24 September 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

9 ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri

9 CIRI - CIRI KRIM MUKA YANG MENGANDUNGI MERKURI  || Siapa yang tak nak kulit muka yang cantik dan mulus tanpa sebarang masalah kulit muka kan. Untuk mengekalkan kulit muka yang sihat seharusnya bermula dari penjagaan rutin harian iaitu set penjagaaan kulit. Apa yang penting krim muka yang dipilih..Isu krim muka yang mengandungi bahan merkuri yang merbahaya bukan lah isu lapuk. Dulu, isu ini pernah berbangkit dan dulu juga rasanya untuk menjaga kulit muka lebih kepada produk krim muka, rasanya serum tu tak berapa nak wujud lagi kan. Zaman sekarang banyak pelbagai jenama serum pulak

Zaman yang penuh timbulnya pelbagai jenama krim muka di pasaran. Dan diri sendiri pun salah seorang mangsa jugak, Ingat masa zaman uni dulu, ada junior terkeluar terus cakap kenapa kulit akak macam sisik ular, haaa ambik kau, sekali cakap tak bertapis dah. huu. Dulu, rasanya mana ada lagi serum - serum ini, banyak krim muka di pasaran.
Apabila sudah terbongkar ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri, memang kena berhati - hati dah nak pilih krim muka yang betul - betul bebas merkuri. Dah penat terkena banyak kali dah.
Jadi buat korang di luar sana, sila alert dengan ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri. Nak cantik jangan jadi badan binasa pulak. Krim -krim murah yang berada di pasaran banyak krim jenis timbang, terasa takut dengar pendedahan satu -satu tentang krim muka yang terdapat di pasaran.

Dibawah adalah 9 ciri - ciri krim muka yang mengandungi merkuri.

9 CIRI - CIRI KRIM MUKA YANG MENGANDUNGI MERKURI

1) MELEKIT.
Apabila sapu di muka susah nak serap.

2) TIDAK HOMOGEN
Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.

3) KULIT PUTIH SEGERA.
Pakai banyak merkuri memanglah laju je kulit putih ye. Putih nye pulak lain mcm, putih pucat gitu.

4) JERAWAT SUSAH NAK TUMBUH.
Jangan cepat happy bila ini terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling atas sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangat la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv.

5) BAU LOGAM.
Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum (pewangi).

6) WARNA KEBIASAANNYA BERWARNA PUTIH-KUNING.
Krim siang kuning, krim malam putih kdg kunyittt!.Tapi tak semua lah produk nak ckp ada merkuri, tapi wajib diragui.

7) BERKILAU BLINK-BLINK
Tekstur kosmetik yang ada mercury ni berkilau2, kilat2 sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat2. Ingat! Mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.

8) MUKA BREAKOUT BILA STOP PAKAI.
Bintik2 tumbuh kat muka dan gatal-gatal. Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9) KULIT SENSITIF TERHADAP MATAHARI.
Apabila kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar

Nota kaki : Sekarang dah bertukar kepada serum, dah dekat 2 tahun, alhamdulillah kulit muka pulih. Tapi sekarang macam takut pulak bila pelbagai jenama serum yang muncul, kadang- kadang terfikir macam kes krim muka yang melambak - melambak di pasaran suatu ketika dulu. 

1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram