Drama Penjara Janji Slot Samarinda TV3

Drama Penjara Janji Slot Samarinda TV3 | Salam semua, tamat sudah drama Camelia yang ulang siar untuk slot Samarinda. Kali ini, drama terbaru yang menggantikan drama Camelia, drama Penjara Janji. Drama ni menarik sikit sebab kisah dari penjara. Drama ini menampilkan gandingan pelakon Alif Satar dan juga Azira Shafinaz dan juga barisan pelakon yang lain. Untuk Info, barisan pelakon dan juga sinopsis korang boleh baca di bawah ya. 

Drama Penjara janji

Info Drama Penjara Janji 

  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Idea Asal :  Janjira
  • Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jinggo
  • Pengarah : Azman Yahya
  • Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris, Zulin Aziz, Syed Ali Murtadha, Aishah Atan, Raja Hakim


Barisan Pelakon Drama Penjara Janji  

  • Alif Satar sebagai Rizan
  • Azira Shafinaz sebagai Rozita
  • Fauzi Nawawi sebagai Zulkifli
  • Esma Daniel sebagai Razlan
  • Syed Ali Murtadha sebagai Azam

Sinopsis Penjara Janji 

Drama ini mengisahkan Rizan, seorang warden penjara berusaha memenuhi hasrat terakhir Zulkifly, seorang banduan yang ditemukan dengan hukuman mati. Namun Rizan menghadapi masalah dengan tunangnya, Rozita kerana terlalu fokus pada Zulkifly sehingga dia mengabaikan Rozita. Tanpa diketahui Rizan, Zulkifly merupakan ayah Rizan yang tidak pernah dia temui.

Tonton Drama Penjara Janji

Selain daripada tonton di TV3, drama Penjara Janji boleh ditonton percuma di WeTV untuk ke semua episod. Bulan puasa nak tonton TV pun terhad. Kalau ada masa terluang boleh lah tonton di https://wetv.vip/en

Post a Comment

Previous Post Next Post