-->

Monday, 19 March 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM......


mudah, ringkas ,,, tapi puas hati bila makan ... beli pastry puff yang ready made ...cuma kena ada rajin sikit nak buatnya ya. ...ambil dari dapur CMG... wani buat 6 keping je...suka letak serbuk aji-shio tu banyak-banyak ....sedap dimakan masa suam-suam kuku

CRAB STICK IN PASTRY PUFF
SOURCE : CMG@DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi.
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..



This post have 5 komentar

avatar
Liza delete 19 March 2012 at 14:39

salam wani...menarik idea ni, selalu letak sosej jer...yg ni pun anak2 ngn mak dia kompem suka....hiihihhi

Reply
avatar
quinnie delete 19 March 2012 at 20:49

sedapnya....lain kali nak beli pa pastry ni...

daging masak merah kat bawah tu bestnya tengok..sebijik cam kat kedai la wani...

dah dpt tangkap ke pencuri kabel tu wani? hhehhe

Reply
avatar
Unknown delete 19 March 2012 at 21:11

salam wanie..

wahhh sedap nie!!!x pernah ber pastry lg nie...kn cube..:))

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 20 March 2012 at 17:14

beli lah puff pastry tu jenama kawan .. gerenti cepat buat cepat makan la jawabnya heheh... pencuri kabel tu nanti la tak kena tangkap kat atas dunia ni .. kena tangkap kat akhirat nanti hihi..dia ingat x de orang perhati dia buat kerja terkutuk tu..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 20 March 2012 at 17:18

kak liza : memang konpem mak suka , anak2 suka .. ayah pon suka juga hihi ...

asmah: mesti kena cuba ,,, barulah terasa kesedapan puff ini hihi :))

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang