Kenapa Pilih Pes Masakan Siap Guna?
Kalau masak dari awal, kita kena kupas bawang, tumbuk cili, kisar halia… itu semua makan masa.
Dengan pes masakan siap guna macam Pes Tumisan Bonda, kita cuma perlu buka paket, masuk kuali, tambah bahan, dan masak terus.
1. Jimat masa sesuai untuk hari-hari sibuk.
2. Kurang kotor dapur tak perlu blender atau lesung batu.
3. Rasa terjamin resepi dah seimbang, tak risau terlebih garam atau kurang masin.
Pengalaman Pertama Beli Pes Tumisan Bonda di Shopee
Mula-mula tu sis scroll Shopee, memang pening nak pilih sebab banyak betul jenama pes masakan siap guna.
Lepas baca review dan tengok gambar, hati terpaut dengan Pes Tumisan Bonda. Menariknya, ada 15 jenis pes semuanya, dan harganya pun berpatutan.
Untuk percubaan pertama, sis beli 4 jenis pes:
1. Pes Ikan Bakar Portugis2. Pes Kurma Ayam
3. Pes Lemon Berempah
4. Pes Asam Pedas
Contohnya, bila masak pes kurma ayam, sis tumis sekali rempah sekawan untuk aroma yang lebih padu.
Review Setiap Pes Tumisan Bonda yang Dah Dicuba
1. Pes Ikan Bakar Portugis
Pes ikan bakar ni memang padu! Satu paket cukup untuk 2 ekor ikan bawal sederhana. Cara guna: perap ikan dengan pes, lepas tu boleh bakar atas pemanggang ajaib atau dalam oven.
Tips sis:
1. Kalau nak lebih meresap, perap ikan sekurang-kurangnya 30 minit.2. Lagi sedap kalau guna seafood seperti sotong atau udang besar.
Sis guna pemanggang ajaib Dessini yang muat untuk 2 ekor ikan sekali masak. Hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam, dan sambalnya cukup rasa.
2. Pes Kurma Ayam
Yang ni sis sangat-sangat rekomen! Bila buka paket, bau dia dah harum walaupun belum masak lagi. Rasa kurma dia seimbang, tak terlalu manis, tak terlalu berempah.Cara sis masak:
1. Tumis rempah sekawan dulu.
2. Masukkan pes kurma ayam.
3. Tambah ayam dan sedikit air.
4. Masak hingga ayam empuk.
Hasilnya memang macam kurma air tangan mak-mak kita! Sesuai dimakan dengan nasi putih atau roti jala.
3. Pes Lemon Berempah
Mula-mula sis ingat pes ni macam kicap pekat biasa, tapi rupanya bau dia unik dan sedap. Sis goreng ayam dulu, kemudian gaul dengan pes lemon berempah ni.Tips tambahan:
Kalau nak versi lebih sihat, ayam boleh digoreng tanpa minyak menggunakan air fryer.
Pes ini juga sesuai untuk ikan siakap stim atau ayam panggang.
4. Pes Asam Pedas (Belum Dicuba)
Yang ni sis belum sempat cuba lagi. Nanti bila dah masak, sis akan kemas kini review di sini. Tapi berdasarkan rasa pes lain, sis yakin asam pedas ni pun padu!
Kelebihan Pes Tumisan Bonda
1. Pilihan Pes yang Pelbagai
Pes Tumisan Bonda menawarkan sehingga 15 jenis pes yang sesuai dengan pelbagai selera dari lauk kampung seperti asam pedas, kurma ayam, dan ikan bakar, hinggalah menu moden seperti lemon berempah dan kari hijau.2. Mudah Disimpan
Pes ini dibungkus kemas dalam paket kedap udara, jadi ia tak mudah rosak selagi belum dibuka. Korang boleh simpan di kabinet dapur tanpa risau basi.3. Rasa Konsisten & Terjamin
Salah satu masalah kalau masak dari awal ialah rasa kadang-kadang jadi tak sama. Ada hari terlebih masin, ada hari hambar.4. Jimat Masa & Tenaga
Tak perlu kupas bawang, potong cili, atau kisar bahan semua dah tersedia dalam pes.5. Harga Mampu Milik
Dengan harga yang berpatutan, korang boleh dapat rasa masakan yang setanding restoran tanpa perlu berbelanja besar. Bagi yang selalu masak di rumah, ini memang pilihan bajet-friendly.6. Sesuai untuk Semua Peringkat Umur
Rempahnya tidak terlalu pedas, jadi anak-anak pun boleh makan. Kalau nak pedas lebih, boleh tambah cili padi sendiri.Kesimpulan
Bagi sis, Pes Tumisan Bonda memang berbaloi dibeli. Harganya mampu milik, rasa sedap, dan sangat memudahkan kerja memasak.
Sesuai untuk hari-hari sibuk atau bila kita nak masak cepat tanpa kompromi rasa.
Kalau korang nak cuba, boleh cari di Shopee Pes Tumisan Bonda Nanti boleh share pula pengalaman korang masak dengan pes ni.




Post a Comment