Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah | Salam semua, kek buah kukus adalah kek buah legend yang sentiasa ada peminat dari dulu hingga lah sekarang. Kek orang lama ni. Siapa peminat kek buah kukus sini. Permintaan pun memang selalu ada tak kira di musim perayaan atau bukan musim perayaan. Lagipun, sekarang ni dah ramai yang berniaga kek buah kukus. Harga kek buah kukus ni boleh tahan mahal. Banyak faktor sebab kenapa kek buah kukus ni mahal. Antaranya bahan - bahan yang digunakan. Lagi satu nak kukus sampai 4 jam untuk sebiji kek.
Kalau yang suka komen mahal, mahal tu, tengok bahan yang digunakan, kalau semua bahan premium memang mahal untuk sebiji kek buah kukus. Habis lama nak kukus pun sampai 4 jam. Nak lagi moist tekstur kek buah kukus dan nak bagi kek tahan lama, memang kena kukus lama.
Orang kata nak buat kek buah kukus pun ada petua - petua jugak. Persoalan kenapa kek buah kukus kering, kenapa buah tenggelam dalam kek. Nanti sis bagi tahu ya. Kek buah ni pulak sedap dimakan selepas beberapa hari dibuat, Lagi terasa buahnya.
Resepi kek buah kukus ni macam - macam cara orang buat. Sis follow yang mudah nak buat. Tak pakai mixer Ok, ini resepi ya
Resepi Kek Buah Kukus Super Moist
350g gula pasir
60ml air panas ( saya guna 1 cawan air panas )
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
1/2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* ( ganti dengan serbuk kulit kayu manis )
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquick ( tambah 2 sudu besar )
1 sudu kecil esen vanila
3. Ayak bahan bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit
menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
4. Mangkuk lain, pukul telur dan esen dengan handwhisk hingga sebati tak perlu terlalu kembang sangat dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
5. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan
adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam saja)
7. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek betul - betul sejuk seeloknya semalaman supaya kek
dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
oh my sedapnyaaa
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDeletePost a Comment