10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa

10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa | Salam semua, suka betul dengar perkongsian dari Ustazah Asma Harun, sekarang ni sis lebih suka tengok kat Tiktok. 

Jangan lupa ustazah Asma pun ada akaun Tiktok. Ustaz dan ustazah pun semua akaun sosial media ada untuk medan berdakwah.

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Kita masih lagi di bulan Ramadan tapi seringkali ramai yang leka mustajabnya doa menjelang waktu nak berbuka puasa. 

Ramadan sering disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa, penuh keberkatan, rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan buat umat Islam.

Banyak ganjaran yang boleh dikecapi di bulan mulia ini, antaranya doa sebelum berbuka puasa ramadhan.

Alangkah rugi rasanya jika kita tidak mengambil kesempatan untuk berdoa sebelum berbuka. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
 
(HR Ibn Majah, hadis hasan)

Betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpuasa kemudian berdoa sebelum berbuka. Allah SWT tidak akan menolak doa tersebut.
 
Masih belum terlambat untuk jadikan Ramadan kali ini dengan perbanyakkan doa. 

10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa 

Ini di antara doa - doa pilihan menjelang waktu berbuka puasa. Jom kita sama - sama amalkan. 

1) DOA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Daripada Makhul, ketika masuknya bulan Ramadan beliau berdoa:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: 

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

(Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam Kitab al-Du’a)

2) DOA MEMOHON KEBAIKAN BAGI KEDUA IBU BAPA

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: 

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

3) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ATAS KEZALIMAN DIRI SENDIRI

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: 

“Ya Allah, kami telah menzalimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.”
(Surah al-A’raf 7: 23)

4) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّحِمِينَ
 
Maksudnya: 

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

5) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 

6) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: 

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25:74)

7) DOA AGAR DIANUGERAHKAN KETURUNAN YANG MENJAGA SOLAT

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan


Firman Allah SWT:
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
 
Maksudnya: 

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
(Surah Ibrahim 14:40)


8) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: 

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

9) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: 

Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. 

Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)

10) DOA AGAR SENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Doa sebelum berbuka puasa ramadhan

Firman Allah SWT:
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي،
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: 

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah ikatan lidahku, agar mereka memahami perkataanku.”
(Surah Taha 20: 25-28)

Mudah-mudahan, senarai doa ini dapat memberi rujukan buat semua dalam meningkatkan kuantiti berdoa di bulan Ramadan. Mari bersama, luangkan masa sebelum berbuka untuk memanjatkan doa kepada yang Esa.

Usah biarkan diri tergolong dalam kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa manfaatnya.

Baca Juga : 


Post a Comment

Previous Post Next Post