-->

Monday, 13 August 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

resepi ayam goreng kicap taucu yang mudah dan sedap

RESEPI AYAM GORENG KICAP MASAK TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP || Kadang - kadang fikir bab masak - masak ni, tak boleh nak fikir yang payah - payah juga, kalau boleh nak seringkas mungkin, Wani kadang- kadang jam jugak nak masak apa, sebab fikir nak ikut tekak orang lain pun susah, usahkan nak ikut tekak kita kan. Kali ini fikir nak masak apa dengan ayam, buat resepi yang paling simple sangat. semudah ABC. tapi memang guna kicap pekat ABC pun dalam resepi ni. :D

Ada 2 bahan penting guna dalam resepi ini iaitu taucu dan kicap pekat, memang dah setia dengan kicap pekat ABC, tak pernah pula guna jenama lain, Jenama Mahsuri pun boleh tahan juga kan. Terpulang kepada selera masing - masing. Untuk taucu Wani guna cap tamin, muslim produk, Yang penting kicap kena pekat. Resepi di bawah. Senang kan simple. Selamat mencuba.

AYAM GORENG KICAP TAUCU YANG MUDAH DAN SEDAP

BAHAN - BAHAN
4 ulas bawang putih ditumbuk
2- sudu besar taucu cap tamin
Kicap pekat ABC manis secukupnya
6 ketul ayam yang telah dipotong sederhana besar. Ayam diperap dengan garam kunyit, kemudian goreng garing ( jangan gaul letak garam kunyit banyak sangat )
3 tangkai lada burung merah diketuk
Bawang besar dipotong baji secukupnya

CARA - CARA
1.Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada burung dan bawang besar
2.Kacau mesra sekejap dan masukkan taucu, kacau hingga mesra sampai bagi taucu garing sikit
3.Kacau sekejap terus masukkan ayam goreng dan tuangkan kicap pekat secukupnya
4. Garam tak payah tambah sebab dah masin taucu. Kacau sampai mesra ayam dengan kicap.
5. Boleh tutup api dan hidangkan

BACA SINI >>> RESEPI AYAM KICAP YANG MUDAH DAN SEDAP


This post have 3 komentar

avatar
Cik Ash delete 13 August 2018 at 23:51

Wah nampak sedap boleh try buat ni

Reply
avatar
Husniey Husain delete 14 August 2018 at 16:16

Macam sedap je ni. Terliur husniey tengok ni haa😍

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang