21 December 2018

author photo
Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah, Gebu Dan Lembut || Bertemu kembali dalam edisi kek chiffon, tengah edit kembali post - post resepi kek chiffon yang resepinya dalam bahasa inggeris. :D. Selagi tak edit tak boleh nak duduk diam.hii

Macam- macam versi dah kek chiffon :D, Kalau korang yang peminat oreo boleh cuba buat kek chiffon oreo yang mudah, gebu dan lembut ini. Tekstur kek yang ringan tapi ada oreo kat dalam. Tapi tengok ke gambar ni macam biasalah kekadang nampak ok tekstur kek kat dalam, kadang- kadang nampak lubang- lubang dalam kek, banyak faktor lah terjadi. Kemungkinan terlebih kaup balik ataupun adunan putih telur yang terlebih pukul macam tu lah.

Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah, Gebu Dan Lembut

Tapi apapun asalkan tekstur kek tak jatuh sudah. Nanti itu lagi haru biru pulak kan. hii. Biskut oreo ni famous, apa - apa resepi dessert ke kek ke banyak yang letakkan oreo nak jadikan cupcake, puding. Rasanya sedap, gebu ada bau oreo. :D.

Jom cuba resepi kek chiffon oreo yang mudah , gebu dan lembut ini ya.

Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah, Gebu Dan Lembut

Buat Peminat Oreo, Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah, Gebu Dan Lembut 

Bahan - bahan
(A)
65 gm oreo buang krim dan kisar halus

(B)
5 biji  kuning telur
50 gm gula halus
60 gm susu cair
60 gm minyak jagung
100 gm tepung gandum diayak

(C)
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar ataupun 1 sudu teh jus lemon
60 gm gula halus

Cara - cara

1. Kacau perlahan kuning telur dan gula halus sehingga sebati. Masukkan minyak jagung dan juga susu. Kacau rata dan kemudian masukkan tepung secara beransur - ansur dan kacau perlahan sampai sebati. Ketepikan
2. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, pukul putih telur sehingga berbuih lembut, kemudian masukkan cream of tartar dan pukul lagi sampai "Soft peaks". Masukkan gula halus sikit demi sikit sambil pukul sehingga "stiff peaks"
3. Kaup 1/4 dari putih telur dan masukkan ke dalam bahan yang telah digaul tadi, kaup balik adunan dengan perlahan
4. Ulang langkah 3 buat sampai habis. Dan akhir masukkan masukkan oreo yang telah dikisar halus dan kaup balik perlahan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek chiffon, hentakkan sekejap untuk mengeluarkan buih - buih udara
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing dalam masa 45 minit atau sehingga masak
7. Cucuk dengan lidi, sekiranya lidi kering tanda dah masak dan keluarkan dari oven terus terbalikkan acuan untuk mengelakkan kek jatuh
8. Nanti kek dah suam - suam sikit, boleh keluarkan dari acuan dengan lalukan pisau yang tajam di sekeliling acuan
9. Siap untuk dihidangkan


This post have 5 komentar

avatar
Cida de' Nuanza delete July 8, 2013 at 6:30 PM

terserlah kegebuannya... buat hati ini digaru resah...ingin mencubanya...hihihi

Reply
avatar
Mieza delete July 8, 2013 at 7:31 PM

Waniii...apa khabar sayang? Semuga sihat2 selalu...rindu sama Wani juga dear! MasyaAllah gebunya kek cipon ni..terliurnya...tentu sedap sebab ada rasa oreo...lama juga tak menyifon ni...kopipes resepi ye wani...terliurrrr

Reply
avatar
ady delete July 8, 2013 at 9:15 PM

salam
wow!!!npk tersgt gebu kek OREO CHIFFON CAKE tu kak wani..

Reply
avatar
Sury Abil delete July 9, 2013 at 12:07 AM

Wow..sangat2 gebu.kite x terbuat lagi...:-)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram