-->

Tuesday, 2 November 2021

author photo
Panduan Ajar Anak Cara Mudah Hafal Sifir 1 - 12 Dengan Pantas | Salam semua, sebagai ibu bapa mesti kita rasa risau bila anak dah masuk darjah 4, 5 dan 6 tapi masih belum hafal sifir. Lebih - lebih lagi tahun ini, proses pembelajaran banyak secara PDPR. Banyak ketinggalan pasal pembelajaran walaupun duduk di rumah. Ya lah kan proses pembelajaran di rumah ni tak sama macam dalam kelas. 

Cara mudah hafal sifir

Nak buat macam mana kan. Tahun ini memang mencabar sikit buat anak - anak kita. Nak belajar tak sama macam dulu. Walaupun negara kita sekarang pun tengah dalam proses sekolah nak buka, banyak benda nak kena susun semula. 

Kemahiran Asas Matematik, Sifir 

Berbalik kepada apa yang sis nak bagi tahu, sifir termasuk kemahiran asas matematik. Kita dulu pun belajar, nak hafal sifir pun ada tekniknya kan.

 Anak - anak yang masuk darjah 4 sepatutnya dah mula belajar untuk menghafal dan menguasai sifir dengan baik. Sebagai ibu bapa, sejauh mana kita peka dengan kemahiran anak - anak dalam menghafal sifir dengan baik. 

Susah sekiranya tak dapat kuasai sifir dengan baik, akan menyebabkan masalah berangkai seperti pecahan, pembahagian, perpuluhan dan peratus. 

Kita pun tak nak anak - anak belajar lagi stress kalau asas matematik sifir pun tak dapat nak kuasai dengan baik kan. 

Tak nak juga anak - anak lagi ketinggalan dari rakan - rakan mereka yang lain. Kita sebagai ibu bapa ni jadi lagi susah hati. 

Kalau nak tahu sejauh mana anak - anak kuasai sifir, cuba test tanya secara spontan. Contoh la 6 x 7 berapa adik. Nak tengok sejauh mana kepantasan dia dapat jawab. 

Kalau ambil masa lama sangat lebih dari 1 minit, itu tanda mereka belum benar - benar menguasai sifir dengan baik. 

                                            

Apa Itu Program MathMedic ? 

Sis ada berita baik untuk ibu bapa yang tak perlu lagi pening - pening tentang bagaimana nak ajar anak - anak kuasai sifir dengan baik. Sis faham, tak semua ibu bapa ada kemahiran untuk mengajar dan membimbing anak - anak.

Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan pendidikan anak - anak. 

Ibu bapa perlu lah bersedia untuk mengambil tanggungjawab untuk memantau dan membantu anak - anak menguasai kemahiran asas matematik, iaitu sifir. 

Mesti tertanya - tanya apa itu program MathMedic ? Kalau nak tahu, program MathMedic ini adalah sebuah program pembelajaran yang memberi fokus kepada subjek matematik. 

Pengasas kepada program MathMedic ini adalah Encik Osman Bin Affan. Sebelum pandemik melanda, beliau telah melatih beribu - ribu pelajar di Malaysia tentang teknik menghafal sifir dengan mudah, cepat dan berkesan menerusi bengkel - bengkel yang dianjurkan. 

Ebook Panduan Ajar Anak Cara Mudah Hafal Sifir 1 - 12 Dengan Pantas 

Disebabkan ramai ibu bapa yang menghubungi beliau dan meminta bantuan untuk melihat apa masalah anak mereka dalam subjek matematik. Beliau terfikir untuk membuat satu Ebook yang mengandungi ke semua teknik, modul serta bahan pengajaran. 

Dengan kewujudan Ebook ini, diharapkan ibu bapa dapat menggunakan teknik serta modul untuk menganalisa dan membimbing sendiri anak mereka dengan cara sebenar dalam menguasai sifir dengan baik. 

Sekali lagi sis nak tekan kan di sini ebook ini adalah untuk kegunaan ibu bapa saja ya. Bagaimana nak ajar anak cara mudah hafal sifir ? 

Nak bimbing anak dengan teknik yang betul menguasai sifir, anda sebagai ibu bapa memang kena ada Ebook ini. 

Tanggungjawab kita juga untuk mengajar dan membimbing anak - anak bukan hanya bergantung kepada guru semata - mata. 

cara mudah hafal sifir

Senarai Kandungan Dalam Ebook Panduan Ini 

Disebabkan ebook ini untuk bacaan ibubapa, di bawah ini adalah di antara kandungan yang terdapat dalam Ebook panduan ini. 

1. Ketahui Teknik - Teknik Silap

Sebenarnya, teknik - teknik silap ini memang penting untuk kita tahu, supaya dapat memperbaiki lagi kaedah pengajaran yang betul. Selalunya, teknik - teknik silap seperti ini yang biasa dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar dan membantu anak menghafal sifir. 

Sebelum nak belajar teknik yang betul, kena tahu terlebih dahulu apa teknik silap yang pernah dilakukan oleh ibu bapa. 

2.  Teknik Sebenar Hafal Sifir "Gaya MathMedic"

Ketahui teknik sebenar dalam menghafal sifir secara berkesan. Teknik ini dipanggil hafal sifir " Gaya MathMedic".

Dengan menggunakan teknik ini, insyaAllah anak dapat menjawab sifir sepantas kilat. 

3. MathMedic Sifir Diagnostic Test

MahMedic Sifir Diagnostic Test ini adalah satu set kertas soalan sifir yang perlu ibu bapa guna untuk menguji dan mengesan tahap penguasaan anak dalam sifir. 

4. Ada 4 Jenis Skor

Selepas membuat ujian tersebut, ibu bapa boleh kira dan lihat sendiri, di mana tahap kedudukan skor anak anda. 

Makna bagi setiap skor in akan dihuraikan dengan lebih lanjut di dalam Ebook ini. Melalui skor ini, ibu bapa dapat menilai sejauh mana anak anda telah menguasai sifir. 

5. Flash Card 

Flash Card ini adalah salah satu bahan pembelajaran khas untuk anak anak menghafal sifir. Flash Card ini bukan flash card biasa - biasa ya. Ia sangat berbeza dan unik  dari mana - mana flash card yang ada di pasaran. 

6. Sesi Ujian 14 Hari Dan Modul 

Modul hafal sifir ini telah dipecahkan kepada 14 sesi yang boleh dijalankan selama 14 hari. jika anak - anak jenis fast learner, mungkin boleh dipendekkan kepada 7 hari untuk 2 modul setiap hari. 

 

Dapatkan 4 Bonus Istimewa Hanya Bayar Sekali Sahaja

Kalau ikutkan yuran - yuran di pusat tuisyen sebulan sekitar RM 80 - RM 100 setiap bulan untuk satu subjek. Itu tak termasuk lagi yang panggil guru tuisyen datang rumah kan. 

Untuk Ebook panduan ini, bukan saja harga bayar sekali sahaja malah dapat 4 bonus istimewa lagi. Nak tahu harganya. Harga untuk Ebook panduan ini adalah RM 30 sahaja. 

Murah dah tu nak buat pelaburan sekali bayar saja. Tapi ilmu dan teknik mengajar anak hafal sifir mudah dalam Ebook panduan ini memang tidak ternilai. 

Selain itu, ada tambahan 4 bonus istimewa sekiranya ibu bapa dapatkan ebook panduan ini. Kiranya, dengan adanya bonus istimewa ini dapat melengkapkan sesi pembelajaran anak di dalam menghafal sifir dengan mudah. Nak tahu tak. Ini senarai 4 bonus istimewa seperti di bawah :


Cara mudah hafal sifir

#Bonus 1 Flash Card MathMedic ( Sifir 1 - 12 ) 

Kaedah Flash Card adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam teknik hafal sifir MathMedic. Bukan biasa - biasa ya flash card ni sebab penulis dah siapkan format flash card untuk sifir 1 - 12. 

Ibu bapa hanya perlu cetak saja dalam kertas A4 dan kemudian potong ikut saiz yang telah ditetapkan 

Lagi satu jimat kos guna kertas A4 pun dah ok. Tak payah nak fikir beli kertas tebal - tebal.

#Bonus 2 MathMedic Diagnostic Test 

Bonus ke 2 ini adalah kertas ujian untuk menguji tahap penguasaan sifir anak. Kertas ujian ini disusun untuk tempoh 14 hari /sesi. Jadi setiap hari akan fokus pada 1 sifir saja. Ada 4 kertas ujian yang perlu dijawab. 

Pada hari ke 14 untuk akhir sesi, ada 6 kertas ujian untuk menilai tahap penguasaan sifir 1 - 12. Ibu bapa tak perlu risau sebab jawapan bagi setiap solan memang disertakan sekali untuk rujukan. 

#Bonus 3 Rakaman, Bengkel Online Hafal Sifir 

Penulis juga telah mengadakan beberapa siri bengkel online untuk Program Hafal Sifir ini. Untuk bonus yang ke 3 ini, ibu bapa boleh tunjukkan video rakaman ini kepada anak - anak. Lagi jelas bila dalam bentuk video ni. 

Melalui video rakaman ini, ia akan memudahkan untuk anak - anak memahami tentang kaedah hafal sifir nanti. 

#Bonus 4 Telegram Support Group

Ibu bapa jangan risau sekiranya ada nak tanya apa - apa berkaitan teknik yang diajarkan dalam ebook ini. Boleh tanya terus dengan penulis melalui telegram support group. 

Telegram support group ini dibina khas untuk pembeli - pembeli ebook ini. 

Selain itu, info - info terbaru juga akan dikongsi di sini. 

Bimbing Anak Untuk Cemerlang Dalam Sifir 

Untuk ibu bapa yang peka tentang perkembangan pelajaran anak - anak, anda harus ada Ebook panduan ini. Sekurang - kurang nya dengan adanya Ebook ini, sesi binbingan untuk mengajar anak -anak dalam menghafal sifir dapat berjalan dengan lancar. 

Sebab itu Ebook panduan ini dikhususkan untuk bacaan ibu bapa. Tak faham boleh tanya di telegram support group. 

Tunggu apa lagi, nak anak anda cara cepat hafal sifir 1 - 12 dengan pantas, boleh dapatkan Ebook panduan ini dengan harga RM 30 saja bersama dengan 4 bonus istimewa.

Boleh klik link di bawah untuk pembelian. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post