Resepi Kek Tapak Dinosaur Viral Dari Azlina Ina

Salam semua, sekarang ni tengah naik nama kek tapak kuda, tapi sis tertarik dengan keunikan kek ni. Lain namanya. Kek Tapak Dinosaur atau kek tapak dino. Siapa tak kenal dengan nama Azlina Ina kan. 

Seorang baker yang juga banyak berkongsi resepi yang dibuat jualan dengan follower. Tak lokek nak kongsi resepi dengan orang lain. 

Nama kek Tapak Dinosaur rupa macam kek tapak kuda tapi lain sebab besar macam tapak dinasour. Kek tapak dinasour yang Puan Azlina Ina jual ni banyak jenis filling. 

Untuk jualan Puan Azlina Ina jual kek yang bersaiz 6" dengan inti yang pada menjadikan kek itu besar dan gemok. Sebab tu tak nampak macam kek tapak kuda. 

Jadi, kali ini sis nak kongsi dengan korang kek tapak dinasour dari Puan Azlina Ina ni. Boleh la nak try buat. 
Kek tapak dino

Resepi Kek Tapak Dinosaur Neopolitan Crunchy

Bahan - Bahan Untuk Kek
6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar esen creamy vanila
2 cawan tepung gandum + 1sudu besar serbuk penaik (ayak 3 kali)

Cara - Cara
1. Mix sampai gebu
2. Masukkan 1/4 cawan susu full cream
3. Mix sampai kembang gebu
4. Last matikan mixer dan masuk kan 1/2 cawan majerin cair suam
5. Gaul sebati
6. Ambil sebahagian letak emolco coklat, gaul dan masuk piping untuk corak
7. Masukkan ke dalam loyang yang ada tray,  isi adunan dan lorek kan.
8. Bakar suhu 180 masa 18 minit ikut suhu oven masing - masing
8. Biarkan sejuk dan potong. 

Resepi Untuk Filling 
10 cawan cereal
10 senduk white chocolate brand top kokoa pilih yang hokkaido white  
1 sudu besar strawberry flavor yang tak berwarna 
1 sudu besar pewarna pink

Cara - Cara 
1. Masuk kan dalam white chocolate, strawberry flavour dan pewarna pink. Kemudian gaul sebati. 
2. Bentang kek pada wrapping
3. Letak 1 senduk coklat  kemudian letak filling 2 senduk
4. Gulung kan kek, Roll ketat
5. Siap

Resepi Kek Tapak Dinosaur Hazelnut Crunchy

Kek tapak kuda

Bahan - Bahan 
6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar esen creamy vanila
1 sudu besar ovalate (kijang)
2 cawan tepung gandum +  1 sudu kecil baking powder (ayak 2 kali )

Cara - Cara
1. Mix sampai separa gebu kemudian masukkan 1/4 cawan susu full cream
2. Mix sampai gebu
3. Masukkan 1/2 cawan majerin cair pastikan masih suam - suam
4. Kacau rata dan kemudian masukkan dalam loyang
5. Bakar suhu 170 masa 20 minit kalau loyang besar ikut suhu oven masing - masing. 

Bahan - Bahan Untuk Filling ( Untuk 5 roll kalau lebih tambah lagi ) 
5 cawan Hazelnut cocolate lecker (coklat dah sedia cair )
6- 7 cawan Nestum
2-3 sudu besar hazelnut paste

Cara - Cara
1. Gaul sebati guna tangan pakai glove sampai semua coklat dan nestum bercampur.
2. Boleh letak kek dan sapu sedikit spread di depan kek supaya masa menggulung tak banyak filling tumpah.
3. Gulung kan kemas. Siap 

Kalau korang nak rasa sendiri macam mana kek tapak dinasour pelbagai jenis filling boleh beli di sini ==> Kek Tapak Dino

Puan Azlina guna coklat jenama Lecker boleh dapatkan di sini ==> Coklat spread jenama Lecker

Untuk nestum boleh guna nestum untuk baking, boleh dapatkan di sini ==> Nestum

Untuk white coklat boleh pilih yang hokkaido white di sini ==> white coklat brand top kokoa

Nota :  
1. Kek Puan Azlina Ina yang dijual bukan yang jenis meleleh tapi kalau suka filling yang banyak boleh tambah sendiri ikut selera. 

Post a Comment

Previous Post Next Post