6 Kebaikan Moisturizer Water Based - Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023

6 Kebaikan Moisturizer Water Based - Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023 | 
Salam semua, bercakap pasal penjagaan kulit muka ni, semua orang ada cara tersendiri kan. Keadaan kulit muka kita ni tak semua sama. 

Bagi yang follow blog sis, sis selalu cerita antara salah satu produk wajib untuk penjagaan kulit muka adalah sunscreen. 

moisturizer terbaik

Setakat ini, sis dah pakai sunscreen dari produk Hansaegee Nature yang merupakan antara produk keluaran dari Korea. 

Itu krim siang terbaik yang pernah sis pakai dan serasi dengan kulit muka sis sampai sekarang sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit. 

Keadaan kulit muka sis jenis berminyak. Sebab itu sis share dengan korang sebab best sangat pakai. Kali ini, sis cuba pula krim pelembap muka / moisturizer dari Hansaegee Nature, Aqua Whitening Cream. 

moisturizer terbaik

Sis pun dah lama jugak tercari - cari moisturizer terbaik untuk kulit berminyak yang serasi dengan kulit sis. 

Sebab itu lah nak cuba Moisturizer Aqua Whitening Cream pula. 

Aqua Whitening Cream ni sebenarnya berfungsi sebagai krim pelembap muka, dalam masa yang sama ia dapat menghidratkan kulit muka korang ( hydrating skin ) supaya kekal lembap. 

Selain itu, ia dapat mencerahkan kulit wajah kita. Best kan. 

Alhamdulilah, setakat ni, sis konsisten pakai moisturizer Aqua Whitening Cream terbaik ni nak dekat sebulan dah. Awal bulan ni start pakai. Sis pakai sebelah malam sebelum tidur. Sebelah siang sis tak pakai, sis pakai untuk malam jer hii. 

Rasa dah macam serasi dan nampak perubahan pada kulit wajah. Kalau korang tengah tercari - cari krim pelembap muka malam terbaik, apa kata cuba Aqua Whitening Cream ini, mana tahu kot serasi dengan kulit kan. 

Apapun nanti sis story lanjut pasal Aqua Whitening Cream ni dan pengalaman sis pakai untuk yang jenis kulit berminyak macam sis. Korang kena lah baca. 

Bagaimana Kulit Berminyak Terjadi ? 

Korang tahu tak kulit muka kita memang menghasilkan minyak semula jadi yang dipanggil sebum.

Sebenarnya minyak semula jadi yang terhasil di kulit muka kita mempunyai peranan yang penting. Ini bertujuan untuk menjaga kelembapan muka dan juga mencegah bakteria pada kulit. 

Yang menjadi masalahnya, apabila kelenjar minyak keluar lebih daripada biasa, itu yang menyebabkan kulit muka lebih berminyak. 

Minyak yang berlebihan di kulit muka boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan boleh menyebabkan jerawat. 

Punca Kulit Berminyak 

Sebelum itu, kita kenal pasti apa punca kulit berminyak. Ramai di kalangan kita yang masih tak tahu apa yang menyebabkan kulit berminyak. 

Kulit berminyak jika tidak dikawal boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan juga boleh mengundang keradangan yang berlaku di wajah seperti jerawat. 

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan punca kulit berminyak. 

1. Genetik. Sebut pasal genetik memang tidak dapat nak elak dah. Jika sebelah ibu atau ayah kita yang memepunyai masalah kulit berminyak. Kita pun mungkin mewarisi masalah kulit muka berminyak dari mereka. 

2. Hormon yang tidak stabil. Terutamanya ketika datang haid. Perubahan hormon biasanya akan menyebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan. 

3. Pengambilan makanan atau diet yang tidak sihat. Yang ini biasanya ramai termasuk lah sis sendiri. Makanan yang berminyak kena lah kurangkan selain daripada pengambilan gula, makanan segera dan lain - lain.

Pilih makanan yang sihat supaya kesihatan kulit pun terjaga. 

Selain dari faktor di atas, faktor - faktor lain seperti cuaca, umur, mencuci muka secara kasar, stres dan bahan solekan yang kita guna juga menjadi faktor punca kulit berminyak.

Pelembap Muka Aqua Whitening Cream - Moisturizer Water Based Untuk Kulit Berminyak 

moisturiser terbaik

Pertama kali sis cuba pelembap muka jenis aqua ( Water Based ) sebab sebelum ini sis pakai jenama lain yang tidak sesuai dengan kulit muka sis. 

Alhamdulillah, konsisten dari awal bulan dah nak dekat sebulan, memang nampak perubahan pada kulit wajah. Salah satu moisturizer terbaik yang pernah sis pakai.

Pelembap muka dah menjadi kegunaan yang wajib dalam basic skincare routine sis. Kulit muka kita memang perlukan rehat secukupnya terutamanya pada waktu malam. 

Sis pakai krim muka ini pada sebelah malam sebelum tidur. Dengan keadaan kulit muka berminyak macam sis, masalah selalu muncul bila banyak minyak keluar di kawasan bahagian hidung, pipi dan juga dahi serta di bahagian dagu.

Apa yang paling sis suka dengan moisturizer ini, walaupun ia nya moisturizer for oily skin, setiap kali bangun pagi, kulit muka sis tidak berminyak sangat. Rasa fresh, dalam masa yang sama kulit pun kekal lembap. 

Kulit berminyak dapat dikawal disamping kulit muka sentiasa lembap dan tidak kering. Sepanjang sis pakai  moisturizer / pelembap muka Aqua terbaik ini, tiada masalah pengelupasan berlaku di kulit wajah. 

Lagipun, salah satu bahan kandungan utama yang ada dalam pelembap muka ini adalah Niacinamide. Fungsi Niacinamide adalah untuk mengawal pengeluaran sebum pada kulit muka. Jadi, minyak berlebihan dapat dikawal.

moisturiser terbaik
Moisturizer / Pelembap Muka Water Based Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Sebab itu makin lama sis perhatikan, muka sis dah kurang berminyak. Selain itu, sis perasan liang pori di kulit muka makin mengecil. 

Korang yang ada masalah pori besar atau pori terbuka, cuba pakai dulu pelembap ini. Mana tahu dapat kecilkan liang pori besar. 

Yang penting, kulit muka sentiasa kekal lembap dan kulit wajah jadi cerah sekata. 

Selain daripada Niacinamide, ekstrak herba dari minyak biji Camellia Japonica  juga adalah sangat baik untuk membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit, mengelak dari jerawat tumbuh, mencerahkan dan merawat kulit daripada kering dan sunburn.

Ekstrak dari buah Cornus Officinalis yang ada dalam krim ini dapat memudarkan jeragat dan kulit kusam.

Selain daripada bahan utama di atas, ada lagi ekstrak herba yang lain seperti Estrak Root Agelica Acutiloba, Estrak Cicidium Officinale Root, Estrak buah-buahan Florida Gardenia, Estrak Paeonia Albiflora, Estrak Daun Estrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca(Apricot), Minyak Kernel, Estrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya

Sis boleh katakan krim muka ini kaya dengan bahan ekstrak herba yang menjadikan krim ini sebagai moisturizer terbaik untuk kulit berminyak.

Tekstur Aqua Whitening Cream 

Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap muka yang berasaskan water based moisturizer iaitu dari titisan air. 

moisturiser terbaik

Titisan air atau "water drop" akan muncul apabila disapu rata dan urut secara lembut. Bila titisan air dah muncul, boleh tepuk lembut pada permukaan wajah. 

Krim ini mudah menyerap ke dalam kulit. Kulit muka pun terasa lebih lembap dan tidak melekit. 

Krim muka ini  nampak seperti gel yang bewarna putih dan lembut, tetapi teksturnya adalah sangat ringan dan tidak melekit. Bau pun wangi disebabkan pelembap muka ini kaya dengan bahan ekstrak herba. 

Apabila sapu saja dipermukaan kulit, akan rasa efek sejuk pada permukaan kulit. Sekurang - kurang nya ia dapat memberi kelegaan pada kulit wajah. Kulit pun glowing sepanjang hari. Inilah dia tips penjagaan muka yang senang supaya muka glowing. 

Apa yang best sangat dengan Aqua Whitening Cream ini, kulit berminyak pun dapat dikawal, kelembapan pada kulit wajah sentiasa kekal lembap dan segar. 

Salah satu moisturizer terbaik untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Jom tengok gambar yang dah sis test kat tangan. 

moisturiser terbaik

moisturiser terbaik

moisturiser terbaik

Cara Merawat Kulit Berminyak 

Untuk kulit berminyak macam sis, selain daripada menjaga diet pengambilan harian yang sihat dan minum air putih secukupnya untuk elak kulit dehidrasi, rutin penjagaan kulit muka juga sangat penting. 

Jadi ini adalah basic skincare routine yang sis buat. Pertama sekali mestilah bab cuci muka. Cuci muka nampak mudah tapi kalau tak kena caranya, kulit makin jadi berminyak. 

Pilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak. Cuci muka kalau boleh terhad 2 kali sehari atau 3 kali sehari. Cuci muka pada waktu pagi, petang dan pada waktu malam sebelum tidur. 

Kedua, sebelah siang sis sapu krim siang sunscreen untuk melindungi kulit muka dari sinaran UV yang berbahaya. 

Sebelah malam baru sis guna pelembap muka sebab sis rasa kulit muka memang perlukan rehat secukupnya time tengah tidur. Jadi, masa ini lah pelembap muka berfungsi menjalankan tugas. 

Kulit muka dah berminyak perlu ke pelembap muka ? Ini ramai yang salah anggap tentang pelembap muka. 

Ramai yang anggap sekiranya guna pelembap muka, kulit muka makin jadi berminyak. Sebenarnya tidak, kena cari moisturizer yang sesuai. 

Sis guna Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature untuk pelembap muka. Lagipun, untuk jenis kulit berminyak macam sis, krim muka ini sangat sesuai sebab ia adalah moisturizer water based terbaik. 

1. Pesanan sis untuk korang cari pelembap muka yang mempunyai ciri - ciri bukan komedogenik iaitu krim muka yang tidak menyumbat liang pori. 

2. Elakkan juga pilih moisturizer yang mempunyai bahan kandungan minyak. 

Lepas exfoliate ni, kulit rasa lembut dan tegang jer. Kalau korang tak ada idea nak guna produk mana untuk scrub muka ni, korang guna hampas teh. 

Dah bertahun sis guna scrub homemade guna hampas teh jer. Paling jimat, senang dan selamat. 

Cara Pakai Moisturizer | Pakai Moisturizer Berapa Kali Sehari ? 

Moisturizer ini adalah termasuk dalam basic skincare routine untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri. 

Bagi yang baru nak berjinak nak pakai pelembap muka mesti tertanya moisturizer pakai waktu bila ?. Kalau nak pakai moisturizer berapa kali sehari ?  

Kalau nak tahu, untuk hasil terbaik, moisturizer perlu dipakai sebanyak 2 kali sehari. 

Selain daripada waktu pagi, waktu malam adalah waktu terbaik untuk pakai moisturizer. 

Ini kerana penggunaan moisturizer / pelembap muka pada waktu malam berfungsi untuk menghidratkan kulit dan memperbaiki kerosakan kulit pada siang hari. Moisturizer Aqua Whitening Cream ini adalah krim malam terbaik. 

Ok, ini tips untuk cara pakai moisturizer dengan betul supaya kulit dapat manfaat dari moisturizer yang kita guna. 

moisturiser terbaik

1. Pertama sekali, cuci muka dengan pembersih wajah. 

2. Keringkan wajah dengan menekap muka dengan tuala bersih.

3. Kemudian, jika suka boleh sapu toner dan juga serum. Tapi buat korang yang baru nak belajar nak guna moisturizer, boleh skip untuk toner dan juga serum. 

4. Moisturizer Aqua Whitening Cream  boleh dijadikan sebagai krim malam yang terbaik untuk kulit. Nak pakai pun tak payah sangat. Tekstur krim yang lembut sangat mudah nak ratakan pada kulit wajah. 

5. Oleskan krim pada kulit wajah sebelah pipi kiri dan kanan. Kalau boleh, oleskan juga di bahagian dahi dan juga bahagian dagu. 

6. Kemudian, ratakan dengan lembut sambil urut muka sekali bermula bahagian bawah dagu dan urut lembut menghala ke atas. 

7. Jangan lupa, bahagian leher juga perlu disapu. Cara sapuannya dari atas leher menghala ke bahagian bawah. 

6 Kebaikan Moisturizer Aqua Whitening Cream Untuk Kulit Berminyak 

moisturiser terbaik

Penggunaan moisturizer atau pelembap muka sangat penting pada kulit wajah. Tidak kira sama ada jenis kulit kering, kulit berminyak atau kulit kombinasi. 

Apabila penggunaan yang konsisten untuk memakai moisturizer / pelembap muka hasilnya nanti kulit wajah lebih sihat dan bebas dari masalah kulit. 

Sepanjang sis guna Aqua Whitening Cream , banyak lagi kebaikan lain yang sis dapat. Antaranya : 

1. Pelembap muka ini dirumus khas agar non - comedogenic ( tidak menyumbat pori - pori kulit ), liang pori tidak tersumbat. 

2. Penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah dapat dikawal. Ini untuk menghalang liang pori terbuka. Pori besar pula akan mengecut dan mengelakkan juga munculnya jerawat. 

3. Moisturizing dan Hydrating. Moisturizer terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit kering dapat kelembapan yang cukup dan kulit berminyak dapat dikawal. 

4. Moisturizer water-based ini juga dapat mencerahkan kulit kusam dan tona kulit yang lebih sekata. Hasilnya, kulit wajah lebih lembut dan glowing ( brightening skin ).

5. Membantu merawat kemerahan kulit akibat sunburn. Sunburn yang teruk boleh merosakkan sel kulit. Fungsi Niacinamide adalah bertindak sebagai anti keradangan untuk mengurangkan kemerahan kulit pada kulit wajah.

6. Moisturizer / pelembap muka yang tidak berminyak ini bukan sekadar pelembap saja. Ia juga boleh dijadikan sebagai makeup base. Guna Aqua ini sebelum makeup, supaya makeup tak nampak bercapuk, tahan lama dan pigmented. 

Yang paling best, pelembap muka ini adalah paraben free, sulfate free dan alcohol free. 

Aqua Whitening Cream, Krim Muka Tidak Berminyak | Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit 

Dulu sis tak tahu pun yang moisturizer ni ada dua jenis iaitu oil-based dan water-based. Main pakai jer kat kulit muka. Dah la kulit muka jenis berminyak. Patut lagi berminyak kulit muka. 

Bila dapat tahu yang Aqua Whitening Cream ini bersifat water-based dan sesuai untuk kulit muka berminyak dan sis pun dah cuba sendiri. Hasilnya memang serasi dengan kulit muka sis. 

Yang menarik tentang Aqua Whitening Cream ini, krim ini bukan saja untuk kulit berminyak, untuk yang jenis kulit kombinasi dan juga kulit kering pun boleh pakai.

Sekarang ni cuaca tengah panas, kulit mudah berpeluh dan berminyak, pakai yang jenis water-based ni lagi selamat sebab mudah meresap ke dalam kulit.

Salah satu krim siang terbaik dan juga untuk krim malam. Bau pun wangi macam lemon dan kaya dengan ekstrak herba yang boleh menembusi lapisan kulit dan membaikpulih kulit. 

Disebabkan krim ini mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Titisan air yang muncul akan memberikan kelembapan pada kulit. Masa tengah urut lembut di muka tu, kulit muka terasa lembap dan tidak melekit. 

Selain daripada skincare untuk kulit berminyak, kalau korang nak makeup tahan lama, korang pakai krim pelembap Aqua Whitening Cream ini sebelum ke lapisan yang seterusnya. Jangan risau, sebab tak payah tunggu lama pun bila pakai krim ini. 

Disebabkan ia boleh mengawal minyak di kulit wajah, kulit muka sampai tak adalah sampai over berminyak. Even cuaca panas atau petang. Makeup pun tahan lama dan tak bercapuk.  

Kulit berminyak macam sis sesuai sangat guna Aqua Whitening Cream ni sebab ia meresap dengan cepat. Tak ambil masa lama sangat. Lepas tu, bila pakai makeup pun cepat meresap. Warna pun lebih nampak pigmented. Hasil makeup lagi nampak cantik. 

Bila sesekali keluar rumah, sis pun makeup jugak nak bagi muka nampak berseri dan cantik. Makeup pun simple sebab tak nak bersiap lama sangat pun. 

Setakat pakai pelembap muka / moisturizer untuk hasil makeup lagi smooth dan tak bercapuk. Bila keadaan kulit muka kita tengah lembap ni, senang nak pakai makeup lain sebab nak ratakan tak nak bagi bercapuk. 

Baru sis pakai foundation, bila dap dap dengan foundation memang nampak sekata dan tak bercapuk kulit muka. Kemudian, baru pakai light eyeshadow, blusher dan juga lip balm. Warna pun lebih pigmented. Best pulak kan. Baru lah muka nampak berseri - seri. 

Seharian kat luar pun makeup still cantik dan tak berminyak sangat kulit muka. Makin glowing pun ada. 

Disebabkan tekstur nya yang ringan dan amat mudah meresap ke dalam kulit. Bila makeup pun smooth jer, tak bercapuk dan nampak sekata. 

moisturiser terbaik

Kalau korang tengah tercari - cari pelembap muka yang sesuai, korang cuba pakai Aqua Whitening Cream ini. 

Untuk maklumat lanjut dan nak dapatkan produk ini secara online, boleh layari laman web dan sosial media Hansaegee Nature. 

 Brand: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop 

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia 

moisturiser terbaik


Post a Comment

Previous Post Next Post