Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis

Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis | Salam semua, sup tulang kalau nak ikutkan macam- macam resepi orang masak. Lebih - lebih lagi kalau resepi sup tulang yang ikut negeri masing - masing. Sis dengar pun, boleh juga buat macam ni, nampak sedap jer. Resepi sup tulang ada yang tumis dan ada yang tanpa tumis. Kalian suka yang versi macam mana. Bagi sis, dua dua jenis sup tulang dah cuba samaada versi tumis ataupun tak tumis. Ada kelainan sikit.

Kalau rajin, buat versi tumis, kalau tak berapa rajin sis masuk sekali harung. Asal jadi sup sudah dan sedap. Sekarang ini nak rebus tulang dah mudah. Guna periuk tekanan. Sekejap saja ambil masa.

Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis

Kali ini, sis nak kongsi resepi sup tulang simple. Resepi sup tulang ini mudah saja sebab tak perlu tumis dan tak guna sup bunjut. Siapa yang suka resepi sup tulang simple macam ini, boleh lah cuba ya.

Makan dengan bihun atau kuey teow pun sedap.

Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis 

Bahan - Bahan 
1kg tulang
air secukupnya
1 biji bawang kuning dibelah 2 ( tak buang kulit )*
5 ulas bawang merah dibelah 2 ( tak buang kulit )*
4 ulas bawang putih ( tak buang kulit )*
Halia 1 inci diketuk ( tak buang kulit )*

*Kesemua bahan ini dipanggang sekejap atas non stick frying pan.

1 sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 bunga lawang
1 inci lengkuas
3 batang serai diketuk
Sedikit gula melaka atau ikut suka nak letak  banyak mana jangan banyak sangat
Daun sup dan bawang goreng secukupnya

Cara - Cara
1. Bawang kuning, bawang merah, bawang putih dan halia dipanggang sekejap atas non stick frying pan sehingga ia kecut dan nampak keperangan sikit kat permukaan belahan tu.
2. Masukkan air separuh daripada periuk tekanan dan masukkan tulang, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lengkuas dan serai diketuk dan semua bahan yang dipanggang tadi.
3. Rebus sehingga isi kat tulang tu empuk. sekiranya tak lembut isi daging tu tambah lagi air. Jangan banyak sangat sekadar tulang tu timbul sikit.
4. Bila dah empuk daging tu, barulah tambahkan air untuk dijadikan kuah.
5.  Baru letak garam secukup rasa dan gula melaka didihkan sekali lagi, suai rasa. Jika terkurang garam tambah.
6. Bila dah siap taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Hidangkan.

Selamat mencuba resepi sup tulang simple tanpa tumis ini.

Baca juga : Resepi Sup Tulang Paling Sedap Chef Wan Style

8 Comments

  1. mel pun sama tulang daging korban ritu tak bersentuh lagi..baru sempat mengemas peti ais. Nampak sup akak ni boleh la try ni..

    ReplyDelete
  2. salam wani..

    wah, pagi2 sudah tayang sup tulang..sedap tu wani..lama la x makan..

    ReplyDelete
  3. Salam wani.. cantik kaler sup tu.. kalau kt umah tun pun, tiap2 kali ada tulang masa raya korban mmg mama buat sup tulang seperiuk besar.. xpenah masak mende lain kot tulang nih. hihi

    ReplyDelete
  4. baru 2 hari lepas buat clear sup mcm ni tapi guna kambing korban. hujan2/sejuk2 hirup sup panas mcm ni sedap.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wani salah satu menu peberet Uj ni.klu dapat dimkn brsama mee @ mee hon...buat pulak kuah kicap terangkat ni...

    ReplyDelete
  6. Akk dh lama x mkn sup tulang..jrg btl msk sup tulang kt umh..biasa sup aym jew..nnt nk try buat la..hirup kuah byk2 sedapnye.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sup tulang!
    Teringin pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post