Resepi Sambal Ikan Putik Pauh Kelantan Simple 4 Bahan

Resepi Sambal Ikan Putik Pauh Kelantan Simple Dan Sedap | Salam semua, ini satu lagi resepi orang Kelantan yang patut korang cuba. Kalau dah masuk musim pauh, kat sini orang Kelantan panggil buah pauh. Kalau bahasa melayu betul panggil buah mangga muda. Banyak kan boleh buat hanya dengan mangga muda. Salah satunya kat sini terkenal dengan sambal pauh atau sambal mangga muda. Bahan - bahannya amat mudah dan cara buat sambal mangga ni tak susah sangat.

Nanti bila dah masuk musim mangga, cuba ya jangan tak cuba. Kalau guna buah mangga muda yang jenis saiz kecil molek tu lagi sedap. Sis kalau makan ni memang bertambah dengan nasi panas. Yang bestnya guna ikan bakar. Lagi sedap. Ada orang guna ikan rebus. Terpulang lah ya.

Resepi sambal ikan putih pauh kelantan

Seeloknya buah pauh guna yang masih muda dan tak nampak masak atau buah jadi terlalu lembik. Nanti tak sedap sambal akan jadi berair sebab pauh guna yang dah nampak masak. Itu lah pantangnya nak buat sambal putik pauh Kelantan ni.

Resepi Sambal Ikan Putik Pauh Kelantan Simple Dan Sedap 


Bahan - Bahan 
3 ekor ikan selayang
4 biji lada burung ( kalau nak lagi pedas tambah lagi ikut citarasa masing-masing )
2 biji mangga
Garam dan gula secukup rasa

Cara - Cara 
1. Mangga muda dibuang kulit dan dicincang halus.
2. Ikan selayang dibakar dan ambil isinya.
3. Tumbuk lada burung beserta dengan garam sehingga hancur.
4. Masukkan isi ikan selayang bakar dan tumbuk lagi.
5. Ambil bahan yang telah ditumbuk dan letak bersama dengan mangga yang dicincang tadi dan gaul rata bersama gula secukup rasa.

Jom cuba buat. Menu senang dan sedap, siapa lah nak tolak sambal putik pauh.

Baca Juga : 

1. 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Mudah
2. 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap
3. 21 Resepi Aneka Bebola Daging Mudah Disediakan Di Rumah

10 Comments

  1. Assalmmualaikum Wani

    Sambal putik pauh gini favorit mak akak...selalu buat kalau ada mangga muda...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wani,
    Nampak cam best ni. Makan dengan nasi ker ni atau meratah begitu aja......

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam mmamasya... aa'hhh tu la kan kalau ad mangga muda x terlintas dalam kepala jawapannya sambal la hehe

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam.. kak wattie : makan dengan nasi panas2 la lagi sedap kak.. kalau meratah tu x tahu la pulak x pernah meratah .. sebab dia rasa pedas2 n masam2 camtu hehe

    ReplyDelete
  5. dah cuba resepi di atas buat buka puasa hari ini

    ReplyDelete
  6. Thanks wanie. Tgh google resepi sambal pauh. Mesti cuba.

    ReplyDelete
  7. Masa musim mangga haritu tak termakan skrg trliur la pula

    ReplyDelete
  8. tgk gambar dah kecur liur....xpernah lg rasa yang ada ikan ni...kerabu mangga pernah la rasa...

    ReplyDelete
  9. uishh, kecur liur dengar pauh muda ni.

    ReplyDelete
  10. Nampakk sedapp walaupun rabia tak pernah makan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post