Tonton Filem 35MM Sebuah Filem Pengembaraan Fantasi Komedi Di Astro First

Tonton Filem 35MM Sebuah Filem Pengembaraan Fantasi Komedi Di Astro First | Salam semua, lama tak borak - borak pasal filem. Sis rasa nak menulis ni pun sebab baru tahu yang youtuber terkenal Syahmi Sazli akan tayangkan filem kedua iaitu, 35MM. Ini pun sebab naik status facebook Syahmi dekat facebook. 


Syahmi Sazli ni bagi sis, antara pengarah muda yang berbakat. Sebab tak ramai mana pengarah - pengarah dari Kelantan. Kalau kenal pun Sabri Yunus. Ada lagi eh. 

Sebab tu, sis kagum sangat dengan anak muda sorang ni. Anak muda yang pernah dapat Ikon Pengarah Muda tahun lepas. Mudahan banyak lagi karya - karya yang akan dikeluarkan pada masa akan datang. 

Selepas filem sulung Mael Totey The Movie yang pernah ditayangkan pada tahun 2020, banyak feedback positif dari penonton. 

Sis tak sangka pulak, Syahmi akan buat untuk filem kedua. 

Maksud Di Sebalik 35MM

Kali pertama dengar 35MM sis terfikir apa maksud 35MM tu. Rupa - rupanya, ini yang Syahmi bagi tahu di laman facebooknya. 

35MM adalah sebuah kamera antik yang dibeli oleh Mi, Asif dan Yoe. 35MM juga adalah singkatan kepada 3 Saudara, 5 Zaman, Mengembara Masa. Ok dah boleh faham kan. 

Patut lah masa trailer tu sekejap zaman lain - lain. Tengok ke poster tu macam lain. Rupanya, zaman yang dimaksudkan dalam 5 zaman ini adalah zaman  : 

1. Dinasti cina
2. Penjajahan Jepun di tanah melayu
3. Pemerintahan British
4. Tahun 1992
5. Tahun 1997

Disebabkan kamera antik tersebut, mereka terperangkap dalam 5 zaman berbeza. Pada setiap zaman, diselitkan dengan mesej yang ingin disampaikan. 

Trailer Filem 35MM

Untuk trailer filem 35MM ni, korang tengok gempak tak. Barisan pelakon yang berlakon dalam filem 35MM., Syahmi ada dedahkan dalam post yang terkini di laman facebooknya. 

Ada influencer dan selebriti yang berlakon. Rasa, memang korang dah familiar dengan rupa pelakon yang berlakon dalam filem ni. 

Antaranya Kenji Sawahi, Hushairi Husain, Yaakob Aziz, Poktar, Abe Mat, Sai Kamal, Wanie Rohaimie, Aween Ismail, Melanie Tan, Poyie Gasi, Emie Sukmasari, Pokjack Vintage, dan beberapa orang lagi serta pelakon pentas teater.


Tayangan Filem 35MM Di Astro First Saluran 480

Korang yang nak tonton filem ini boleh langgan siap - siap pada 21 Jun ini. Malam ni dah boleh start langgan. 

Nantikan apa yang istimewanya filem yang diarah sendiri oleh Syahmi Sazli. Siapa yang ada Astro boleh langgan cepat - cepat.





Post a Comment

Previous Post Next Post