Saturday, 25 April 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM....


salam semua

macam tak percaya dah nak penghujung bulan 4  huuu.. sibuk sikit semalam ..ada tetamu datang sempat la buat magic cake dan jugak puding sago cocktail.yang lain tu simple untuk lunch menu orang kampung ..

bercakap pasal entry hari ini , kali kedua dah wani buat coklat gummies ni.. sebab tengok gelatin dalam pantry lama sangat beli tak guna2.takut terexpired nanti ..  jadi nak buat benda yang simple dulu, lagipun baru nak try belajar guna gelatin huuu.. susah gak orang baru nak belajar ni.. kali pertama wani guna gelatin ,,ia  jadi macam gumpalan macam tu melekat-lekat..  dan gelatin ni sekali  tengok nak ganti dengan agar-agar pun boleh ..  ya ke..

bila dah baca tip untuk cairkan gelatin ni baru wani tahu, first wani buat coklat gummies ni, guna periuk letak atas dapur sebab ikut resepi .. terhangit sikit kat periuk.. so kali kedua nak selamat wani buat double boiler dah baru tak payah susah nak basuh periuk.. jadi boleh tengok resepi kat bawah.. maka hasilnya macam dalam gambar ,, banyak olah dah resepi ni ..asal guna santan.. resepi2 orang putih suka sangat  guna santan kan.. teruja sangat kot ..sebab kelapa tak ada kat sana hiiii.nasib baik ada mould comel macam ni .. resepi pun senang dan mudah ...




CHOCOLATE  GUMMIES 

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu cair =  (250ml)
2 sudu besar coco powder 
1 1/2  - 2 sudu besar  gula pasir 
1 sudu besar gelatin 
1 sudu besar air sejuk ( wani guna air paip tu jer )

CARA-CARA 
1. dalam satu mangkuk tahan haba, masukkan susu cair, serbuk koko dan gula pasir
2. kacau sehingga kesemua bahan sebati sikit
3. dengan kaedah double boiling, letak mangkuk tadi atas periuk yang airnya mendidih. kacau sehingga tiada ketulan sikit
4. sementara itu, untuk melarutkan gelatin, wani ikut tip kat SINI .. tapi sebelum tu, letak air sejuk dalam satu mangkuk dan taburkan gelatin jangan curah terus tabur je, tunggu sehingga 3 - 5 minit dan  boleh ikut tip yang diberi.
5. satukan gelatin ke dalam adunan coklat dan terus kacau sehingga adunan nampak pekat dan sebati 
6. basahkan acuan supaya senang untuk keluarkan nanti dan tuangkan ke dalam acuan
7.sejukkan semalaman baru boleh dikeluarkan dari acuan

NOTA: gula bergantung kepada tahap kemanisan yang anda nak

This post have 4 komentar

avatar
Nikee Me delete 28 April 2015 at 17:17

wani....gelatin hanya akan mengeras di dlm suhu sejuk peti ais manakla agar-agar tidak perlu...tapi sekarang ramai yg sukan agar2 better...

Reply
avatar
Wani delete 28 April 2015 at 17:52

aah memang pun tekstur yang ada gelatin ni macam kenyal2..gtu.. agar2 lagi bagus ..saja ni nak test guna gelatin :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang