-->

Thursday, 7 October 2021

author photo
Resepi Nasi Arab Mandy Al Bayt Simple Masak Guna Rice Cooker | Salam semua, sis ingat dulu - dulu kalau sebut nak buat nasi arab macam agak renyah sikit nak buat sebab nak dapatkan rempah nasi arab tu. Masa tu sebelum kenal wujudnya nasi arab yang dah siap dalam kotak. Selalu fikir susah jugak nak buat nasi arab ni nak kena beli rempah.  Ada juga yang buat rempah homemade sendiri. Kalau ada mood rajin boleh lah buat macam tu. 

Resepi nasi arab mandy simple

Sekarang ni, tak terasa susah dah nak buat nasi arab, banyak dah kat pasaran set nasi arab yang jual sekali dengan rempah dan beras terus dalam satu kotak. 

Boleh dah nak bajet sekotak untuk berapa orang makan. Senang sikit tak pening - pening. Kat mana lagi nak beli kalau sis tak belek di Shopee.
 
Pening tengok di Shopee, macam - macam jenama nasi arab. Nak nasi arab mana semua ada. Dalam banyak - banyak tu, sis berkenan nak cuba nasi mandy Al Bayt. 

Sekotak tak mahal sangat.  Tak ingat dah berapa tapi masuk belas - belas la jugak. Untuk 1 kotak anggaran untuk 4 orang makan. 

Apa yang ada dalam satu kotak nasi mandy Al Bayt : 

1. Beras basmathi untuk 3 cawan
2. 1 paket serbuk rempah nasi arab 
3. Rempah tumis dan sebiji limau kering

Resepi nasi arab mandy simple

Tapi sis tambah beras 1 cawan beras biasa sebab rasa macam tak cukup jer untuk 4 orang makan. Nasi jenis macam ni memang kena lebih takut tak cukup. 

Walaupun sis tambah 1 cawan beras biasa. Masih lagi terasa rempahnya dalam nasi. Jadi, jangan bimbang kalau nak tambah 1 cawan lagi ya. 

Oh lagi satu yang sis beli ni nasi arab Al Bayt untuk kambing, tapi sis ganti dengan ayam. Tak apa lah yang mana pun janji ada lauk. Pertama kali buat dah cuba guna kambing. 

Untuk kotak kedua nak cuba guna ayam. 

Kalau ikut arahan di kotak, tak ada pun sup untuk makan dengan nasi, tapi sis buat la jugak takut nak makan nasi kena ada sup. Sis buat lengkap set nasi mandy ada sup, sambal nasi arab ada juga salad. 

Nak buat tak susah mana sebab ikut arahan di kotak untuk langkah demi langkah tu. Cuma kat sini sis nak kongsi resepi untuk sup nasi arab, sambal nasi arab dan salatah nasi arab. 

Resepi Nasi Arab Mandy Al Bayt Simple Masak Guna Rice Cooker 

Resepi nasi arab mandy simple


1. Resepi Sup Nasi Arab

Mula - mula sekali kita buat sup ayam terlebih dahulu. Ada orang ayam dia panggang, tapi sis tak panggang ya, lepas masak sup ayam, ayam tu sis masukkan dalam beras untuk nasi arab. 

Bahan - Bahan 
Ayam 1/2 ekor
1 Kiub pati ayam
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu biji lada hitam
1 biji bawang besar potong 4
1 batang cili hijau/merah potong 2
1 biji tomato potong 4
sesudu garam

Cara - Cara 
1. Rebus ayam selama 30 minit bersama semua bahan di atas.
2. Ketepikan ayam dan letak dalam bekas berasingan.
3. *Simpan air rebusan ayam – sebahagian air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagian lagi untuk sup.

2. Resepi Sambal Nasi Arab 

Rasa macam tak berapa kena kalau tak ada sambal nasi arab atau nama lain kita panggil sos harrah. Bahan - bahan nak buat cukup simple. Sis masak atas dapur sekejap, cara sis buat ni dah macam nak masak sambal untuk nasi ayam. 

Bahan - Bahan 
1 biji bawang besar* 
Lada burung 4 tangkai* 
2 biji tomato* 
Cuka 
Garam 
Gula 
Daun ketumbar* 

Cara - Cara 
1. Bahan bertanda * dikisar halus.
2. Kemudian, masak atas dapur , letak cuka, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan juga sup ayam untuk rasa lebih sedap.

Resepi nasi arab mandy simple


3. Resepi Salatah Nasi Arab 

Salatah ni salad untuk nasi arab. Walaupun macam - macam cara orang buat. Tapi sis buat pun ikut bahan yang ada. Yang penting timun kena ada. 

Bahan - Bahan 
1. 2 biji mentimun @ timun jepun
2. 4 Biji buah tomato
3. Daun salad ( boleh ditambah jika suka)
4. Daun pudina
5. Perahan Lemon (secukup rasa)

Cara - Cara 
1. Dadukan timun dan tomato seperti gambar diatas.
2. Hiris daun pudina.
3. Campur kesemua bahan diatas.
4. Tambah garam secukup rasa.

4. Resepi Nasi Arab Ayam  Mandy ( ikut cara dalam kotak ) 

Resepi nasi arab mandy simple

Bahan - Bahan 
4 cawan beras ( 3 cawan beras basmathi + 1 cawan beras biasa ) 
Rempah serbuk Mandy 
Rempah tumis Mandy 
2 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris 
2 batang cili hijau
Sup ayam secukupnya 
Garam 1 1/2 sudu kecil

Cara - Cara 
1. Pertama sekali, rendam beras terlebih dahulu dalam 30 minit.
2. Kemudian, toskan dan ketepikan sekejap.
3. Tumis, rempah tumis Mandy, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
4. Tumis sekejap dan masukkan rempah serbuk Mandy dan tumis hingga pecah minyak sikit
5. Masukkan beras ke dalam tumisan tadi dan kacau rata. 
6. Pindahkan masuk dalam rice cooker. Letak ketulan ayam yang direbus tadi. 
7. Masukkan sup ayam secukupnya untuk tanak nasi. Kena lebihkan sikit air dari sukatan beras untuk beras masak elok. 
8. Masukkan cili hijau dan juga garam. Kacau rata.
9. On kan rice cooker.
10. Bila dah keep warm, buka tudung dan gaulkan perlahan - lahan untuk gemburkan nasi.
11. Tutup balik nak bagi nasi masak sekata.


Dah siap semua, boleh lah dihidangkan dengan sambal, salatah nasi arab bersama dengan sup. Bertambah makan tapi rasanya macam tak cukup. 

Sis ada panggang kambing untuk tambahan lauk. Nasib baik ada orang nak tolong bakar. 

Resepi nasi arab mandy simple


Kenapa Nasi Mandy Al Bayt Menjadi Pilihan ? 

Bagi sis, bila teringin nak makan nasi arab tapi tak nak pening nak cari kat mana rempah nasi arab kan. Semestinya nasi arab segera Al Bayt jadi pilihan sebab dah cukup lengkap ada rempah tumis dan juga serbuk rempah. 

Lagipun untuk satu kotak tu sedang elok untuk family sis 4 orang cuma sis tambah 1 cawan beras biasa tapi ok jer tak lari rasa pun. 

Harga pun tak mahal sangat. Nanti korang cuba lah ya. Banyak lagi pilihan lain ada kambing ada ayam, Ikut mana yang suka. 

Tapi yang sis guna ni kebetulan tak ada stok kambing, jadi kita guna ayam saja lah. 

Ok nak cuba, korang cubalah nasi arab mandy Al Bayt ni ya. 

Baca Juga : 




















This post have 2 komentar

avatar
babYpose delete 7 October 2021 at 10:35

Tumis dengan sebiji limau kering.. Nampak sedap..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 11 October 2021 at 22:17

Sedapnya
Umi rabia biasa masak nasi arab

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post