-->

Wednesday, 23 November 2011

author photo

A


Resepi Bihun Sup Daging Utara Mudah Dan Sedap


Bahan - Bahan
10 kg Daging (potong ketulan besar berat sekilo seketul pun boleh)
2 kg tulang

Bahan -  Bahan Kena Basuh Bersih

 * Bahan ini tak perlu dibuang kulit atau dipotong.

10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
Secekak daun leek *
Sepohon batang calery *
Beberapa helai daun pandan - simpulkan *

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
Garam
Segengam kulit kayu manis
Segengam bunga lawang
Buah pelaga
Air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

Cara - Cara 
1. masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
2. Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
3. setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
4. teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. Sebatikan rasanya seimbang.
5. Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
6. Sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

Bahan Untuk Bihun : 
1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk kunyit.

Cara - Cara 
1. bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab @ dikukuskan.


Bahan Untuk Hiasan : 
Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup - } dihiris halus
daun bawang -}
1 kampit besar bawang goreng
1kg lobak masin - dicincang halus halus

Bahan Untuk Sos Kicap 
3 botol kicap
1-2 kg cili api
5-6 ulas bawang putih
limau untuk dijadikan jus
* sedikit bawang goreng - jika suka
sedikit minyak

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak, goreng cili api dan kacaukan hingga cili sebati, layu dan angkat. Sejukkan sekejap.
2. Bawang di layur pada api sekejab atau kalau tak nak gorengkan dan angkat.
3. Tuang kicap dalam blender masukkan cili goreng dan blend hingga sebati bersama bawang putih.
4. Jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati.
5. tuangkan di dalam mangkuk masukkan jus limau, garam dan gaulkan sehingga secukup rasa.


Kredit :   http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/10/bihun-sup-langkawi-kedah-terbaek-punya.html

Baca Juga : 


This post have 10 komentar

avatar
quinnie delete 23 November 2011 at 18:02

wah...wani dah buat jugak...teringat ingat kat bau sup dia tu...hehhehe...sedapnya makan dgn kuetiau..kita pun ingat nak buat lagi la...hehehhe

Reply
avatar
rahel delete 23 November 2011 at 22:07

s'mat mlm Wani...
rajinnya buat sup langkawi..sedap betul dihirup kuahnya time hujan2 ni..

Reply
avatar
Nuwairani delete 23 November 2011 at 23:35

Ya Allah.....Tolonggggggglah jangan ditayang sup2 time hujan mcm ni....aduh.....sedapnya kuey teow sup ni....

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 23 November 2011 at 23:47

quinnie:hihi sedap la sup ni thanks ya quinne ..best sangat ,, nanti next time nak pekena dgn bihun pulak

rahel: hihi time hujan2 ni sup2 mcm ni lah yg nak nya

nani: apa pulak x blh tayang nya nani ... ;p... sedapkan .. esok blh la buat ya ... makan time hujan2 ni sedap ...

Reply
avatar
Amie delete 24 November 2011 at 11:50

nampak sungguh menyelerakan....nak duduk lama-lama di sini, nak tolong habiskan kuey teor sup langkawi...

Reply
avatar
Wattie delete 24 November 2011 at 16:11

Assalamualaikum Wani,
Terliur betul tengok koey teow sup Wani, nak semangkuk boleh. Nasi Dagang kat bawah tu pun bukan main lagi menyelerakan, nak sepinggan jugakkkk

Reply
avatar
Mieza delete 24 November 2011 at 22:49

wani..wani kat KB tu kat mana? Akak kat kuala krai..insyaAllah krismas ni nak balik ziarah family kat sana jap..ada lagi tak kuey tiaw ni? kalau dh abis pun tak per, nanti krismas ni akak balik kelate wani masak ye..kak mieza nak datang makan ni..musim2 hujan pekena sup panas mcm ni perghhh sedap sungguh! ada lak air kopi..waaaaa besh!

Reply
avatar
Mamasya delete 25 November 2011 at 01:04

Aslmkum Wani...bila hujan2 ...sejuk sedap mkn yg berkuah sup..panas2.nengok nasi dagang kelate kat bawah tu..kena dgn gulai kan aye... sedapnya...favorit akak ni..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 26 November 2011 at 03:06

KAk AMIE : hihi sedap kak amie .. jemput2 makan .. ;p

kak wattie : hihi alahai hujan2 macam ni lah best pekena keuy teow sup ....

kak mamasya: hihi ye ke kak .. makanan kelate sentiasa di hati ;p// memang favorite wani jugak nasi dagang ni

Reply
avatar
Unknown delete 30 July 2015 at 23:43

asslmkm... selamat mencuba resepi bihun sup langkawi.. hehe...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post