6 Resepi Kek Minyak Gebu Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan

6 Resepi Kek Minyak Gebu Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan | Salam semua, kek minyak adalah antara resepi kek yang agak mudah untuk dicuba. 

Ada yang versi kek minyak kukus atau pun versi bakar. 

Nama kek minyak kerana bahan utama untuk kek ini semestinya menggunakan minyak bagi menggantikan mentega. 

Teringin nak makan kek tapi tak ada stok mentega, jangan risau sebab ada resepi kek yang menggunakan minyak. 

Penggunaan minyak tidak terhad untuk minyak jagung saja. 

Nak guna minyak masak pun boleh. 

kek minyak

Tapi kalau sis, apa - apa resepi kek yang menggunakan minyak, sis lebih suka guna minyak jagung.

Biasa yang ramai kongsi resepi kek minyak mesti kek minyak ada corak marble, dan ada juga corak macam kuda belang. 

Ada juga kek minyak yang kosong tanpa corak apa pun.

Sebenarnya cara buat corak kek minyak, ia terpulang di atas kreativiti masing - masing. 

Penggunaan ovalette di dalam kek minyak adalah untuk lagi kek gebu dan lembut. 

Ada juga resepi kek minyak yang tidak menggunakan ovalette. Orang yang baru berjinak - jinak nak belajar baking, sesuai lah buat kek minyak. 

Tips penting nak buat kek minyak, kena putar gula, telur dan ovalette hingga kembang dan bertukar warna putih. Kena lama sikit putar. 


6 Resepi Kek Minyak Gebu Dan Senang Versi Kukus Dan Bakar Sukatan Cawan 

Kali ini sis nak kongsi 5 resepi kek minyak sukatan cawan yang senang untuk dicuba. Sama ada versi kukus dan bakar, tekstur kek minyak tetap gebu dan lembut.  

kek minyak

1. Resepi Kek Minyak Bakar Simple Gebu Ikut Sukatan Cawan 

Bahan-bahan 
5 biji telur 
1/2 cawan gula halus 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
3/4 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovalette
1 cawan minyak masak 
Perasa nenas atau pisang 
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna yg disukai


Cara - Cara 
1. Tepung gandum dan baking powder diayak. Ketepikan.
2. Putar gula halus, telur dan ovalette hingga kembang dan gebu. 
3. Adunan bertukar hingga ke warna putih.
4. Kemudian, masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Putar lagi hingga sebati. 
5. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati. 
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga rata. 
7. Buat sampai habis. Bahagikan kepada 2 bahagian. 
8. Untuk 1 bahagian letak pewarna dan perasa yang disukai. 
9. Sediakan loyang 9" dan alas dengan baking paper. 
10. Letak adunan secara berselang seli.
11. Akhir sekali lorekkan dengan lidi. 
12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 45 minit atau sehingga masak. 
13. Keluarkan loyang biarkan sekejap sebelum keluarkan kek dari loyang.
14. Siap untuk dihidangkan. 

Nak lagi jelas, kalian boleh tonton video di atas ya.

kek minyak

2. Resepi Kek Minyak Susu Gebu Ikut Sukatan Cawan

Bahan - Bahan 
3 biji telur 
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu besar ovalette 
1/2 cawan gula halus 
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
1/2 cawan susu pekat manis 
1/4 cawan butter cair 
1/4 cawan minyak masak atau jagung 
Pewarna pilihan 

Video untuk kek minyak susu. Jemput tonton video di bawah. 


Cara - Cara 
1. Tepung gandum dan baking powder diayak. Ketepikan. 
2. 1/4 cawan butter dicairkan dan ketepikan sekejap.
3. Pukul gula halus, telur, esen vanilla dan ovalette hingga kembang dan gebu.
4. Adunan bertukar ke warna putih. 
5. Kemudian, masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati. 
6. Sambil putar, masukkan butter cair dan juga minyak jagung.
7. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua adunan sebati.
8. Bahagikan kepada 2 adunan. 
9. 1 adunan letak pewarna pilihan. Kacau hingga rata. 
10. Sediakan loyang bulat 8" dan alas dengan baking paper.
11. Letak secara berselang seli atau ikut citarasa nak jadikan macam mana. 
12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C masa 45 atau sehingga masak.
13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan dari loyang kek. 

3. Resepi Kek Minyak Kukus Sunquick Mudah Sukatan Cawan Tanpa Ovalette

Resepi perkongsian Puan Irma Sheky di group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ). Ini adalah resepi kek minyak tanpa ovalette. 

kek minyak

Bahan - Bahan 
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A atau 5 biji telur gred B
2 sudu besar parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick perisa oren
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur atau minyak masak
1 cawan air panas
Sedikit pewarna kuning telur

Cara - Cara 
1. Tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat diayak. Ketepikan.
2. Dalam satu mangkuk besar, pecahkan telur dan buang tali pusat telur. Untuk elak hanyir.
3. Pukul telur dan gula hingga hancur.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. 
5. Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh diselangselikan dengan minyak. 
6. Tambahkan susu, pukul sekejap kemudian tambah air panas. 
7. Pukul lagi hingga adunan licin dan tidak berketul. 
8. Masukkan sunquick, dan pukul lagi hingga sebati. 
9. Akhir sekali, letakkan parutan kulit limau dan juga pewarna. 
10. Pukul sekejap hingga warna sekata. 
11. Sediakan loyang 9" dan alaskan dengan baking paper. 
12. Masukkan loyang ke dalam pengukus bila air sudah mendidih.
13. Kukus dalam 45 minit ke 1 jam atau hingga masak. 
14. Cucuk dengan lidi di tengah kek sebelum diangkat keluar dari pengukus.


Nota : Pastikan penutup kukusan di tutup dengan kain tak nak bagi air menitik. 

4. Resepi Kek Minyak Paddle Pop Versi Bakar Sukatan Cawan 

Perkongsian resepi dari Puan Wannie Iris dari group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ). 

kek minyak

Bahan - Bahan
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum +1 sudu teh baking powder - diayak bersama
1 sudu besar ovallete
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Perasa - pandan/pisang/nenas ikut citarasa masing - masing
Pewarna yang digemari biru dan merah

Cara - Cara
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan ovalette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan minyak masak dan perasa yang digemari dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
4. Seterusnya, masukkan pula tepung gandum serta baking powder yang telah diayak bersama tadi dan gaul sebati.
5.Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai pada setiap bahagian. 
6.Sapukan loyang 9" bersama sedikit mentega atau nak alas dengan kertas baking pun boleh. 
7. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang.
8. Kemudian mulakan melapis adunan (seperti marble) berselang seli dengan warna yang ada. Ulang langkah ini sehingga habis.
9 .Akhir sekali, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.

5. Resepi Kek Minyak Coklat Versi Bakar Sukatan Cawan 

Perkongsian dari Puan Zuera Abd Razak di group Masak Apa Hari Ni ( MAHN ).  Resepi kek minyak coklat. Bahan masih menggunakan minyak. Penggemar coklat mesti suka. 

kek minyak

Bahan - Bahan 
4 biji telur*
1 sudu teh  esen vanila *
1/2 cawan gula halus *
1 sudu besar Ovalette*
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat 
2  cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 

Cara - Cara 
1. Putar bahan yang bertanda * sehingga putih dan kembang.
2. Masukkan minyak masak dan susu pekat. Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Gaul dengan sudip saja.
4. Asingkan kepada beberapa bahagian untuk letakkan pewarna atau serbuk koko.
5. Loyang 8" alas dengan baking paper. 
6. Bakar pada suhu 150’c selama 45 minit bergantung pada oven masing - masing. 

Nota : Penggunaan serbuk koko dan emulco coco untuk rasa coklat yang sedap. 

6. Resepi Kek Marble Minyak 

kek minyak

Bahan - Bahan
5 biji telur gred A@ 6 biji telur gred B
1/2 cawan gula castor (guna 1/4 cup)
1 sudu makan (membukit) ovallette
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan minyak jagung @ minyak masak
Esen warna chocolate, hijau, pink & kuning @ mengikut kegemaran.

Cara - Cara 
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. 
2. Kalau nak senang guna aje tepung naik sendiri.
3. Putar telur hingga berbuih dan kembang baru masukkan gula castor dan putar lagi. 
4. Kemudian masukkan ovallette dan putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis dan putar sebentar kemudian masukkan minyak dan putar lagi sebentar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder @ tepung naik sendiri.
7. Gaulkan secara kaup balik dengan spatula hingga sebati.
8. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan gaulkan dengan esen warna chocolate, hijau, pink dan kuning @ mengikut warna kegemaran.
9. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 degree dan panaskan dua (2) biji loyang ukuran 7" x 7” selama 5 minit. Boleh juga nak buat sebiji dengan menggunakan loyang besar ukuran 9” x 9”
10. Keluarkan loyang dan sapukan dengan butter dan alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
11. Tuangkan adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli sehingga habis. 
12. Setiap warna tuangkan sebanyak dua (2) sudu makan.
13. Bakar di dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 160 degree selama 35-40 minit / hingga masak. 
14. Kepanasan oven bergantung kepada oven masing - masing.

Kredit : Puan Fauziah Ali 

Terima kasih kepada yang berkongsi resepi kek minyak yang mudah ini. Resepi kek minyak sukatan cawan ini ada yang sis ambil di group Masak Apa Hari Ni. 

Baca Juga : 

1 Comments

  1. Cantik kejadian keknya kak. Tiap kali nak buat kek, saya dok fikir siapa yang nak tolong habiskan sebab kat rumah ni tak ramai peminat

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post