Monday, 28 September 2015

author photo
Resepi Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan | Hari ini dah masuk 14 hari di tahun baru sekejap kan oklah ceritera hari ini. Kali pertama menchurros terpaksa dimelayukan pulak churros ni hiii atau isitilah melayunya kuih belimbing sebab orang cakap alur dia tu macam buah belimbing. Macam macam orang letak nama, Wani terbaca dalam web jugak ni Emm kesimpulannya, entah jadi ke tak. Biasanya tengok dalam tv dan juga dari rakan blogger. Tak pernah nak beli atau nak buat sendiri. Sekali tengok cara macam nak buat cekodok jer. 

Resepi Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Gaul- gaul tapi yg ini kena gaul dalam periuk dan kena masak. Walaupun resepi nampak mudah tapi macam agak leceh masa nak goreng, kena guna piping bag. Itu pada pandangan wani la ya, pandangan orang lain tak tahu.

Terbaca jugak dari web, kalau tak pandai control api tu masa nak goreng alamatnya boleh jugak churros ni undercooked. Itu yg wani cakap tak tahu jadi ke tak sebab kat dalam tu nak kata tak masak macam masak,  masuk jer dalam periuk panas, ehh sekejap jer dah nak perang. Rasa api tu dah kecik dah

Lebih kurang dengan cream puff tapi yang ini digoreng. Saja ni orang putih nak buat versi goreng, adunan masih sama. Wani buat sekali je cream puff. Kali pertama buat menjadi. Bila tengok resepi churros ni terasa membuak buak nak mencuba. So, tahan dulu nak buat cream puff kali kedua. Oklah dah cuba buat churros. Jadi, post lah jugak kat sini, menandakan ku dah buat churros yang famous ni.

Baca sini : Resepi Cup Cake Yang Mudah, Sedap Dan Moist Sangat
Baca sini : Resepi Cekodok, Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap

Resepi pun banyak, pening mana satu nak ambil. Last last try resepi ni dulu. Ada yang tak letak telur pun ada, ada letak telur dalam 4 biji pun ada. Untuk 1 cawan tepung gandum. Resepi ini hanya guna 1 biji telur jer. Sebab itulah wani cuba yg ini dulu. Churros ini wani tak salut apa apa pun. Kira makan macam tu sedap jugak. Terima kasih penyumbang resepi. Selamat mencuba ya.

Resepi Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan 
Sumber: AZHAFIZAH


Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum ( wani guna 1 1/4 cawan ) 
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam 
adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah  sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi 
melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak 
    hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
7.  Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!

Baca sini : Resepi Pencuci Mulut Yang Mudah Oat Rangup Dengan Epal


This post have 3 komentar

avatar
Nooriah Abdullah delete 14 January 2015 at 20:18

salam wani, kaknoor pun lama gak tan menchurrus ni macma sedappp je kan

Reply
avatar
Bbwana adienia delete 14 January 2015 at 22:35

rajinnya wani menchurros..wana belum try lagi buat..tapi nampak menarik pula bila dah dimelayukan.. :)

Reply
avatar
Azwar Syuhada delete 16 January 2015 at 07:50

Thank for resepi, bolehlah cuba buat lepas ni :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang