Apa Itu SemuaPay ?
SemuaPay adalah satu platform perkhidmatan servis secara online dihasilkan 100% bumiputera Malaysia.
Aplikasi ini juga menyediakan satu sistem bayaran untuk memudahkan pengguna membuat bayaran seperti bil utiliti, menambah nilai prabayar (topup), belian pin dan lain-lain.
Selain itu, SemuaPay juga menawarkan platform asas e-kedai secara atas talian kepada semua pengguna.
SemuaPay juga menyediakan peluang pekerjaan kepada semua pengguna di Malaysia, pengguna akan menerima pelbagai ganjaran berbentuk komisyen dengan hanya menggunakan aplikasi SemuaPay.
Cara Daftar SemuaPay Sebagai Pengguna
Nak daftar SemuaPay ni mudah saja. Isi nama, nombor telefon dan emel korang. Sis pilih pakej keahlian sebagai pengguna dan hanya bayar nilai serendah RM 10 seumur hidup. Menarik tak.
Tak mahal mana pun lagipun bila dah bayar sebagai pengguna, banyak kelebihan yang ada dalam satu aplikasi SemuaPay ni.
Kemudian boleh semak emel untuk password. Korang dah boleh log in masuk akaun SemuaPay. Kalau nak tukar kata laluan yang lebih selamat.
Klik atas profile dan klik atas nama akan keluar untuk tukar kata laluan.
Lagi satu perkara penting, sebelum nak guna apa - apa servis perkhidmatan yang ada dalam SemuaPay ni, korang kena buat pengesahan identiti terlebih dahulu.
Caranya, dengan memuat naik gambar kad pengenalan bersama swafoto ( selfie dengan ID ). Kalau tak buat, dekat bahagian atas ni akan keluar amaran tanda merah sebab tak buat lagi.
Post a Comment