Salam semua, masalah jerawat adalah masalah kulit yang sering dialami bukan saja pada wanita, malah golongan lelaki pun tidak terkecuali.
Mungkin orang cakap, "ala biasa lah naik jerawat kan." Lebih lagi dekat muka. Memang satu mimpi ngeri la kan.
Tapi, kalau tak dirawat dari awal, jerawat boleh jadi makin teruk dan tinggalkan parut yang susah nak hilang.
Kali ni, sis nak kongsi info pasal jerawat dan rawatan yang boleh bantu kecutkan jerawat termasuk rawatan yang disediakan oleh Klinik Avicenna.
Jerawat: Ganggu Keyakinan, Tapi Masih Boleh Dirawat
Jerawat boleh je berlaku pada sesiapa pun tak kira umur. Ada orang naik masa remaja, ada juga yang dah masuk umur 30-an pun masih ada breakout.
Kebanyakan orang abaikan sebab fikir jerawat tu hal biasa. Tapi sebenarnya, jerawat boleh je rawat asalkan tahu punca sebenar.
Punca Jerawat Yang Sering Diabaikan
- Pemakanan : Makanan bergoreng, manis sangat, coklat dan kekacang boleh jadi pencetus jerawat.
- Stress : Bila tertekan, hormon androgen meningkat, dan tu boleh sebabkan jerawat.
- Tabiat Memicit Jerawat : Lagi ditekan, lagi merebak. Jerawat pun boleh tinggal parut.
- Genetik : Kalau ibu ayah dulu pun ada masalah jerawat, besar kemungkinan kita pun akan alami.
- Hormon Tak Stabil : Terutamanya masa datang haid, mengandung, atau perubahan hormon lain.
- Skincare Tak Sesuai : Guna produk tak sesuai dengan jenis kulit boleh rosakkan skin barrier.
Jenis-Jenis Jerawat Yang Perlu Dikenal Pasti
- Whitehead – Bintik putih sebab pori tersumbat.
- Blackhead – Bintik hitam yang terbuka dan teroksida.
- Papule – Benjolan kecil merah, selalunya sakit bila disentuh
- Pustule – Jerawat matang, ada bintik putih di hujung.
- Nodule – Jerawat besar dan dalam. Sakit dan keras.
- Cyst – Penuh dengan nanah, besar dan lebih lembut daripada nodule.
Rawatan Jerawat di Klinik Avicenna
Kalau rasa dah cuba macam-macam produk tapi jerawat masih tak surut, mungkin dah tiba masa cuba rawatan klinikal.1. Chemical Peel
- Cara Rawatan: Kulit akan disapu bahan kimia khas untuk buang lapisan atas kulit.
- Kesan Sampingan: Kulit mungkin menggelupas beberapa hari.
- Tempoh Pemulihan: Dalam 5-7 hari kulit akan mula pulih.
- Kelebihan: Jerawat kecut, pori mengecil, kulit lebih cerah dan licin.
2. Rawatan Laser
- Cara Rawatan: Laser akan disasarkan pada kawasan jerawat untuk kurangkan radang dan minyak.
- Kesan Sampingan: Kemerahan sementara.
- Tempoh Pemulihan: Biasanya 2-3 hari.
- Kelebihan: Kecutkan jerawat, kurangkan parut.
3. Pemberian Antibiotik
- Cara Rawatan: Antibiotik oral/topikal hanya diberi mengikut tahap jerawat.
- Kesan Sampingan: Perlu ikut dos yang disarankan doktor.
- Tempoh Pemulihan: Bergantung pada konsistensi pengambilan.
4. Skincare Preskripsi
- Cara Rawatan: Skincare yang ada Retinol, Salicylic Acid, Vitamin C dll.
- Kesan Sampingan: Kulit mungkin sensitif pada awal penggunaan.
- Tempoh Pemulihan: Biasanya ambil masa 4-6 minggu untuk nampak perubahan.
Perbandingan Dengan Rawatan DIY di Rumah
Ramai suka cuba rawatan DIY macam letak ais, guna lemon, masker kunyit, dan macam-macam lagi. Tapi, rawatan DIY ni:
- Tak semua selamat contohnya lemon boleh buat kulit makin sensitif.
- Hasil lambat dan tak konsisten.
- Tak sesuai untuk jerawat teruk seperti cystic acne.
Berbeza dengan rawatan klinikal di Klinik Avicenna:
- Selamat dan dikawal oleh doktor.
- Gunakan bahan & teknologi yang lulus KKM & FDA.
- Ada konsultasi peribadi ikut jenis kulit.
Tips Penjagaan Kulit Lepas Rawatan Jerawat
Lepas dapat rawatan, penting untuk jaga kulit supaya hasil rawatan tahan lama:- Guna skincare yang lembut – Elakkan produk yang kasar atau ada alkohol tinggi.
- Jangan skip sunscreen – Sinar UV boleh buat parut makin gelap.
- Elakkan makeup tebal – Bagi kulit "bernafas" lepas rawatan.
- Minum air secukupnya & jaga pemakanan – Dari dalam pun kena jaga.
- Jangan picit jerawat baru – Biar rawatan buat kerja.
Kenapa Klinik Avicenna?
Klinik Avicenna ni memang dikenali sebagai antara klinik rawatan kulit & estetik terbaik. Bermula sejak 2018, kini dah ada beberapa cawangan:- Jitra, Kedah
- Shah Alam, Selangor
- Bangi
Servis Lain Di Klinik Avicenna
Selain rawatan jerawat, Klinik Avicenna juga tawarkan rawatan:
- Parut jerawat
- Jeragat
- Pori besar
- Kulit kusam
- Masalah rambut
- Suntikan slimming
- Laser, Botox, Filler
- Penyakit kulit (eczema, psoriasis dll)
- Pembedahan kecil (cyst, ketuat dll)
Nampak Sendiri Hasilnya Sebelum & Selepas Rawatan Jerawat
Kalau masih ragu-ragu nak cuba rawatan di Klinik Avicenna, mungkin gambar testimoni ni boleh bantu buat keputusan.Setiap gambar adalah real testimoni dari pelanggan klinik yang dah lalui sesi rawatan. Tak ada edit atau filter berlebihan.
Waktu Operasi Klinik Avicenna
Rabu – Ahad : 10 pagi – 6 petangIsnin : 10 pagi – 3 petang
Selasa : Cuti
Untuk pertanyaan dan temujanji di Klinik Avicenna, sila hubungi Klinik Avicenna :
Website: klinikavicenna.com.my
Facebook: Klinik Avicenna Jitra
Instagram: @klinikavicenna
Youtube : Klinik Avicenna
WhatsApp Direct :
1. Jitra, Kedah : Klik untuk WhatsApp
2. Shah Alam, Selangot : Klik untuk WhatsApp
Lokasi Klinik Avicenna
1. Cawangan Jitra, Kedah
No. 4A, Bandar Darulaman Jaya,06000 Jitra, Kedah.
Contact No: 04 – 917 6003 / 010 – 216 6003
2. Cawangan Shah Alam, Selangor
R-02-05, Emira Residences,Jalan Akuatik A13/64A,
40100 Shah Alam, Selangor
Contact No: 03 – 5038 4478 / 010 205 4003
3. Cawangan Bangi, Selangor
3-39-02, Jln Medan Pusat Bandar 8,Kalau masih ada masalah jerawat atau kulit sensitif, jangan tunggu lagi. Cuba rawatan di Klinik Avicenna, dan rasai sendiri perubahan kulit korang.
Post a Comment