15 Ogos 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

CARA "BAKAR" BAWANG PUTIH AIR FRYER 8 MINIT

Salam semua

CARA "BAKAR" BAWANG PUTIH AIR FRYER 8 MINIT || Sejak ada air fryer akui mudah sikit kerja, kali ini "bakar" bawang putih, Kalau biasa grill sekejap atas dapur, kali ini rasa lagi mudah guna air fryer. Sekarang tengah berfikir nak buat sambal belacan Kelantan, nak "bakar"  segala mak nenek bawang dalam air fryer. hii

Sebelum ada air fryer, memang biasa dah grill atas dapur banyak - banyak macam ni, lepas tu simpan dalam peti, sebab buat amalan juga makan bawang putih bakar :).

Nak tahu cara, macam senang sangat dah bawang bakar pun nak buat entri kan, mana lah tahu nanti orang pun nak cari info kan :D. Kalau nak tonton macam mana, jemput tonton video di bawah

CARA "BAKAR" BAWANG PUTIH AIR FRYER 8 MINIT 

1. Guna dalam 2 labu bawang putih, leraikan dan basuh sekejap bawang  putih dengan kulit sekali
2. Letak dalam basket air fryer, dan putar tombol ke suhu 180 C selama  8 minit
3. Yang ini, tak tarik basket nak balikkan pun, direct terus "bakar". Kalau nak tengok separuh masa pertama pun tak apa juga. Takut ada yang tak rata mungkin terhangit bawang putih.
4. Bila dah bunyi "ting". Boleh tarik basket. Ok dah siap

                         


This post have 3 komentar

avatar
Warisan Petani delete 15 Ogos 2018 6:52 PG

Semakin mudah kerja memasak

Reply
avatar
ejulz delete 15 Ogos 2018 1:22 PTG

terbaek.. good info :)

Reply
avatar
Cik Ash delete 15 Ogos 2018 4:40 PTG

kena beli air fryer ni hahahha

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram