-->

Thursday, 6 May 2021

author photo
Review Sambal Garing Ikan Bilis Che Nor : Ikan Bilis Dan Sambal Garing ! Bertambah Selera Makan  | Salam semua, sebelum nak masuk bulan puasa yang lepas , sis dah intai - intai kat Shopee sebab nak cari sambal untuk pembuka selera masa nak bersahur nanti. Masa sahur ni memang tak berapa lalu nak makan, ada sambal segera pun jadi lah untuk buat selera nak makan. Biasalah tengok kat Shopee ni rambang mata sungguh, banyak sangat kategori jenis sambal. Sampai sis pun tak tahu mana satu nak pilih dah. Akhir sekali, pilih juga nak beli sambal garing ikan bilis Che Nor ni. 

Sambal garing ikan bilis che nor review

Lama dah kan produk sambal garing ikan bilis Che Nor ni. Perasan jugak dari segi packaging pun dah berubah. Sis pun memang jarang jugak la nak beli produk - produk sambal. Sebab ini produk muslim dan lokal, jadi kita support membeli. Sis berkenan nak beli sebab dia sebut garing tu, itu yang tertarik nak cuba. Tak nak juga sambal -sambal jenis basah -basah. 

Harga Sambal Garing Ikan Bilis Che Nor 

Sis ni habis survey sebab nak cari yang murah. Itu yang pening nak cari banyak - banyak kat Shopee ni, sebab seller ni kadang - kadang letak lain - lain harga, cuma kita ni kena bijak membeli kan. Akhirnya, jumpa juga dengan harga RM 11.90 sebalang. Itu masa yang sis beli ya. 

Harap tak adalah berubah harga. Kalau ikutkan di botol tu harga RM 15.90. Baca review pun semua pakat kata murah dengan seller ni. Review penting kena baca dulu. 

Siap tengok berat berapa gm, berbaloi ke tak dengan harga tu. Tapi, disebabkan nak rasa sangat sis pun beli dengan seller ni. Sis terus ambil 3 balang buat stok untuk sebulan puasa. 

Servis penghantaran pantas, cepat lah seller ni buat kerja untuk pos barang. Barang pun packaging elok dan kemas dengan bubble wrap. Sis ambil kurier J&T. Tak sempat masuk puasa dah sampai, rasa macam beli tu ingat takut tak sempat nak buat sahur. 

Review Sambal Garing Ikan Bilis Che Nor : Memang Wajib Ada Atas Meja Makan 

Masa sahur hari pertama nak puasa tu, sis masak nasi goreng lepas tu letak sambal goreng Che Nor ni sebagai penambah selera nak makan, Laju jer makan, Kalau makan dengan nasi kosong pun rasa bertambah makan jugak ni. Kira sambal garing Che Nor ni penyelamat lah. Sesuai pulak dengan motto dia tu " Wajib ada atas meja makan " terpampang kat balang tu. 

Sambal garing ikan bilis che nor review

Waktu sahur, sis rajin masak menu goreng - goreng, kuey teow goreng dan nasi goreng. 2 jenis tu jer. Tapi selalu letak sambal garing ikan bilis Che Nor ni masa nak makan. Sekejap nak habis satu balang, untuk berbuka puasa pun letak jugak sambal garing Che Nor ni atas nasi. Sebab tu lah cepat nak habis. Ini sebab kenapa sis suka dengan sambal garing ikan bilis Che Nor ni. 

1. Ada 2 Pilihan Super Spicy Ataupun Spicy Saja

Sambal garing ikan bilis Che Nor ni ada 2 pilihan. Sis ambil yang spicy saja, kalau nak lagi pedas ada yang extra spicy. Tak berani pulak nak ambil yang extra spicy walaupun sis ni memang suka pedas. Ambil yang biasa ni pun dah terasa kepedasannya tu. Takut perut meragam pulak nanti. 

2. Ada Penutup Plastik 

Buka tudung, kena buang penutup dalam, ingatkan buka tudung nampak terus isi dalam. Bagus buat macam ni, mungkin risiko untuk pecah tudung ke, ada penutup kat dalam tu tak adalah terkeluar isinya nanti. 

Sambal garing ikan bilis che nor review


3. Sambal Garing Dan Ikan Bilis Pun Garing

Yang ni sis suka, rasanya macam mana, memang sedap. Sambal memang garing dan ikan bilis pun garing jugak. Sis ingatkan lepas buka penutup dalam tu, nanti akan lemau ikan bilis tu walaupun tutup dengan tudung. Tapi tak ya, memang tak lemau langsung ikan bilis nak boleh ke habis satu balang. Kalau makan kepit dengan roti pun rasa mesti sedap. Tabur atas bubur nasi pun sedap. 

Apa juga hidangan nak makan dengan sambal garing ikan bilis Che Nor ni semua masuk. Rasa kerangupan ikan bilis tu sentiasa ada. Memang sesuai sebagai penambah selera dan penambah rasa. 

4. Sambal  Tanpa Gula

Kalau nak tahu sambal garing ikan bilis Che Nor ni tanpa gula, sis rasa kemanisan tu datang dari bawang - bawang. Bila baca kat balang tu cakap produk tanpa gula, sis pun rasa eh biar betul. 

Sambal garing ikan bilis che nor review


5. Tahan Lama Dan Tak Basi 

Dah namanya sambal garing kan memang tahan lama untuk disimpan dan tak basi. Sis beli dengan seller ni pun lambat lagi nak expired tahun depan. 


Itu lah saja review dari sis. Kalau korang nak tahu sedap ke tidak, boleh lah cuba ya. 3 balang ni sekejap jer nak habis. Ini pun dah buka balang yang ketiga. Sis rasa habis nanti nak repeat beli pulak dengan seller ni, kat mana sis beli korang boleh beli dengan seller Shopee ni ya. Ini link nya Lihat Di Shopee


Baca Juga : 












1 komentar:

avatar
Rabiahtul adawiyah delete 7 May 2021 at 08:14

Wahh makan dgn nasi goreng perghh sedap

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post