Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Kelantan Tahun 1444H / 2023 M

Salam semua, menurut sumber dari Berita Harian, tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang, Rabu 22 Mac ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

waktu berbuka puasa dan waktu imsak

Jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak pun sudah mula boleh di muat turun di laman web rasmi JAKIM. Umat islam dijangka akan memulakan puasa ramadan pada 23 Mac 2023 ini. 

Namun, tarikh yang muktamad adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Malaysia. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Anak bulan Ramadan akan dilihat di 29 lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara. 

Jadual Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Kelantan 2023

Di sini adalah jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak 2023 bagi seluruh negeri Kelantan untuk tahun 1444H / 2023 M.

Di Kelantan, bagi zon 1 adalah dari jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang ( Daerah Chiku ). 

waktu berbuka puasa dan waktu imsak

Bagi zon 2 adalah dari jajahan Jeli, Gua Musang ( Daerah Galas dan Bertam ) dan Jajahan kecil Lojing.

waktu berbuka puasa dan waktu imsak
Untuk makluman, tarikh Melihat Anak Bulan Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. 

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat islam di Malaysia 


Jangan lupa study balik cara lafaz niat puasa harian dan juga niat puasa sebulan


1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post