-->

Saturday, 19 November 2011

author photo
Resepi Nasi Dagang Kelantan Sedap Dengan Resepi Menu Set Lengkap | Salam semua, nasi dagang adalah menu popular dan terkenal di negeri pantai timur. Terdapat 2 jenis nasi dagang yang biasa orang makan iaitu nasi dagang Kelantan dan nasi dagang Terengganu. Kedua - dua menu ini walaupun namanya sama tapi penggunaan beras adalah berbeza. Nasi dagang Kelantan ada rasa tersendiri manakala nasi dagang Terengganu pun ada rasa unik yang tersendiri. Walaupun berbeza, kedua - dua jenis nasi dagang sis memang suka.

Kali ini, sis nak kongsi resepi nasi dagang Kelantan yang biasa sis buat. Biasanya kalau nak masak nasi dagang ini, memang tak boleh nak buat seorang diri. Kena buat ramai - ramai lagi seronok. Dulu tak macam sekarang dah mudah ada periuk tekanan. Semasa tak ada periuk tekanan, memang bonda sis kukus dah nak buat nasi dagang. Sebab bukan mudah nak buat nasi dagang ni. Orang dulu - dulu, awal pagi, masuk dapur dah sebab nak kukus nasi dagang.

Nasi dagang kat sini, memang dibuat untuk makan sarapan pagi. Orang Kelantan sini sarapan pagi memang makan nasi. Jangan pelik ya.

Resepi nasi dagang Kelantan sedap

Nak masak nasi dagang cara konvensional, kena masak cara kukus. Kalau buat macam tanak nasi memang tak jadi. Nasi jadi pecah dan tak cantik. Tapi sekarang tak jadi masalah sebab ada periuk tekanan. Nak tengok sis buat  nasi dagang periuk noxxa, boleh klik link di bawah.

Baca juga : Cara Masak Nasi Dagang Noxxa 8 Minit

Nak buat nasi dagang ni kena  ada gandingan dengan gulai ikan tongkol. Gulai ikan memang menu wajib. Tak ada gulai ikan memang lain macam. Walaupun sekarang ada menu yang dah ditambah - tambah seperti gulai ayam.

Kalau ditambah lagi dengan bahan sampingan lain iaitu gulai udang, lagi sedap. Yang sis buat ini gulai ikan tongkol saja dan bahan sampingan lain acar mentah dan juga telur.

Walaupun sis ada terjumpa banyak resepi nasi dagang dan gulai ikan tongkol, ada separuh sis ambil, ada separuh lagi sis ambil apa yang bonda bagi tahu. 

Nasi dagang kelantan, apa yang istimewanya, keunikan terdapat pada beras yang digunakan. Beras dagang Kelantan lain sikit sebab eksport dari negara jiran Thailand. Kat sini mudah dapat beras dagang. Itupun sekarang dah naik harga dan tak macam dulu. Dan sis perasan beras dagang sekarang banyak campur dengan beras wangi. 

Perbezaan Beras Dagang Dengan Beras Wangi 

Beras dagang dengan beras wangi ada beza dari segi warna beras tersebut. Beras wangi kalau kat Kelantan dikenali dengan beras lembut. Tapi di Kelantan biasanya ada juga campur beras dagang dengan beras wangi. 

1. Beras Dagang 

  • Berasal berasal dari Thailand
  • Warna beras ada sedikit warna coklat dalam setiap biji beras
  • Biji beras halus sedikit 
  • Sedikit mahal harganya berbanding dengan beras wangi
  • Ada rasa melekit apabila dah masak

2. Beras Wangi 

  • Beras berasal dari Thailand
  • Warna beras adalah putih 
  • Biji beras adalah sedikit besar 
  • Apabila dah masak seakan - akan beras pulut sebab ada rasa melekit
  • Lebih murah harganya berbanding dengan beras dagang Kelantan

Resepi Ikan Tongkol / Ikan Aya Rebus Sedap 

Resepi nasi dagang Kelantan sedap

Bahan - Bahan
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
Garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu pandai ikut saiz ikan tu ya
air
Lengkuas ( dihiris )

Cara - Cara 
1. Rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata.
2. Bila ikan tu disusun dalam periuk dan direbus sampai kering masak dan kering sikit air ikan.

Nota : 
Wani guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya ikan tongkol rebus disimpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan, memang bertambah kemasaman ikan.

Isi ikan pun tak lah hancur, kalau nak simpan lama-lama nak kena panaskan selalu, baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu, sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam, periuk tu boleh tembus. Jadi, tak selamat.

Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang

Resepi nasi dagang Kelantan sedap

Bahan - Bahan
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
Serbuk kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
Gula melaka atau nisan 11/2 keping
Garam ikut cukup rasa
Cili hijau 4 biji
Santan - Ikut letak tak sukat. Agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus.

Cara - Cara 
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan. Kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur.
3. Kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. Apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
4. Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. Jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun. Jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. Biarkan mendidih.
5. Barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit. Air garam dekat ikan tu akan turun lagi.
6. Biarkan mendidih sehingga atas permukaan nampak macam pecah minyak dan pekat sedikit setelah nampak pecah minyak, tutup api . Siap untuk dihidangkan.
7. Gulai ikan tongkol tak boleh nak cair sangat. Sedang-sedang elok pekat sebab nak makan dengan nasi kan.

Nota : 
Gulai ikan tongkol, buat petang untuk esok pagi makan, barulah bertambah kesedapan gulai.


Cara Buat Nasi Dagang Kelantan Langkah Demi Langkah 

Resepi nasi dagang Kelantan sedap

Bahan - Bahan
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
Santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
Santan cair 21/2 cawan

Cara - Cara
1.Beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk.
3. Kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit ).
4. Kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia.
5. Dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit. Gaul sebati dan kukus balik. Kukus dalam 15 minit.
4. Akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.
5. Kukus sekejap je dan balik-balikkan .
6. Bila nampak nasi sudah masak dan warna nasi dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak.

Tips Untuk Masak Nasi Dagang Dengan Betul 
1. Masak nasi dagang, tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. Jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap.
2. ebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama ada petuanya
3. Pastikan beras bila kita picitkan di antara dua jari kita, beras dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya.
4. Dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia dan kukus balik untuk kali kedua. Begitulah seterusnya. Jangan leka sangat.
5. Nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat, sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
6. Nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk.


Resepi Menu Set Lengkap 

Ada 2 menu sampingan yang boleh digandingkan dengan nasi dagang Kelantan. Telur rebus pun kalau ada wajib juga sebab sedap dimakan dengan nasi dagang. Ada yang buat gulai telur untuk digandingkan bersama dengan nasi dagang selain dari gulai udang.

1. Acar timun mentah
2. Telur rebus
3. Sambal ikan nasi dagang

1. Menu Sampingan Acar Timun Mentah 

Resepi nasi dagang Kelantan sedap

Bahan - Bahan 
Timun batang dipotong panjang seperti dalam gambar di atas
Lada Merah besar dihiris
Bawang besar dihiris
Cuka secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara - Cara
1. Gaulkan timun, lada merah dan bawang besar bersama dengan cuka, gula dan garam. Gaul rata.
2. Suai rasa biar ada rasa masam manis masin secukupnya.
3. Siap untuk dihidangkan.
4. Buat awal untuk acar timun lebih sedap dimakan.

2. Sambal Ikan Nasi Dagang ( Akan di update ) 

Apa yang uniknya nasi dagang Kelantan dimakan juga bersama dengan sambal ikan nasi dagang. Macam - macam resepi orang buat untuk sambal ikan nasi dagang ni.







This post have 12 komentar

avatar
Amie delete 21 November 2011 at 18:22

adeeeehhhhh......Waniiiii!
lama tak makan nasi dagang ni...teringinlah pulak nak buat, harap cuti sekolah nanti ada masa nak cuba masakan ni, dulu pernah buat (kawan ajar, memang sangat sedap terutamanya gulai ikan tongkol tu....lain kali kena buat lebih sikit...)

Reply
avatar
Asmaa Qasamah delete 21 November 2011 at 20:05

owh..tak tau plak nasi dagang qlate n nasi dagang ganung berbeza...i like nasi dagang gulai udang :>

Reply
avatar
Perjalanan Tanpa Noktah delete 22 November 2011 at 16:18

sedapnya lama tak makan nasi dagang ni...

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 22 November 2011 at 22:47

kak amie : harap2 ada la curi2 la masa nak buat nasi dagang marvellous ini hihi

asma qushna: ohhh berbeza kedua2 tu nasi dagang ganu dia x guna beras macm ni :))

zures ; sedapkan jom buat hihi

Reply
avatar
Ruff delete 23 November 2011 at 06:46

wani, dlm bahan2 utk gulai tu, wani ada sebut nisan. amende lak 'nisan' tu??????

Reply
avatar
Nuwairani delete 23 November 2011 at 12:19

yakkk boktam! nasik dage la pulok!!!

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 23 November 2011 at 15:27

ruff: ohh nisan tu gula melaka ....ingat dah tahu sebab rata2 orang blogger ni dah istilahkan nisan hihi ..sorry ya .. lupa lak nak tulis kat situ @gula melaka

nani : haha... ho la lamo doh x make .. 5 tahun dah x buat neh XD

Reply
avatar
Mieza delete 23 November 2011 at 15:54

wani..sedapnya nasi dagang..kak mieza ni org kelate sejati..kalau ditayang menu kelate ni mmg akak tergoda jatuh terjelepuk la dik wani oiiiii..ni akak datang bawa pinggan nak makan nasi dagang nani ni..gulai ikan tu nampak sedap sgt! Kalau dok dekat2 Tg Malim akak dah gi serbu dah umah wani ni tau!

Reply
avatar
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot delete 23 November 2011 at 16:43

Salam kenal wani.Sedapnya gulai ikan aye tu...buat kak ros rindu kat mak kat kampung la.....kak Rose join mieza katas tu bawa pinggan jugak...kak Ros dah follow ya.

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 24 November 2011 at 00:26

kak mieza: hihi ..yaa x tau lak kak mieza ni ore kelate jugok la.. ;p....nanti lain kali la blh datang ya kak mieza.. jauhnya dok kat Tg Malim hihi.. kalau dok sebelah rumah dah bagi dah sebekas nasi dagang ni

kak ros : salam kenal juga kak ros .. kak ros ni pun asal kelate jugak la... hihi thanks ya kak ros follow blog wani ni... alahai kalo sebelah rumah ni dah lama dah bagi nasi dagang...

Reply
avatar
miss aini delete 30 August 2012 at 18:07

slm..sy mtk resepi ye, nk cuba buat esok=)

Reply
avatar
norizan delete 12 July 2015 at 12:30

Bagus wani...tak lokek share tips

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang