Resepi Bihun Sup Utara Simple Sangat Dan Sedap

Resepi Bihun Sup Utara Simple Sangat Dan Sedap | Salam semua, sis antara peminat bihun sup, tak kiralah bihun sup daging ke sup ayam ke sup tulang ke memang feveret. Kalau sebut bihun sup setiap negeri ni, ada keunikan masing - masing.

Bihun sup utara

Korang yang pening - pening nak masak apa untuk open house nanti. Boleh cuba resepi bihun sup utara. Bihun sup utara menu mudah nak buat, sedap pun sedap. 

Cuma bihun dia tu istimewa sikit sebab warna kuning. Untuk sambal dia tu, ada sambal merah. Biasa sini, sis makan dengan sambal kicap bihun sup.

Tapi tak apa kita ikut versi utara pulak ya. 

bihun sup utara

Resepi Bihun Sup Utara Simple Dan Sedap

Bahan - Bahan 
1 peket bihun
1 sudu serbuk kunyit

Cara - Cara
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Bahan - Bahan Sup Tulang 
1 kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya

Cara - Cara 
1. Masukkan semua bahan bahan di dalam periuk.
2. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

*lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup kalau taknak buat pon tak apa.*

Bahan - Bahan Cabai Merah 
Cili kering yang telah di blend atau cili boh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula

Cara - Cara 
1. Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak. 
2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan - Bahan Sampingan
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng

Kredit : Zaini Talib

Ok, jom cuba buat resepi bihun sup mudah ini. 

Baca Juga : 

Post a Comment

Previous Post Next Post