-->

Tuesday, 14 March 2017

author photo
Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat | Pelbagai resepi agar -agar yang mudah dan sudah tentu sedap yang boleh dicuba. Dari semudah resepi agar -agar sirap mudah atau pun pelbagai variasi agar - agar yang boleh dibuat dengan mudah. Nak buat agar -agar ada yang lebih suka guna agar -agar tali atau pun nak lagi mudah guna serbuk agar - agar kalau nak cepat larut. 

Ok kali ini sis nak kongsi resepi air cocktail mudah nak buat. Senang saja, sis cuma buat agar -agar kosong sebab nak masak agar - agar guna periuk noxxa. 

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

Cuaca dah mula panas. Kat sini seminggu lebih dah tak hujan. Adeh panas mengeluh,  hujan pun mengeluh. Mudah - mudahan hujan rahmat turun nanti. Bila cuaca panas macam ni, selalu akan fikirlah menu  yang menyejukkan tekak. Salah satunya cokctail. Gambar ni dah lama sikit, baru nak buat entri. Cocktail ni selalu dah wani buat kalau ada majlis - majlis kat rumah. Bukan apa, bahan nak buat simple sangat. Dan menu cepat habis tatkala cuaca panas, asyik nak top up jer kat meja tetamu. Biasalah cuaca panas lawan dia dengan cocktail penyejuk tekak.

Bahan - bahan nak topping pun ikut lah nak masukkan apa, Hari tu wani buat, ada satu tin laici yang tak terusik lagi dalam pantry. Kalau nak letak sumi ke terpulang lah, tapi yang penting kena ada nata de coco dan susu cair. Nata de coco tu kan banyak flavor, pilih yang perisa laici sebab dia color putih  Yang lain tu colorful sangat airnya. 

Kalau nak tambah air, tak tambah dah sebab nata de coco tu dah manis, main tambah susu cair. Kalau nak rasa lemak susu tambah lagi, kalau letak ais lagilahh sejuk cocktail tu. Dah nama pun cocktail kan. Gambar atas tu ada laici, nata de coco, agar-agar yang dah dipotong kiub dan susu cair.

Ok,sekarang nak tunjuk cara nak masak agar - agar dalam noxxa pulak. Sebenarnya dah banyak kali dah buat guna noxxa nak masak agar- agar, tak buat entri kat sini jer lagi. Memang berbaloi lah sebab tak guna secara kaedah lama dah nak rendam bagai macam dulu tak ada dah. Kalau dulu rendam pun berjam-jam kan. Kadang- kadang nak boleh ke rebus pun lamanya nak cair semua agar-agar tali ni kan.

Buat sesiapa yang ada periuk noxxa amway, wani nak tunjuk step by step nak buat plain agar- agar macam ni.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

1. Masukkan agar- agar tali ke dalam periuk noxxa.. agar-agar tali ni berat 20gm.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

2. Masukkan air 1.2 liter dan 1 cawan gula.. wani masukkan 1 cawan gula dulu takut terlebih manis. Lepas siap masak wani tambah dalam 2 sudu besar gula pasir dan kacau sekejap sampai gula tu larut sebab larutan agar -agar tu masih panas, main cuba - cuba lah sedang elok dah manisnya yang penting korang kena letak 1 cawan dulu gula tu ya.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

3. Kemudian, kita tutup tudung periuk dan tekan high pressure sebanyak 4 kali maksudnya 4 minit dan tekan on. Sekejap kan 4 minit jerr dah larut sungguh.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

4. Lepas tu, pastikan tombol tu ke pressure kan tengah high pressure.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

5. Kemudian, eh dah siap tuang dalam bekas dah. Tak ingat nak snap gambar masa dalam periuk. Maaflah dah lepas high pressure, bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam. Lepas habis wap boleh buka tudung sebab kunci dia dah terbuka. Masa tu lah kalau rasa kurang manis lagi, tambah la gula kaca- kacau secukup rasa.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

6. Wani letak pewarna atas darat jerr. Tuang secukup warna nampak macam daun pisang. 

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

7. Ok kacau - kacau jadi lah warna macam ni. Rehatkan sekejap sebelum letak dalam peti sejuk kan tak beku lagi.

Cara Nak Masak Agar - Agar Guna Periuk Noxxa | Mudah Dan Cepat

8. Dah siap. Agar- agar yang dah dipotong kiub. Sedap ni tauu. Buat masa jamuan makan ramai-ramai ke. Nak puasa tak lama lagi ni pun sesuai lah ni penyejuk tekak nak berbuka puasa.Tak lama dah nak puasa ni. Dalam masa 2 bulan lagi kan.

Resepi Koktail Paling Simple Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
Agar - agar tali 20 gm 
1 cawan gula atau secukupnya 
Pewarna hijau 
1 tin laici dalam tin atau buah - buahan dalam tin secukupnya 
Nata de coco secukupnya 
Susu cair secukupnya 

Cara - Cara 
1. Masukkan agar- agar tali ke dalam periuk noxxa.. agar-agar tali ni berat 20gm.
2. Masukkan air 1.2 liter dan 1 cawan gula. Wani masukkan 1 cawan gula dulu takut terlebih manis. Lepas siap masak wani tambah dalam 2 sudu besar gula pasir dan kacau sekejap sampai gula tu larut sebab larutan agar -agar tu masih panas, main cuba - cuba lah sedang elok dah manisnya yang penting korang kena letak 1 cawan dulu gula tu ya.
3. Kemudian, kita tutup tudung periuk dan tekan high pressure sebanyak 4 kali maksudnya 4 minit dan tekan on. Sekejap kan 4 minit jerr dah larut sungguh.
4. Lepas tu, pastikan tombol tu ke pressure kan tengah high pressure.
5. Kemudian, eh dah siap tuang dalam bekas dah. Tak ingat nak snap gambar masa dalam periuk. Maaflah dah lepas high pressure, bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam. Lepas habis wap boleh buka tudung sebab kunci dia dah terbuka. Masa tu lah kalau rasa kurang manis lagi, tambah la gula kaca- kacau secukup rasa.
6. Wani letak pewarna atas darat jerr. Tuang secukup warna nampak macam daun pisang. 
7. Ok kacau - kacau jadi lah warna macam ni. Rehatkan sekejap sebelum letak dalam peti sejuk kan tak beku lagi.
8. Dah siap. Agar- agar yang dah dipotong kiub. Sedap ni tauu. Buat masa jamuan makan ramai-ramai ke. Nak puasa tak lama lagi ni pun sesuai lah ni penyejuk tekak nak berbuka puasa.Tak lama dah nak puasa ni. Dalam masa 2 bulan lagi kan.

Selamat mencuba, Resepi agar - agar mudah guna periuk noxxa. Walaupun hanya agar - agar kosong tapi buat untuk makan dengan koktail. Tambah dengan yang lain tu baru naik seri koktail. 


This post have 7 komentar

avatar
Ana Suhana delete 14 March 2017 at 17:17

Panas2 dpt cocktail tu memang terbaik. Makan tu je pun dah cukup.

Reply
avatar
noor azlan delete 14 March 2017 at 17:33

Wah memang sedap kalau musim panas ni... letak ais kan... aish... meleleh air liur ni...

Reply
avatar
Mellya Musa delete 14 March 2017 at 18:01

wah simple and menarik ! hehe
sis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

Reply
avatar
Seorang Syed delete 15 March 2017 at 10:01

Fav saya ni koktail! hehehe tapi saya tak suka kalau letak agar-agar. cukuplah letak buah-buah yang pelbagai lepastu letak sumi. memang sedap laaa.

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 15 March 2017 at 13:58

sedapnye makan time cuaca panas...

Reply
avatar
Mar Mansor delete 16 March 2017 at 14:07

Simple tapi sedap..msak pula dengan periuk noxxa..alahai bertambah sedap..hih
JanjiKita

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete 18 March 2017 at 00:50

mudahnya nak buat.. sedap sgt tngokk.. betul tu wani. nak nak pulak makan time cuaca panas. hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang