ke dalam gulai. Nanti baca kat bawah ya.

Jemput tonton video di my you tube channel untuk resepi gulai ubi badak. Jemput subscribe juga. Terima kasih.


Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah


Bahan - Bahan

2 labu bawang merah besar atau 7 ulas bawang merah kecik *

1 inci kunyit *

1 inci lengkuas *

5 tangkai lada kering *

1 sudu teh ketumbar disangai dan ditumbuk halus

300 gm daging yang telah diperap dengan garam

5 cawan santan

Ubi badak 642 gm di potong dadu * baca tips di bawah

2 sudu besar kerisik ditumbuk halus

Gula melaka 1/2 keret

2 keping asam gelugur

Bahan yang bertanda * diblend halus

Cara - Cara

1. Pertama sekali daging dihiris sederhana nipis dan diperap dengan garam

2. Biarkan sekejap kat luar sebelum simpan dalam peti bawah, kiranya untuk langkah ini daging macam dijeruk sekejap, biar garam masuk dalam isi daging

3.ubi badak dibuang kulit dan dibersihkan terlebih dahulu, jangan potong awal lagi ubi dalam potongan dadu takut keluar lendir

4. Sediakan periuk, masukkan bahan yang diblend halus,santan,asam keping dan daging  yang telah diperap

5. Letak atas dapur, kacau selalu sampai mendidih lama sikit agak - agak daging nak hampir lembut, masukkan gula melaka dan ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau rata dan kecilkan api

6. Kemudian, boleh potong dadu ubi badak dan masukkan terus ke dalam gulai

7. Didihkan sekejap nanti nak dekat ubi empuk boleh masukkan kerisik.  Nak masukkan garam hati - hati ya daging dah masin

8. Kacau sampai kuah nampak pekat boleh tutup api

Petua Untuk Elakkan Ubi Badak Berlendir

ubi badak kelantan

Ada 2 cara yang korang boleh buat untuk elakkan ubi badak berlendir. 

Cara Pertama  
1. Ubi badak dibuang kulit dan dibasuh bersih.

2. Semasa potong ubi badak dah rasa berlendir sikit. Ubi badak dipotong dadu semasa nak masukkan ubi badak dalam gulai setelah daging empuk.

Jangan potong awal,  nanti takut ubi lagi banyak keluar lendir. 

Cara Kedua  
1. Ubi badak dibuang kulit dan dibasuh bersih. 

2. Sementara itu, rebus air dalam periuk hingga mendidih. 

3. Ubi badak dipotong dadu sederhana dan dicelurkan sekejap untuk elakkan berlendir. 

4. Jangan rebus sampai masak, nak celurkan saja. Kemudian angkat dan toskan sekejap. 

5. Bila daging dah empuk semua bahan lain dan dimasukkan, boleh masukkan ubi badak celur tadi.

6. Masak gulai daging hingga ubi badak empuk sepenuhnya. 

Baca Juga :

1. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
2. Resepi Ala Daging Bakar Harimau Menangis
3. Resepi Singgang Daging Kelate, Senang Dan Sedap

This post have 5 komentar

avatar
Warisan Petani delete 1 January 2019 at 21:45

Ada tanam pokok ubi badak ni
tapi tak pernah lagi masak campur daging macam ni
Boleh cuba nanti.

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 2 January 2019 at 09:13

nampak sangat sedap...rietta xpernah lg cuba....xtahu pun ubi badak dan lgi xtahu yang ubi badak ni berlendir, thanks for the share yea...

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 4 January 2019 at 15:21

tak pernah dengar ubi badak. first time tengok..
tapi rupa tu macam ubi2 yang lain juga kan..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 4 January 2019 at 15:21

oooh.. salam tahun baru 2019.
ceria2 selalu =)

Reply
avatar
Husniey Husain delete 4 January 2019 at 18:14

Salam tahun baru kak wani.. Ya Allah sedapnya gulai daging.. 😍 😍

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post