-->

Tuesday, 6 September 2016

author photo
ASSALAMUALAIKUM...


Pada hari sabtu lepas ada jemputan majlis kahwin,anak perempuan kepada sepupu bonda wani kahwin. bulan 9 ni banyak jemputan kahwin .. tambah lagi raya haji pun dah nak dekat ,,semua pakat ambil peluang. hari Sabtu lepas cuaca panas sangat, bertolak lepas Zuhur, lagipun nasib baik daerah yang sama jugak, hii.. tengok awan tu pun dah tahu kan .. ting ting nya panas...sebelum ni dah banyak hari dah tak hujan ,, semalam baru hujan lebat semasa maghrib syukur alhamdulillah ,walaupun dah 3 hari nampak macam nak hujan tapi tak hujan.patut lah rasa pengap semacam 2- 3 hari nak hujan rupanya

nasib lah pilih hari yang trafik tak sibuk orang tak balik lagi nak raya ..jadi jalan pun tak sibuk..

tiba di pintu pagar rumah dah ada tuan rumah menyambut,ahli keluarga pakai tema warna hijau pucuk pisang, wani terus masuk dalam khemah,, sebab perut dah lapar berkeroncong dah... hiii..panas -panas macam ni mood nak ambil gambar pun melayang entah ke mana..


nak tengok pengantin, tapi pengantin lelaki jer yang turun , pakai sepasang baju melayu putih, dah makan nak habis dah baru nampak pasangan sejoli  tu turun ke bawah nak layan tetamu,, mungkin kat atas rumah tengah photoshoot tak habis lagi ,, nak buat kenangan kan.. gambar yang wani sendiri ambil tak ada ,, entah nape mood wani melayang ... baru sudah makan kot,,,atau pun panas.. panas ..panas ..haaa.. lepas tu fikir nak ambil pencuci mulut sebelah meja sana.. yang ni semua gambar pun abah yang tolong ambil..

masa ni tetamu macam dah beransur surut, dah petang dah, nanti pukul 6 petang tamat jamuan makan..


lama tak makan nasi pengantin.. dah pekena nasi pengantin,, lauk ni tempahan catering, jadi ada ayam percik, dalca wani ambil kuah dan lauk jer sebab dalca ada campuran terung dan kacang panjang ,, kesemua sayur tu wani tak boleh nak makan walaupun dalam hati ni . nak!,,nak!..nak!!..,sebu perut kalau makan.. ambillah acar mentah, daging masak ala sambal macam tu dan ada juga makanan sampingan lain macam ikan kering, dan lain -lain...

oklah sekian itu sahaja coretan...bulan nasi minyak bulan ni.. ramai orang kahwin.. buat pasangan pengantin semoga kekal bahagia di dunia dan di akhirat..  semasa entri ini ditaip hujan turun mencurah- curah sekali lagi ..alhamdulillah


This post have 4 komentar

avatar
Mas_FVOME delete 6 September 2016 at 17:51

sedapnya mkn nasi pengantin.!waaaa alhamdulillah akhirnya turun hujan ya

Reply
avatar
Hasif delete 6 September 2016 at 21:02

lama juga tak makan nasi pengantin ni.. nampak sedap tu nasi nyer

Reply
avatar
Gee Lion delete 7 September 2016 at 00:30

selalu kalau panas cenggini, memang makan dulu la jawabnya. hehe.

Reply
avatar
mek yunie delete 8 September 2016 at 15:43

ooohoooiii nasi pengantin nasi minyakk :) naseb baru lepas balik kenduri ni.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang