Doa Majlis Perkahwinan | Doa Untuk Pengantin Dalam Rumi Dan Maksud

Salam semua, majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan pengantin yang ingin membina masjid. Perkahwinan dalam Islam seharusnya perlu dipercepatkan sebab itu adalah tuntutan agama. 

Doa majlis perkahwinan

Matlamat perkahwinan adalah untuk menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri, dan juga untuk menjadi lebih bertakwa kepada Allah SWT. Rasulullah bersabda : 


إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.

Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647)

Sebab itu lah dalam majlis perkahwinan, mendoakan doa yang terbaik buat pengantin baru adalah penting bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah. 

Lebih - lebih lagi ada majlis akad nikah, majlis yang suci untuk menyatukan 2 hati. 

Dalam majlis akad nikah ni buat bakal pengantin terutamanya perempuan yang belum bertudung, jaga lah adab dan hormat dalam majlis. 

Jangan lah try hard sangat nak pakai pakaian tak cukup kain. Kata nak majlis berkat, nak perkahwinan kekal hingga ke anak cucu. 

Tapi tak ada rasa hormat buat tok kadi yang datang, ada bacaan doa lagi dalam majlis. Jadi lah orang yang beradap dan hormat dalam majlis. 

Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya, dan yang buruk itu kekhilafan diri kita. Semoga kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari perkara-perkara yang dibenci Allah SWT. Amin Ya Rab Al Amin.

 

Himpunan Doa Majlis Perkahwinan Untuk Pengantin Baru 

Jadi, di sini ada senaraikan pilihan doa untuk doa majlis perkahwinan buat pengantin baru : 

Doa 1 

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” – (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Doa 2 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ


Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa bariklahum fiima rozaqnaahum

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Doa 3 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.

وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكَ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمُتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي

Ya Allah Ya Rahman,

Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. 

Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. 

Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. 

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. 

Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. 

Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.


Sumber : 
https://ecentral.my/doa-majlis-perkahwinan/
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3049-al-kafi-1064-tanggungjawab-sebuah-perkahwinan

Post a Comment

Previous Post Next Post