Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew

Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew || Salam semua, Sebenarnya sekali -sekala menu ayam yang dikukus pun sedap juga. Memang suka ayam yang dikukus, lebih lagi kalau resepi itu dipelbagaikan, Kalau macam diri sendiri nak ikut tekak ayam kukus yang paling sedap ni memang susah sikit.

Kena betul - betul sedap hii baru lalu makan. Ada terjumpa satu resepi yang sangat mudah dan sedap lah di tekak kita. Walaupun bahan - bahannya agak ringkas tak sangka sedap pulak.

Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew

Mengikut pemilik resepinya , resepi ini adalah masakan tradisi orang Teochew, tapi ada letak taucu tak sangka sedap, biasa buat goreng jerr taucu. ayam goreng taucu lah. Macam - macam, rupanya yang lagi simple lagi sedap nak pedas menyengat letak lagi cili api tu ya.

Resepi ini dah a keeper sebab senang makan dengan menu ayam kukus ini pun rasa dah nikmat. Untuk taucu ada banyak jenis kan, yang ini guna taucu yeos pedas manis tak silap. Untuk ke semua bahan ada skip kicap cair.

Silalah cuba, susah juga nak cari resepi ayam kukus yang betul - betul masuk tekak, kira yang ini dah masuk list sebab sedap sangat. Ayam kukus mudah tapi sedap.

Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew


Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew

BAHAN-BAHAN:

* 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
* 1 biji bawang holland-dicincang
* 1 labu bawang putih-dicincang
* 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
* 1 sudu besar taucu
* 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
* 4 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar minyak bijan
* 1 sudu besar sos tiram
* 2 sudu kecil serbuk pati ayam
* Sedikit lada sulah
* 1 batang daun bawang-dihiris

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.

Nota :
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.

Kredit Resepi: Mary Teo Lee Na


5 Comments

  1. wah xpenah lg makan ayam taucu cmni. Ikan goreng taucu penah makan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Masakan nampak menyelerakan..
    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi makan ayam masak taucu. Boleh cuba resepi ni nanti. Tq kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  4. boleh aida try ni.
    taucu memang 24 jam ada. biasa nyer aida masak ikan taucu tau.
    ayam lom pernah try lagi.

    ReplyDelete
  5. Wah.. menarik nampak resepinya.. tak sangka boleh dipelbagaikan taucu tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post