Resepi Sup Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Sup Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah | Ramai yang tak kenal dengan urat keting. Urat keting sebenarnya terletak di bahagian kaki lembu. 

Kaki lembu macam biasa time raya korban la boleh dapat. Tak ada menu lain dah kena buat, air asam kalau di Kelantan ni. Ada juga yang buat sup urat keting. Maka terjadilah air asam kaki lembu.

Bahasa macam tak sesuai, itu kena panggil urat keting. 

Nak buat air asam pun boleh. Resepi lebih kurang sama dengan air asam perut lembu. 

Kat sini nak tunjuk rupa kaki lembu tu la ya. Tak ingat pulak nak tanya kot ada yang tak makan. 

Maaf lah tayang kat blog. Sebab ada juga pembaca cari.

urat keting lembu

Nak buat air asam kaki lembu ni banyak kerja sikit, sebab kaki lembu kena bakar terlebih dahulu buang bulus - bulus semua dan bakar sampai bau macam arang - arang sikit. 

Macam tu lah rupa hirisan kaki lembu. Yang ini masih belum dihiris sederhana sikit. Selepas dihiris boleh dicuci bersih kalau nak masak hari tu terus. 

Kalau tak nak masak lagi simpan macam tu lah ya, nak guna baru basuh.

Kaki lembu ia tak ada lemak ia macam banyak kolagen.Yang gambar kat bawah ni dah siap basuh. Banyak jugak dapat untuk 1 kaki lembu.

Baca juga : Cara Masak Sup Tulang Daging Mudah Dan Sedap

urat keting lembu

Bahan utama nak buat air asam kaki lembu kena guna banyak asam jawa dan juga jus limau nipis. dalam resepi ni air asam jawa dan perah jus limau nipis kena main agak - agak. 

Nak tahu kena suai rasa masam - masam tu.

Make sure korang ada stok asam jawa ada kat rumah ya.

Resepi sangat mudah sama seperti air asam perut lembu. Kalau ada periuk tekanan brand apapun memang berbaloi lah rebus dalam periuk tekanan. 

Sebab kaki lembu ni kalau tak rebus atas dapur jawabnya berjam - jam.

Kaki lembu ni selepas rebus kalau dah buat air asam lagi dia jadi kembang, kadang- kadang kuah pun jadi surut, sebab itu pergi tokok tambah air asam jawa lain, perah jus limau nipis. 

Kemudian panaskan atas dapur balik.

Jom tengok resepi ya, yang mana ada stok kaki lembu boleh la masak. Sis kongsi 2 resepi iaitu air asam urat keting dan sup urat keting. 

Resepi Air Asam Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah

Bahan - bahan 

630 gm kaki lembu 
1 labu bawang besar kuning dimayang
3 keping asam keping
Daun kesum dihiris (bergantung kalau suka letak banyak )
3 tangkai lada burung merah dan 2 tangkai lada yang diketuk
Belacan sebesar ibu jari  secukupnya  ( kalau tak cukup boleh tambah ikut suai rasa )
Garam dan gula secukup rasa 
1 mangkuk air asam jawa ( anggaran kalau rasa nak lagi masam boleh tambah ya )
Jus limau nipis secukupnya ( kena banyak kalau nak lagi masam )
Air masak secukupnya

Cara - cara 
1. Kaki lembu yang sudah siap dihiris sederhana dan dibasuh bersih dimasukkan ke dalam periuk noxxa.
2. Masukkan asam keping dan air secukupnya sama paras dengan kaki lembu, tutup dan putar tombol ke pressure
3. Tekan high pressure selama 40 minit dan tekan on 
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap
5. Buka tudung, hirisan kaki lembu yang direbus dah masak
6. Masukkan bawang besar yang telah dimayang, daun kesum yang dihiris, air asam jawa, lada burung yang diketuk dan juga belacan
7. Tekan stif fry dan tekan on tunggu sehingga mendidih
8. Bila dah sebati mendidih boleh tekan off.
9. Biasanya lepas siap masak, pindah dalam periuk lain, sebab tak nak bagi kembang sangat dalam noxxa, periuk panas sangat.
Ia cepat jadi kembang, kuah pun cepat diserap. Jadi senang cerita, pindah masuk dalam periuk lain.
10. Kalau rasa nak tambah kuah, boleh tambah air asam jawa, kalau terlebih masam tambah air masak ya. Macam tu lah kena agak - agak sikit.

Jemput tonton di my youtube channel 

Resepi Sup Urat Keting 

Bahan - Bahan
1kg urat keting
3 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
 
Bahan Hiris 
4cm halia
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
 
Bahan Lain 
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara - Cara
1. Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
2. Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
3. Tambahkan air.dalam sup tadi , biarkan mereneh seketika.
4. Perasakan dengan garam dan perasakan secukupnya.
5. Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.
6. Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Hidangkan panas-panas.

Sumber : Facebook page RASA

4 Comments

  1. wani, kalau dah siap potongan kecil2 macam ni nampak selera juga nak makan :)

    ReplyDelete
  2. wani, kalau dah siap potongan kecil2 macam ni nampak selera juga nak makan :)

    ReplyDelete
  3. Makan musim raya haji nikmatnya tak terkata. makan dengan nasi panas je pun dah okay. Tak sedar dah tambah nasik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post