BUBUR JAGUNG DAN SAGU

ASSALAMUALAIKUM..




Salam semua.... 

Perkongsian dessert mudah tapi sedap untuk hari ni. malam baru update.. lagipun beberapa dah blog ni menyepi... 

Kali pertama buat bubur jagung ni kan pergi letak sagu terus dalam ni ..kalau nak makan terus tak apa.. Nampak lagi bentuk sagu tu.. Tapi kalau lama nak simpan makan petang ke..memang sagu tu bengkak la tak sesuai.. So nak selamat kali ni wani tak letak dah ..masak sagu siap2 then letak dalam bekas letak dalam peti. Time nak makan boleh makan sejuk2 sagu tu bersama bubur jagung. Nyaman tekak. Buat la cara macam ni lagi selamat.. Jagung frozen ni pun dah lama bertapa dalam peti ..sebelum puasa lagi beli ni.. Hiii.. Baru ada kesempatan nak buat kali kedua 

Resepi ni tertengok dekat fb.. Tak tahulah siapa tuan empunya..tapi apapun terima kasih diatas perkongsian..ya la kan banyak sungguh orang dok post pasal resepi... kat fb  Jom tengok dessert yang mudah.. Resepi ikut asal.. Yang asal guna jagung batang tu.tapi yang wani  guna yang frozen jer. 


BUBUR JAGUNG DAN SAGU
SUMBER: FACEBOOK

BAHAN-BAHAN

2 batang jagung manis 
1/2 cawan sagu
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya 
Santan kelapa secukupnya
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

CARA- CARA 
1. Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak dan masukkan sagu.kacau sampai sagu jadi kembang dan boleh masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. 
2.bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung.
3.dalam satu periuk masukkan santan secukupnya, biji jagung dan gula melaka, gula pasir dan daun pandan
4.masak sampai jagung empuk dan kuah mendidih. Kacau sekali sekala dan boleh masukkan garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah.tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat
5.potong sagu tadi berbentuk empat segi dan masukkan dalam kuah bubur 
6. Kacau sehingga semua bahan mesra bersama ketulan sagu. 

NOTA
wani buat 1 cawan sagu sebab 1/2 cawan ni sikit sangat
tak ada sukatan tepat untuk santan boleh tambah sekiranya nak kuah banyak.. pandai la agak2









1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post