Main Game Online Money Games Pupuk Minat Berniaga Di Kalangan Kanak - Kanak

Salam semua, ada salah satu channel di Youtube, sis suka tengok FS Channel. Video - video kebanyakannya memang 2 orang host tu pergi terjah tempat orang berniaga. 

Macam - macam cerita, kisah suka duka dengar dari orang yang berniaga ni. Yang menariknya ada banyak - banyak video tu pasal kanak - kanak yang berniaga. 

free game online

Banyak juga video yang melibatkan kanak - kanak berniaga ni. 

Ada yang berniaga buka gerai tepi jalan. Ada yang bawa bakul raga penuh dengan nasi lemak turun naik tangga rumah flat sampai semput abang host yang ikut jugak tu. 

Bila tanya umur ada 12 tahun, 14 tahun. Tanya lagi "Kenapa adik berniaga ? ". Jawapan satu adik tu " Nak tolong mak". Biasalah jawapan budak - budak tolong mak dulu. 

Kadang - kadang kita sendiri pun boleh ambil inspirasi tengok budak - budak ni berniaga. Di akhir video, memang ada sedikit hadiah untuk mereka sebagai sedekah. 

Pupuk Minat Keusahawanan Kepada Kanak - Kanak 

Minat berniaga ni, kadang - kadang boleh tengok dah potensi anak  - anak masa kecil. Lebih lagi kalau ibu bapa mereka sendiri ada yang berniaga. 

Sebab kebanyakan dengar cerita dari usahawan berjaya ni, mereka semua memang dah ada minat berniaga masa zaman kanak - kanak lagi. 

Nak terap nilai keusahawanan dalam diri kanak - kanak ni bukan mudah sebenarnya. Pelbagai usaha yang dilakukan. 

Paling dekat di sekolah lah kan, salah satunya Karnival Hari Keusahawanan. 

Bagi sis, program Hari Keusahawanan ni bagus sebab nak berikan pendedahan dan galakan kepada murid - murid dalam bidang perniagaan. 

Mana tahu bakat terpendam yang ada boleh diasah dengan lebih baik lagi. 

Sekurang - kurangnya dengan pendedahan awal, dapat menonjolkan ciri kepimpinan, mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan yang penting bijak untuk menguruskan kewangan. 

Salah satu cabaran yang ke semua pihak kena ambil berat. Bukan apa, bidang keusahawanan kebanyakannya orang masih kurang melihat sebagai salah satu pilihan kerjaya yang boleh diceburi. 

5 Tips Mudah Untuk Menggalakkan Kanak - Kanak Minat Berniaga 

Bagaimana nak galakkan kanak - kanak mempunyai minat untuk berniaga ? Ini lah pentingnya peranan guru dan ibu bapa sendiri. 

Jika guru di sekolah, peranan ibu bapa di rumah pula. Sis kongsikan tips mudah atau cara untuk galakkan anak - anak minat berniaga. 

1. Melatih Anak - Anak Dengan Transaksi Perniagaan

Cara mudah untuk biasakan anak - anak dengan duit. Mulakan dulu dengan melatih anak dengan melakukan pembayaran di kedai. 

Bagi duit dan suruh buat pembayaran dan juga ambil balik wang baki. Nanti kena kira cukup tak baki duit yang diberi selepas beli barang. 

Nampak mudah di situ, sebenarnya cara ini nak ajar anak - anak biasakan diri dengan transaksi perniagaan. 

2. Melatih Anak - Anak Untuk Mula Berniaga Kecil - Kecilan 

Bakat terpendam dalam diri anak - anak ni kita tidak tahu, mungkin ada yang pandai melukis, pandai menjual walaupun yang jual tu hanya gula - gula. 

Sis ingat dulu jadi cikgu sementara di sekolah, ada seorang anak murid ni tak segan dia bawa keluar kerepek dalam beg dia tunjuk kat cikgu. Katanya mak yang buat. 

Nampak dah di situ, peranan mak dia nak latih anak untuk kenal selok belok berniaga. Mungkin mak dia bagi upah kalau terjual. 

Bila ada upah ni, lagi minat anak - anak nak berniaga. 

3. Membimbing Anak - Anak Untuk Menabung Dan Bijak Uruskan Duit

Nak ajar anak - anak menabung ni kena bimbing dari kecil lagi. Kena buat pendedahan awal tentang kenapa perlu menabung dan perlu uruskan wang dengan baik. 

Sebagai contoh ada duit saku lebih dari sekolah, minta anak - anak buat simpanan di dalam tabung. Sekiranya anak - anak dah mula belajar berniaga kecil - kecilan, keuntungan dari bisnes boleh simpan dan yang selebihnya adalah modal. 

Semuanya kena bagi tahu nak bagi anak biasakan dengan selok belok bisnes dan dalam masa yang sama pandai menguruskan duit. 

4. Memberikan Pendedahan Awal Tentang Perniagaan Dan Wang 

Sekiranya dah nampak potensi anak - anak minat berniaga. Sebagai ibu bapa, cuba beritahu pendedahan awal tentang perniagaan macam mana. 

Lagipun, kerjaya sebagai usahawan ni adalah satu kerjaya yang mulia juga.

Latih mereka supaya mempunyai matlamat dan impian untuk dicapai dalam hidup. 

Sedikit sebanyak dengan membiasakan diri untuk selalu bercakap pasal bisnes ni, dapat membantu dari segi keyakinan diri apabila mereka dah besar nanti. 

5. Main Free Game Online Money Games Tanpa Download 

Lagi satu, kalau nak galakkan kanak - kanak ni minat berniaga, sis jumpa satu laman web yang best. Dulu - dulu memang kita dah ada permainan yang melibatkan duit - duit ni. 

Nak cari yang lebih menghiburkan sambil bermain. Banyak sangat games kat sini. Kalau nak asah tengok sejauh mana pemikiran anak - anak ni dalam dunia bisnes. 

Cuba korang tengok senarai games di Money Games. Jangan risau ya, ini game tanpa download, apps pun tak payah, tak serabut dengan iklan. 

Korang masuk saja laman web, klik atas games pilihan sekejap, boleh terus main dah. 

Kalau tak tahu yang mana satu nak pilih, sis cadangkan 3 games untuk korang main dengan anak - anak. Games ni banyak kategori. 

Korang boleh klik link nama games tu ya.

free game online

Permainan Pizza Cafe ni boleh ajar anak untuk ambil arahan, buat kerja dan dapat duit. Walaupun hanya games. 

Games ni senang saja. Bahan - bahan untuk buat pizza dah sediakan. Kalau pelanggan datang dan minta pizza macam mana, kita hanya klik - klik mana satu bahan untuk dijadikan satu pizza yang lengkap. 

Kemudian, kena cepat - cepat hantar ke pelanggan, kalau tak pelanggan lari. 

Selepas pelanggan makan, nanti dapat duit. Kena lah klik atas duit tu. Mesti seronok anak - anak main. 

Games ni kalau nak ambil feeling masuk kedai Pizza, nak rasa jual Pizza macam mana boleh cuba main. 


free game online

Game ni memang mudah nak main sebab hanya klik - klik atas beg duit yang keluar. Setiap beg duit yang keluar mewakili nilai duit yang ada. 

Tapi kena cepat - cepat kalau boleh nak klik atas beg duit. Kalau tak pantas buat, points dia makin turun, nak stabilkan dah selalu naik, kena selalu klik - klik bila nampak beg duit keluar. 

Boleh nampak berapa tak sis kumpul. Mesti seronok main dengan anak - anak sebab nampak duit dan kumpul. 

Bahagian bawah tu dia ada level kalau nak upgrade matahari, siram air, buah dan lain - lain. 

Game ni bukan macam game lain tak ada masa pun. Cumanya, kalau away sekejap dari keyboard, rating jadi rendah dan bonus pun tak laju. 

Main game ni tangan pun kena laju. 


free game online

Games ni, sis teringat yang main dulu - dulu tak ingat dah. Tapi yang ini bentuk bangunan. Lebih kurang tapi lain sikit. 

Caranya, kena letak bangunan - bangunan tersebut ikut sama jenis. Kena pandai susun sebab nak cukupkan 3 row ataupun mana - mana bentuk L. 

Main games ni,  kena banyak berfikir sikit sebab nak letak susun biar sama. Mencabar sikit buat anak - anak. 

Nak sampai ke point 1000 tu bukan senang. Bila dah sampai 1000 points. Korang boleh ambil tukul tu dan ketuk bangunan yang ada untuk tinggalkan ruang buat bangunan lain pulak. 

Kesimpulan 

Keseluruhannya, games kat sini, selain nak pupuk minat berniaga di kalangan kanak - kanak, sini juga boleh dijadikan ruang untuk anak korang asah tahap matematik. 

Banyak sangat permainan online di Money Games. Kena rajin baca juga cara main game tu terlebih dahulu. Nanti tak faham. 

Korang tanya dulu anak - anak nak tak main game dapat duit. Walaupun dapat duit tipu - tipu pun seronok dia. 




















Post a Comment

Previous Post Next Post