JAKEL TEXTILES

ASSALAMUALAIKUM....


Last jejak di Jakel textile 2 tahun lepas,, lepas tu tak jejak langsung dah. Jarang nak beli jenis macam kain pasang meter ni dekat sini melainkan kalau nak beli borong banyak boleh la kalau disebabkan event yang tertentu..lagipun sekarang dah kurang berminat masuk kedai jenis jual kain pasang banyak macam ni hiii...walaupun harga sekarang pun macam dah beli siap jahit... Macam tak berbaloi sikit... Murah yang dah siap jahit terus,,,, kadang - kadang kalau nak upah jahit pun dah mahal dah..

Trendy sekarang ramai orang dah beli siap jahit kan,macam wani memang dah beli siap jahit. Nasib badan masih slim haaa.. Jadi senang nak ambil saiz.. 

Berbalik pada kisah tadi sebenarnya nak cari lace yang boleh letak kat tangan dan bahagian bawah baju.kita pun bukannya jenis orang berfesyen tapi kalau tak tahu langsung pasal fashion tu taklah nanti orang akan anggap kita ' backwards ' pulak.. Nak buat baju sedondon untuk sepupu wani kahwin nanti bulan 10.ni dah masuk bulan 9 tak pergi jahit.. Duh susah kalau wani bab nak cari tukang jahit. Memang susah...kalau dulu pergi jahit ada kakak sorang ni berdekatan rumah atok wani.. Sekarang mak saudara cakap dia dah pindah.. Tak tahu la tu nak jahit kat mana huuu.sebab itu wani cakap tak suka jenis beli kain pasang.. Hiii.. Tapi kain pasang ni mak saudara bagi sebab nak pakai sedondon ramai - ramai kan.

Kedai jakel ni pun satu memang servis pun tip top nak semua customer dilayan puas hati kan. Masa pergi ni orang tak ada sangat.Sekali jejak kaki atas lantai kat pintu masuk, terus ada orang datang ikut belakang, kalau ikut hati wani nak ruang untuk diri sendiri dulu lepas siap tengok sana sini baru boleh panggil orang,,, ni selagi kita tak habis belek kain memang dok berkepit dengan kita la.. Bagus tu bagus tapi customer pun perlukan ruang jugak ya.. Dulu - dulu pun memang macam ni kan tapi memang bagus lah servis dia macam tu mungkin nak latih pekerja lebih berdisiplin, kalau tak customer pulak dok kutuk macam tak buat kerja ,, aku panggil ni pun tak dilayan,, hii ini sebagai contoh la ya.. 

Lepas tanya segala jenis lace kat mana sebab tak nampak tingkat bawah, pekerja tu cakap lace kat tingkat satu.. Naik atas tengok bahagian kain macam nak beli kain buat kahwin, padahal nak beli kain lace jer.. lepas tu pekerja yang lain terus follow wani,, tanya nak cari apa kan, wani bagi tahu nak cari lace hanya untuk bahagian baju, terus dia tunjuk ruang untuk lace tu.. Ooo rupanya dah ada lace khusus haa..

 Adoi ni la kalau tak tahu menahu bab - bab kain ni.. Semuanya cantik .. Harga pun ada naik turun.. Beli lah ikut budget yang nak.. Mula - mula, ada tunjuk Rm 38 semeter. Wani tanya ada murah lagi tak, dia bagi tahu dalam Rm 18 lebih semeter ada.. Jadi dah beli lace tu,, tak nak lah dalam pandangan mata yang berat.. Nak simple.. Lagipun bersederhana sudah lahhh.. Malas dah wani nak berlebih - lebih bab kain ni.. Cuma nak bagi baju tu ada seri sikit. Nak cari tukang jahit pulak kat mana duhh.. Oklah sekian salam berhujung minggu


3 Comments

  1. cantik lace tu,mcm sy suka baju jahit..heheh
    sebab kdg2 kalu beli bj readymade ade je yg tak kenan, bab lengan,labuh baju..
    tp ikut selesa msing2 mana yg mudah kan

    ReplyDelete
  2. Sila hantar kat rack zone bangi. Boleh whatsapp diorang dulu nombor hp tengoklah IG. Kita baru ambil baju dengan diorang jahitan cantik. Affiliate dia the qhain diorang boleh jahit baju seminggu siap dan boleh pos kalau duduk jauhlah.

    ReplyDelete
  3. klo sy rimas klo asyik ikut je..nk pilih kain pun x tenang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post