Friday, 6 September 2019

author photo
5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat | Salam semua, blog ini sedang dikemaskini, yang mana nak edit tu memang kena edit, kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu, tu tandanya entri dikemaskini balik. Kali ini, nak kumpulkan balik entri resepi cup cake, rupanya tak banyak mana buat. Buat penggemar cup cake, jom lah cuba resepi yang mudah dan sedap ada kebanyakannya resepi semua sukatan cawan. Resepi cup cake yang moist terutamanya yang coklat cup cake.

5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

1. Resepi Oat Coklat Cup Cake

Bahan - Bahan
1 cawan oat
1 1/4 cawan air panas atau boleh digantikan dengan susu segar lagi sedap
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus ( nak kurang manis boleh kurangkan )
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 biji telur dipukul ringan
1/2 cawan minyak
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat chip ( yang semi- sweet lagi sedap optional )

* Tepung gandum diayak bersama dengan baking powder dan baking soda.

Cara - Cara
1. Dalam mangkuk besar, masukkan oat, serbuk koko, susu segar dan kacau sehingga sebati sehingga ke semuanya menyerap.
2. Kemudian, masukkan minyak, gula halus, telur , garam dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi adunan.
4. Sediakan kertas cawan secukupnya dan masukkan  separuh adunan bagi setiap kertas cawan.
5. Nak tabur dengan coklat chip pun boleh optional ya.
6. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 20 - 30 minit.
7. Keluarkan dan alihkan atas rak dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Baca sini >>> Resepi Kek Marble Susu Yang Lembut, Moist Dan Gebu Sukatan Cawan


5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

2. Resepi Coklat Cup Cake Yang Paling Mudah Dan Moist Tanpa Telur

Bahan - Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus ( nak kurangkan manis, boleh kurangkan gula )
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kopi suam ( larutkan 1 1/2 sudu teh nescafe ke dalam 1 cawan air suam )
1 sudu teh cuka makan
2 sudu teh esen vanilla
6 sudu besar atau 1/4 cawan + 2 sudu besar minyak ( optional guna minyak zaitun pun boleh )

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas yang besar, satukan tepung gandum, serbuk koko, gula halus, baking soda dan juga garam.
2. Dalam bekas lain, satukan 1 cawan kopi suam, cuka, vanilla dan juga minyak. Kacau sebati.
3. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau sehingga menjadi adunan yang pekat.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup, 2/3 separuh daripada paper cup dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 18 ke 20 minit.
5. Nak tahu masak, cuba cucuk dengan lidi, kalau keluar licin tanda dah masak.


5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

3. Resepi Kek Carrot Cup Cake Yang Moist Dan Sedap

Bahan - Bahan 
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang atau soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Topping 
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara - Cara 
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas
dasar tin dengan kertas minyak.
2. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat danketepikan.
3. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
4. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata,
sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan - bahan  diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
5. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan
spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
6. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan
kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.

5. Untuk Cream Cheese :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana. Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Baca sini >>> Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender


5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

4. Resepi Oren Cup Cake Yang Mudah

Bahan - Bahan 
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1  sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
70 gm mentega dilembutkan suhu bilik
1/2 cawan jus mandarin oren
Parutan kulit limau untuk sebiji oren
2 biji telur gred A

Cara - Cara 
1. mentega dan gula  diputar sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu, putar lagi sehingga betul betul kembang
2. masukkan tepung secara perlahan - lahan, kaup balik dan diselang selikan dengan jus oren dan juga parutan kulit limau.
3. tuangkan sama banyak ke dalam paper cup  dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam masa 20 - 25 minit bergantung kepada suhu oven masing masing.

NOTA :  Dapat dalam 12 biji cupcake

5 Resepi Cup Cake Yang  Pasti Sedap, Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5. Resepi Coklat Mayonis Cup Cake

Bahan - Bahan 
1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan mayonis
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Panaskan oven pada suhu 175C
2. Sediakan cawan kertas secukupnya.Letakkan cawan kertas dalam muffin trayKetepikan
3. Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder dan gula.
4. Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
5. Tuangkan dalam adunan tepung tadiPukul adunan hingga bergaul sempurna.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.Bakar dalam oven pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing  selama 25 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.

* Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.

Untuk toping atasnya ita gunakan ganache chocolate cream. Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2adunan pun ok.

Ganache Chocolate Cream 

Bahan - Bahan 
250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Cara - Cara  
1. Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja.
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
2. Tambahkan butter dan gaul rata. Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
3. Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.Kemudian putar adunan hingga adunan kental.
5. Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Tengok ke semua resepi cup cake ni, macam sedap pulak. Tapi tak berapa rajin nak buat dah sekarang ni. :D. Resepi cup cake memang menjadi pilihan ramai, sebab ianya mudah dan cantik bila letak dalam paper cup.  Kira ok dah kongsi dengan korang semua ni ya. Selamat mencuba.

Baca sini >>> Resepi Kek Lemon Yang Mudah dan Gebu Untuk Sukatan Cawan

This post have 6 komentar

avatar
Ain Athirah delete 6 September 2019 at 11:02

paling nk try cupcake orange tuuuu

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 6 September 2019 at 12:57

sedapnyaaa kak! kita jarang buat cupcake ni..

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 6 September 2019 at 21:19

wahhh dapppnyaaa. bila nak belanja ni kak wani? hihi

Reply
avatar
AZ .Com delete 7 September 2019 at 05:49

nice kak wani.. sedap tu tengok pon terliur... nak mintak sikit boleh huhuuhuu. (p)

Reply
avatar
Aini delete 7 September 2019 at 07:14

wah best nya....selalu buat yang coklat je..boeh cuba yang lain ni..

https://yamanaimy.blogspot.com/

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 8 September 2019 at 23:17

sedapppnya lama dah tak baking cake

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang