BELI TAYAR ATAS TALIAN UNTUK PILIHAN YANG LEBIH SELAMAT DAN JIMAT - Blog Wani Sukarno

15 July 2018

BELI TAYAR ATAS TALIAN UNTUK PILIHAN YANG LEBIH SELAMAT DAN JIMAT

ASSALAMUALAIKUM..

BELI TAYAR ATAS TALIAN UNTUK PILIHAN YANG LEBIH SELAMAT DAN JIMAT


BELI TAYAR ATAS TALIAN UNTUK PILIHAN YANG LEBIH SELAMAT DAN JIMAT || Pernah tak anda terfikir nak beli tayar kereta secara  online ? Macam mustahil jerr kan. Itu persoalan yang Wani tanya dulu, mungkin anda akan cakap eh boleh ke beli tayar online ? Pelbagai persoalan dalam kepala tu kan, Macam Wani pun tertanya -tanya sampai lah baru tahu kewujudan laman web https://mytayar.com/. Macam tak percaya, rupanya boleh beli tayar kereta secara online. hii. Sekarang, hanya di hujung jari, yang susah menjadi lagi mudah dan tidak perlu pening kepala sangat nak pergi cari lokasi bengkel kat mana.

 Segala maklumat tentang tayar, harga dan lokasi bengkel yang diiktiraf  hanya boleh dilakukan di laman sesawang Mytayar.com. Mudah kan, tak payah pening kepala,

Untuk pengetahuan anda semua, melalui Mytayar.com, ke semua maklumat tentang tayar, seperti jenama, saiz tayar, hanya boleh dilihat secara terus di laman web tersebut. Lebih lagi harga yang ditawarkan adalah mampu milik berbanding anda nak walk in ke kedai bengkel.

KELEBIHAN YANG ADA DI MYTAYAR.COM 

Objektif utama Mytayar.com adalah untuk membantu pengguna supaya tidak ditipu oleh pemilik kedai bengkel. Sudah tentu kita sebagai pengguna lebih lagi yang tidak ada pengetahuan langsung tentang tayar, kemungkinan besar pembeli akan ditipu. Disebabkan inilah Mytayar.com wujud. Siapa ada pengalaman pernah kena tipu tu memang serik dah kan,

Dengan tagline "Jimat, mudah dan telus", laman web ini akan membantu pengguna secara lebih terperinci dalam memilih tayar dan boleh membuat perbandingan harga.


Menurut, pengasas Ridzuwan Ayeop, setakat ini, Mytayar.com sudah mempunyai 120 bengkel yang telah terpilih. Buat masa ini, kawasan yang terbabit adalah di Klang Valley, Johor Bahru dan juga Ipoh, Lokasi untuk di tempat lain akan ditambah tidak lama lagi.

Dengan adanya Mytayar.com ini, ia bukan saja mudah tapi lagi menjimatkan masa malah boleh buat perbandingan harga secara telus dan pengguna tidak mungkin rasa ditipu. Selain itu, anda boleh survey dulu brand tayar sebelum beli online. Itulah antara kelebihan kenapa wujudnya MyTayar.com.


PERBANDINGAN HARGA DI MYTAYAR.COM  DENGAN KEDAI BENGKEL WALK IN

Jika anda rasa masih ragu - ragu, cuba tengok perbandingan harga yang telah dianalisis sendiri oleh Mytayar.com. Ini perbandingan di antara harga yang ditawarkan di Mytayar.com dengan harga di kedai bengkel yang biasanya kita walk in. Nampak tak harga tu, jauh sangat perbezaanya kan.

Mytayar.com telah memberi jaminan untuk mana - mana kedai bengkel yang telah diiktiraf di bawah Mytayar.com harga mestilah lagi rendah berbanding di kedai bengkel biasa. Cuba bayangkan harga 20% lagi murah nak bandingkan kedai biasa. Nampak dah jimat kat situ.

Lagipun, sekiranya pengguna membeli secara online di mytayar.com, ada free alignment lagi untuk 4 tayar. Kalau beli di kedai bengkel biasa, mereka tak buat pun servis macam tu.


CARA UNTUK PEMBELIAN TAYAR SECARA ONLINE DI MYTAYAR.COM




Mytayar.com bermula pada tahun 2014 di mana laman web ini merupakan kedai online pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna mendapat  segala maklumat tentang tayar. Setelah pengguna telah memilih tayar, pengguna perlu membayar deposit sebanyak 5 % daripada jumlah keseluruhan harga. Bayaran penuh dilakukan setelah selesai menukar proses  tayar. Boleh rujuk gambar di atas untuk melihat bagaimana proses ketelusan dalam penukaran tayar kereta. Dengan cara seperti ini, ia dapat mengelakkan dari pengguna untuk ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mesti ada yang tertanya - tanya, bagaimana untuk membuat pembelian secara online. Cuba tonton video youtube di bawah, nanti anda akan faham, tak susah mana pun.
 

Proses tukar tayar bukan kos yang murah, banyak juga faktor yang perlu diambil kira. Tetapi dengan adanya Mytayar.com anda boleh melihat proses ketelusan yang dibuat bermula dari proses pemilihan tayar, pemilihan kedai bengkel yang terpilih, sehinggalah proses bayaran penuh dilakukan.

PEMBAYARAN SECARA ONLINE YANG MUDAH 



Sekarang, untuk buat pembayaran deposit pun sudah mudah, pilih mana yang nak, samaada nak Bank Transfer, Debit dan Kredit kad, ataupun nak bayar tunai pun boleh.

Jom klik di MYTAYAR.COM sekarang !!!
JIMAT, MUDAH DAN TELUS 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti di bawah 

Facebook 

Laman web 

3 comments:

farhanna jafri said...

eh bagusnya ada perkhidmatan macamni, details pulak tu memang mesra pengguna sangat

Husniey Husain said...

Senangnya bila macam ni.. nak tengok jenis tayar, selalunya pakat beli je di bengkel. Lepas tu kena ketuk harga kaw kaw 😂

ejulz said...

terbaek.. mudah dgn adanya perkhidmatan mcm ni :)