CHOC CHIP UPSIDE-DOWN CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM......



dah 2 kali dah wani postkan pasal resepi slice cheese cake kat sini dan memang tak jemu-jemu makannya walau hanya guna slice cheese.. kali ini pun guna slice cheese jugak tapi dah jadi inovasi upside-downkan kek tu hihi.. sebenarnya plan tak menjadi ingatkan wani nak tabur choc chip kat permukaan atas tu biar nampak ada bintik-bintik choc chip kat atas tu bila masak nanti .. tapi tak menjadi.... semuanya turun bawah..aiyooo.. masa wani terbalikkan kek tu atas pinggan.. eh dah jadi macam upside down kek pulak hihi.... tak apalah kelainan sikit... memang tak jemu buat cheese kek  ni ... makan masa sejuk lagi sedap... tapi kek ni kan wani guna tepung serbuk penaik .. itu wani cam pelik sikit nape macam jadi makin kecik kek ku...tak seperti sebelum ini  tapi bukan bantat ya.. tak bantat pun  ... gebu je ...ke penggunaan telur yang dah tak fresh... sebab telur tu dah lama sangat simpan dalam peti hihiii saja wani nak menery guna self-raising flour.. macam mana... resepinya wani tempekkan lagi kat sini ...



SLICE CHEESE CAKE
Sumber: KAK NOR @ SECUBIT GARAM


4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M ( wani guna telur gred A)
beberapa titik esen vanilla


- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, - masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

NOTE:
  -wani cairkan slice cheese dan susu  dengan guna  kaedah double boiling .. tak nak bagi dia hangit kat     bawah .. 
- suhu oven wani , wani bakar dalam suhu 150 C api bawah sahaja dalam 1 jam dan tambah 10 minit turunkan suhu 140 C..
- wani guna loyang bulat 8"




8 Comments

  1. wah...ada kek pulak kat sini..nampak sangat sedap la..

    ReplyDelete
  2. sedapnya wani..jadik cantik keknya bila letak choc chip ni...kita pernah buat kek ni tapi jadik bingka..hahahhaa...tapi rasa tetap sedap...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kejadian kek tu Wani... nampak gebussss!

    ReplyDelete
  4. memang tak jemu makan kek ni. nani pun dah lama tak buat ni. bile tengok kak wani buat, teringin pulak

    ReplyDelete
  5. As'kum wahh keles jugak ni.. choc chips up-side down cake ehehee..apa pun nampak sedap dan gebuss..:)

    ReplyDelete
  6. sedapnya Wani klau yg bercheese macam ni mmg fav anak2 jugak mama nya jugak ni,teringin nak makan tapi nak buat malas heee

    ReplyDelete
  7. wahhh nampak menarik la kek nie..bila la nk buat jgk nie..nampak sedappp sgt..kecurr nie:)

    ReplyDelete
  8. harus cube ni..bahan2 pun simple2 je..bestla kak ni.. menarik msakan dia..anyway singgahla blog sy.. sy sdg cr kawan2 yg sudi follow my blog..http://guavasue86.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post