-->

Sunday, 29 January 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM..............


lagi sekali wani masak guna peparu ni tapi yang lain dari yang dulu la ... nampak cam sama je tapi resepi lain ya hihi ... yang dulu paru goreng berlada yang ni pulak sambal kering peparu .... ada lagi lebihan peparu kat freezer , terus guna mr google nak masak apa .. terjumpalah dekat dapur cmg .. lain dari yang lain resepi dia .. sambal dia tu sedap sebab ada bau-bauan rempah.... ibu wani cakap sedap dah ada macam bau sate pulak :P....suka betul dengan cara goreng kering-kering macam ni .. .. makan dengan nasi hangat .... jom ya masuk dapur semak resepi pulak ...terima kasih CMG !!!! :))) senang je tapi hasilnya sedap ..!!


SAMBAL KERING PEPARU
SOURCE: CMG 

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan jus pekat asam jawa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
1.    Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
2.    Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang...Hidangkan segera.. 



This post have 3 komentar

avatar
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot delete 29 January 2012 at 05:48

Salam Wani.Lama kak Ros tak makan Paru goreng.Kalau makan dgn nasi kerabu mesti best ni.

Reply
avatar
nOOrsha delete 29 January 2012 at 14:23

salam..suke sangat ngan paru masak sambal kering camni... best meratah :)

Reply
avatar
Unknown delete 30 January 2012 at 22:34

sukanya dengan paru ni...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang